ads

Khamis, 29 November 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Video : Pencemaran Udara dan Air <b>di Mukah, Sarawak</b> serta - Blogr

Posted: 24 Nov 2012 09:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Video : Pencemaran Udara dan Air di Mukah, Sarawak serta testimoni daripada mangsa pencemaran Loji Aluminium. 4 hari lepas oleh PENGERINDU di pengerindu.com. Baca Selanjutnya ...

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


I Am a Lover Not a Fighter: Banjir <b>di</b> Pais, <b>Betong</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Nov 2012 08:14 AM PST

On the way balik ke Kampung Serdeng dari Kuching pada 12.11.2012 hari tu, saya dan bapak, abang serta adik lelaki saya telah tersekat kat kawasan Pais, Daerah Betong sebab banjir! 4 jam barulah air surut sikit. Syukur Alhamdulillah, dapatlah lalu kawasan tersebut. Kami stuck kat situ pada jam 1 tengah hari, tunggu dan tunggu sampai jam 5 petang! Sabar jela. So, nak share gambar-gambar sikit. :)





11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Tips Bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | Saffuan 9W2SFJ

Posted: 26 Nov 2012 07:50 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
   Alhamdulillah trip ke Kuching, Sarawak telah pun berakhir, beli tiket dari bulan Februari berbulan-bulan aku dengan kawan-kawan duk sibuk countdown. Banyak blog yang dijadikan rujukan dan panduan untuk trip kami berlapan. Jadi aku tergerak hati untuk tulis tips-tips yang mungkin berguna untuk pembaca sekalian. Segala review based on pengalaman aku sepanjang aku di sana.
Jadi kat bawah ni aku nak kongsikan trip itinerary yang aku sediakan sebelum ke Kuching, dengan adanya benda ni, mudah untuk kita rancang... Asalnya itinerary ni macam lain, tapi disebabkan perkara yang berlaku dan tak dapat dielakkan kami ubah plan, tapi semua tempat dapat pergi...

