ads

Jumaat, 9 September 2011

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Lebih RM1.6j dibayar kepada 200 pemilik tanah <b>di Betong</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 08:42 PM PDT

Posted on August 19, 2011, Friday

BETONG: Sejumlah RM1,680,040.82 pampasan bagi tanah berhak milik dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah dibayar kepada 200 orang penerima cek pampasan tanah yang terlibat dengan sembilan buah projek pembangunan di bahagian ini.

Projek pembangunan yang dijalankan merangkumi Bekalan Air Luar Bandar di Tengalat dan Malupa, Saratok; projek Bekalan Air Luar Bandar di Jalan Ulu Awik, Saratok; projek Jalan Kampung Babu/Kampung Bungey/Kampung Lallang, Debak; projek Jalan Lower Saribas Agriculture Development, Saribas; projek Tapak Bangunan RISDA, Saratok; projek naik taraf Jalan Kampung Seberang, Maludam; projek Jalan Betong Kayu/Malam, Betong; projek Maludam Triso Coastal Road dan projek Bekalan Air Wilayah, Saratok (Fasa I) di Saratok.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam, Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, matlamat utama kerajaan memperkenalkan Inisiatif Baru NCR adalah untuk memastikan agar semua tanah NCR disukat dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Katanya ia dilakukan sebelum langkah kedua, iaitu pengukuran secara individu dan seterusnya mengeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan Gazet di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan Sentebu, Selambong dan Muton di Saratok anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Bahagian Betong bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, kelmarin.

Awang Tengah memberitahu penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera juga adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan begitu prihatin serta melindungi hak pemilikan Tanah NCR rakyat peribumi di negeri ini.

"Rakyat harus berterima kasih kepada Dato' Sri Douglas Uggah kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan peruntukan tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

"Inisiatif Baru NCR merupakan satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi jaminan pemilikan Tanah NCR rakyat di Negeri Sarawak dan seterusnya melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini," katanya.

Tambahnya, antara kawasan yang terbabit dan sudah siap proses penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera ialah merangkumi kawasan di pentadbiran ketua masyarakat, Penghulu Garan Chunggut, Tuai Rumah (TR) Renggan Bunyat, TR Anau Chula, TR Lakon Aji, TR Jawi Sangu, TR Sandah Ngaba, TR Aji Ramba dan TR Sat Seriban di kawasan Sentebu, Selambong dan Bajau di Saratok.

Pada majlis yang sama juga, Penguasa JTS Bahagian Betong yang baru, Anthony Aboi dalam ucapannya memberitahu bahawa pengukuran Tanah NCR di Bahagian Betong adalah berpandukan kepada kawasan (bawah bidang kuasa) penghulu.

"JTS dari 2008 hingga 2011 (Ogos) telah menjelaskan pampasan tanah berjumlah RM11 juta kepada 1,845 orang penerima bagi yang terbabit 46 buah projek kerajaan.

"Memandangkan kawasan pentadbiran seseorang penghulu itu agak luas maka dengan itu kita berharap agar penduduk di kawasan Betong/Saratok dapat bersabar.

"Untuk makluman, sebanyak 27 kawasan NCR yang baru telah pun kita majukan untuk mendapatkan kelulusan penyukatan," menurut Anthony.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru pemilik-pemilik tanah agar jangan terlupa untuk menjelaskan cukai tanah kerana ia adalah merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan.

"Sekiranya mempunyai masalah dan isu-isu tanah, janganlah mengadu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana isu-isu tersebut sudah tentu akan diperbesarkan. Sebaliknya kita di JTS bersedia untuk membantu dan sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka," tambahnya.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Tebingan lakar sejarah <b>Sarawak</b> « Cutidikuching

Posted: 06 Sep 2011 06:15 PM PDT

Location : Sarawak, Malaysia

 Isma Ismail

Source :Harian Metro,19 March 2009 1 of 5

SAUJANA… pemandangan indah bandar raya Kuching MERCU TANDA…replika kucing menjadi tarikan di tengah bandar raya Kuching PELBAGAI…antara binaan rumah panjang mengikut etnik di Kampung Budaya Sarawak WARISAN…pemuda dan gadis Bidayuh memakai pakaian tradisi mereka Sepanjang satu kilometer dirakam catatan ringkas sejarah jatuh bangun Bumi Kenyalang TIDAK seperti bandar raya di Malaysia yang sinonim dengan kesesakan jalan raya dan hirukpikuk penduduknya, Kuching selayaknya diberi jolokan baru sebagai kota santai kerana kedamaian, ketenangan, keunikan dan kepelbagaian budaya dimilikinya berbanding bandar besar lain.Kuching mengalami pembangunan pesat terutama bandar raya Kuching sejak empat dekad lalu.

Bandar yang dinaikkan taraf sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 itu memiliki kelainan tersendiri kerana mempunyai dua Datuk Bandar dek terpisah oleh Sungai Sarawak yang terletak antara pusat bandar raya dengan kawasan penempatan dan pentadbiran negeri. Kuching amat sesuai menjadi pusat riadah keluarga dengan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan tidak kira secara individu atau berkeluarga di sekitar pusat bandar raya terbabit. Tarikan utama tentunya di sekitar Kuching Waterfront atau Tebingan yang kaya dengan pelbagai aktiviti dan menjadi antara satu tempat rehat nyaman. Ia dianggap sebagai 'halaman rakyat´ di kalangan pelancong asing berikutan destinasi berkenaan menjanjikan seribu satu pengalaman tidak terdapat di tempat lain. Tidak hairanlah kunjungan ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke Kuching Waterfront, sekali gus menikmati panorama indah Sungai Sarawak.

Sejak Kuching Waterfront yang mengunjur sejauh satu kilometer di tebing Sungai Sarawak dirasmikan pada September 1993, lokasi itu tidak pernah sunyi dikunjungi penduduk tempatan serta pelancong dalam dan luar negara yang berulang kali menjadikan bandar raya ini sebagai destinasi percutian setiap tahun. Sesuai kedudukannya di tengah pusat bandar raya ini, Kuching Waterfront mudah dikunjungi kerana kebanyakan hotel penginapan sama ada bertaraf bintang atau hotel bajet terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan. Keindahan landskap atau seni taman dan keunikan reka bentuk Kuching Waterfront yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah dapat dilihat dari tingkap hotel bertaraf antarabangsa yang menghadap Sungai Sarawak. Bagi mereka yang lebih gemarkan hotel bajet, terdapat beberapa hotel seumpama itu di kawasan berhampiran, namun tempahan perlu dibuat lebih awal kerana kerap sesak dengan pengunjung. Di kawasan berkenaan, pengunjung berpeluang menikmati makanan dan minuman di kawasan susur pejalan kaki di benteng sungai sepanjang satu kilometer.

Dari aspek sejarah, Kuching Waterfront yang pernah menerima