So kalau nak ke Kuching, tempat mana yang sepatutnya nak melawat? Ni pun menjadi tanda tanya kepada kami, Kuching ni bukan kecik tapi besar dan ada sesetengah tempat tarikan utama terletak jauh dari bandaraya Kuching. So tempat-tempat kat bawah ni tempat yang kami dah terokai,
3) Bako National Park (Bagi yang minat nak terokai alam semulajadi)
4) Semenggoh Wildlife Centre
6) Sarawak Cultural Village
7) Masjid Jamek Negeri Sarawak
8) Masjid Jamek Bandaraya Kuching
9) Kek Lapis ( Ada Banyak Pilihan)
10) Pusat Membeli  belah ( Ada Banyak Pilihan)
Untuk ke Taman Negara Bako, waktu yang sesuai adalah luar dari musim hujan, dan perlu dingatkan faktor air pasang surut tu penting. Waktu aku sampai ke Bako, nasib kami baik sebab air sungai belum surut, kalau tak terpaksa la batal, lepas tu kalau dah air surut waktu hiking alamatnya kena tunggu berjam-jam di Jeti Taman Negara Bako.
Harga Tiket Masuk : RM10.00
Sewa Bot : RM94 untuk 1 Trip pergi dan balik (Maksimum 5 Orang)
Sea Stack (Mercu Utama Bako National Park) : Bayaran Tambahan dikenakan sebanyak RM35.00 
Bagi peminat hidupan liar, peluang nak tengok Orang Utan ni menjadi sesuatu yang wajib. Semenggoh Wildlife Centre adalah tempatnya. Kunjungan kami semasa bulan November tak kena waktu la bro. Time tu musim buah, sekor Orang Utan pun x nampak apatah lagi bulunya. Waktu terbaik untuk melawat antara Mac dan April, peluang nak tengok Orang Utan cerah!
Waktu melawat ke Semenggoh Wildlife Centre yang terbaik ialah :
9.00 - 10.00 am & 3.00 - 4.00 pm waktu ni Orang Utan akan diberi makan, makanan diletakkan di atas pelantar dan petugas akan menjerit macam ala-ala tarzan untuk panggil Orang Utan ni keluar dan makan kat atas pelantar tu. Tiket masuk hanya RM5.00 dan boleh digunakan untuk sesi petang pada hari yang sama.
Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi, Sarawak Cultural Village. Mula-mula kami plan untuk melawat tempat ni di sebelah petang, tapi disebabkan hujan, terpaksa batal. Borak-borak dengan orang jual tiket, dia syorkan kami datang esok pukul 9.00 pagi, 2 jam jalan-jalan lepas tu jam 11.30 pagi tengok show kebudayaan. Esok kami datang time tu jugak, tapi kami spend almost 6 jam di Sarawak Cultural Village! Tengok orang jugak la kot, bagi aku, aku minat interview orang yang jaga rumah2 tradisional kalau ada demo macam tarian aku cuba, menyumpit pun aku cuba, so tak hairanlah aku dengan geng2 spend masa kat situ berjam-jam... Jangan lupa bawak bekal air minum time panas.... Kat situ ada kawasan pantai dan ada tugu burung Kenyalang, view lawa, boleh snap2...
Tiket Masuk : RM60.00 (Dapat Passport)
Tiket Masuk dengan Student Card : RM15.00 (Diorang tak bagi Passport)
Jong's Crocodile Farm pun menarik jugak untuk dilawati. Kalau tengok buaya kat Zoo lebih bosan, disini ada acara bagi makan buaya dan boleh la tengok buaya lompat dan ngap makan tu. Selain daripada buaya, haiwan-haiwan lain pun ada contohnya macam Ikan Naga, tapi tarikan utama orang ke sini tak lain tak bukan nak tengok buaya lompat. Aku spend masa kat sini lebih kurang 2 jam.
Tiket Masuk : RM16 (Non Sarawak)
Membeli belah kat Kuching tak dak masalah, banyak tempat yang boleh kita pergi, jalan kaki pun boleh. Kalau bab makanan, aku suggest untuk ke seberang Sungai Sarawak, kat situ ada food court, banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Menu yang aku suggest untuk cuba since dah datang Sarawak nih adalah :
Ni yang aku suggest je... Hehe... Kalau nak beli kek Lapis pun di seberang sungai sana, macam tu la jugak dengan ikan terubuk masin. Bagi survenir, di seberang sungai sana lebih murah dan banyak pilihan. Sebelum nak beli tu elok2 la survey dulu.
Kenderaan untuk ke tempat-tempat menarik tu tak susah, ada public transport dan ada transport yang hotel sediakan. Bagi kami yang travel 8 orang, kami lebih selesa untuk sewa kereta. Drive di Kuching tak dak la tension sangat, jalan luas dan tak jem, tapi roundbout banyak....
Mungkin itu saja tips yang nak dikongsikan, mudah-mudahan dapat membantu plan korang untuk ke Kuching. Apa-apa pun aku suka dengan Kuching, best dan banyak lagi tempat untuk diterokai. Selamat Bercuti!

Kat bawah ni aku share sikit dengan pembaca bajet yang aku keluarkan sepanjang 5 hari aku di Kuching Sarawak. Jadi kalau ada yang plan nak bercuti di Kuching, leh la siap-siapkan bajet. Bajet di bawah tu aku travel dalam group 8 orang, kos penginapan dengan kos sewa kereta tu kira average la...

TIKET FLIGHT
1. Penang - Kuala Lumpur = RM92.00
2. Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur = RM64.25
3. Kuala Lumpur - Penang = RM24.70

PENGANGKUTAN DI KUCHING
1. Airport - Hotel - Airport = RM12
2. Sewa Kereta & Minyak = RM60 (Untuk 3 hari)

PENGINAPAN
1. Kos Seorang = RM79.00 (Untuk 4 malam di Hotel 360Xpress)

TIKET MASUK TEMPAT
1. Bako National Park = RM10.00

      2. Sewa Bot Bako = RM32.25 
      3. Semenggoh Wildlife Centre = RM5.00 
      4. Jong's Crocodile Farm = RM16.00 
      5. Sarawak Cultural Village = RM20.00
      KOS PERBELANJAAN PERIBADI (MAKAN DAN CENDERAMATA) = RM360.00
   
      JUMLAH KESELURUHAN = RM775.20

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Ceramah DAP dihadiri kira-kira 500 orang - The Borneo Post Online

Posted: 25 Nov 2012 03:42 PM PST

Posted on November 26, 2012, Monday

KUCHING: Ceramah Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' yang diadakan di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) malam kelmarin (Ahad) dihadiri kira-kira 500 orang.

Hujan yang turun ketika itu tidak mematahkan semangat penyokong parti itu untuk terus mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin DAP bermula dengan Pembantu Setiausaha DAP Cawangan Stampin Julian Tan.

Seramai sembilan penceramah berucap sepanjang malam itu, tiga dari luar bandar raya Kuching termasuk Setiusaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kemunculan Lim di atas pentas sekitar jam 9.45 malam menarik semula kehadiran penyokong yang pada mulanya agak suram sebelum itu. Lim dikatakan baharu sahaja tiba dari Serian.

Menurut Lim seminar bersama DAP di Serian dihadiri hampir 2,000 penyokong untuk mendengar beliau berucap.

Berucap dalam bahasa Mandarin dan Hokkien, Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta rakyat Sarawak memilih polisi dan sistem yang lebih baik bukannya pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata rakyat Sarawak mesti mengutamakan dasar dan sistem apabila bercakap mengenai pembangunan Malaysia.

"Polisi harus ditentukan terlebih dahulu, apa bentuk kemajuan yang boleh kita jangkakan dan sistem yang seharusnya membolehkan negara terus maju bukan hanya segelintir pemimpin sahaja," ujarnya.

Lim berkata beliau hairan dengan rakyat Sarawak yang masih menaruh kepercayaan kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang sedangkan beberapa janji ditaburkan tidak ditepati.

Beliau kemudiannya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya semasa pilihan raya negeri tahun lepas yang mengatakan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan.

"Jika Najib tidak boleh meminta Taib meletak jawatan, maknanya beliau tidak serius tentang perubahan.

"Sekiranya mereka tidak membuat perubahan ini, rakyat sendiri akan melakukannya dengan menggantikan Barisan dengan Pakatan," katanya.

Turut berucap pada ceramah itu Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong, ADUN Meradong Ting Tze Fui, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Batu Kawah Christina Chiew dan pembantu khas Chong Mordi Bimol.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Majlis Anugerah <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 05:27 AM PST

Alhamdudillah.
Akhirnya acara kemuncak bagi SK Abang Aing, Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 81 telah sempurna dilaksanakan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Encik Bihud ak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah dilangsungkan di Dewan Suarah, dihadiri oleh kira-kira 800 orang tetamu termasuk penerima anugerah pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum.
Majlis yang turut dihadiri oleh Encik Zaidi bin Sarkawi, Yang Dipertua PIBG, Penghulu Tuan Haji Mohd Haji Salleh, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa merupakan majlis yang termeriah yang pernah diadakan. Dalam ucapan perasmian, Encik Bihud menaruh setinggi harapan agar SK Abang Aing terus menjadi sekolah pilihan masyarakat di Sri Aman. Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan peruntukan kerajaan bernilai RM363,000.00 untuk penyelenggaraan psarana sekolah.

Kemuncak dari aturacara yang disusun adalah, penganugerahan Tokoh Kurikulum, Tokoh Akademik dan Tokoh Murid 2012. Wan Muhd Muazzam bin Wan Abdull Khalid dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum Lelaki dan An'nissa Ariqah bt Jobli sebagai Tokoh Kurikulum Perempuan. Tokoh Akademik pula disandang oleh Farah Haziqah bt Hamdan. An'nissa Ariqah, sekali l;agi mendapat tepukan gemuruh sidang hadirin apabila dinobatkan Tokoh Murid 2012.
Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah murid-murid Tahun 6 dan kanak-kanak Kelas Prasekolah yang masing-masing menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Graduasi Prasekolah. 
Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan ibubapa yang hadir. Seiring dengan cogan kata "Together We Strike For The Best", SK Abang Aing memang mengharap bantuan dan sokongan semua pihak untuk menjadi sekolah terbilang negeri Sarawak. 
-  semua gambar adalah sumbngan  Abang Mohd Preudrus 

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Caca Marba: Petronas temui gas <b>di</b> luar pantai <b>Sarawak</b>

Posted: 26 Nov 2012 02:25 PM PST


KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan utama gas di lapangan Utara Kuang dan Timur Tukau di luar pantai Sarawak.

Lapangan Utara Kuang, yang terletak di blok SK316, digerudi Oktober lepas melalui dua telaga eksplorasi, Kuang North-1 dan Kuang North-2. Kuang North-2 digerudi sedalam 3,223 meter dan menembusi lapisan gas 636 meter, kata kenyataan itu dalam satu kenyataan.

Penilaian awal membayangkan bahawa gas yang terdapat di lapangan Utara Kuang berjumlah kira-kira 2.3 trilion kaki padu standard (TSCF) hidrokarbon. Penemuan lain baru-baru ini di Blok SK316 ialah lapangan gas Kasawari dan NC8.

"Tidak seperti penemuan gas karbonat sebelum ini, gas di Utara Kuang ditemui di dalam sektor karbonat lebih tua, yang menggambarkan satu potensi eksplorasi baharu hidrokarbon yang besar di dalam reservoir hidrokarbon yang lebih tua di luar pantai Sarawak," kata kenyataan itu.

Sementara itu, penemuan utama gas kedua -- Tukau Timur Deep-1 adalah telaga bertekanan tinggi bersuhu tinggi yang pertama disiapkan di Sarawak dan juga adalah telaga menegak paling dalam digerudi oleh Petronas.

"Telaga itu digerudi pada kedalaman 4,830 meter dan menemui 12 reservoir yang mempunyai jumlah bersih pepasir gas 183 meter," kata syarikat itu.

Penilaian awal menunjukkan jumlah gas yang terdapat di lapangan Tukau Timur berjumlah kira-kira 2.1 TSCF. Kerja seterusnya akan bermula untuk menganggarkan jumlah sumber yang boleh dikeluarkan.

Tukau Timur Deep-1 terletak di blok SK307 yang dikendalikan oleh Petronas Carigali (50 peratus) dengan Sarawak Shell Berhad (50 peratus) sebagai rakan.

Telaga itu digerudi pada Mei 2012 dan selesai pada November 2012. - Bernama

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan kawasan <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

Posted on November 26, 2012, Monday

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


SRS berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:28 PM PST

Posted on November 26, 2012, Monday

SIBU: Program Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah kendalian Rukun Tetangga banyak memainkan peranan membantu mengurangkan kadar jenayah di Sibu Jaya.

Perkara itu diakui Ketua Balai Polis Sibu Jaya, Cif Inspektor Wan Mazlan memberitahu bahawa SRS berjaya membantu polis menyalur maklumat dengan memberi maklumat sosiokomuniti setempat seperti jumlah penduduk dan juga masalah sosial.

Selain itu, katanya, SRS turut menjadi sumber utama dalam mendapatkan perkembangan jenayah yang berlaku dari semasa ke semasa.

"Anggota SRS adalah individu paling sesuai mendapatkan maklumat khususnya yang berkaitan dengan sesuatu kejadian jenayah.

"Ini kerana mereka merupakan kumpulan individu yang paling hampir dengan masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Begitupun, masih ramai yang tidak sanggup menyertai program berkenaan apatah lagi dilaksanakan secara sukarela.

Menurut Wan Mazlan, beliau percaya masih ramai penduduk Sibu Jaya yang masih bersikap mementingkan diri sendiri selain menyerahkan sepenuhnya keselamatan mereka kepada pihak polis.

"Golongan muda contohnya, kita fikir tiada seorang pun yang menyertai program berkenaan. Mereka lebih suka duduk berkumpulan sambil melepak sehingga tengah malam," ujar beliau.

Sehubungan itu, Wan Mazlan turut memuji kesungguhan anggota Ikatan Relawan rakyat Malaysia (RELA) yang terlibat dalam aktiviti rondaan di Sibu Jaya.

"Antara kes jenayah yang menampakkan penurunan ialah curi motosikal dan juga pecah rumah," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Tanah runtuh <b>di</b> KM 12.2 Genting Highlands | Minda Mandul

Posted: 10 Nov 2012 09:20 AM PST

on November 10, 2012 by En. Fikir in Blog Semasa, Comments (0)


KUALA LUMPUR – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya di sini malam ini.

   

Jurucakap Balai Bomba dan Genting Highlands berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam tadi ketika hujan lebat.

   

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

   

Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menjejas lalu lintas kerana hanya dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup, iaitu di bahagian jalan menghala ke Gohtong Jaya.

   

"Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan," katanya.

   

Beliau berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

   

Sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian, katanya. – Bernama

 

Incoming search terms:

  • tanah runtuh di malaysia 2012
  • tanah runtuh di ukm
  • tanah runtuh pengajian am

Gambar berkaitan Tanah runtuh di KM 12.2 Genting Highlands. Untuk membaca entri berkaitan tanah runtuh, tanah runtuh highland tower, tanah runtuh di bukit antarabangsa, tanah runtuh pengajian am, tanah runtuh hulu langat, tanah runtuh in english, tanah runtuh 2012, tanah runtuh di malaysia, tanah runtuh di gua musang, tanah runtuh kuala lipis, Tanah runtuh di KM 12.2 Genting Highlands , sila klik imej di bawah

Tanah runtuh di KM 12.2 Genting Highlands related images

Tags: , , ,

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved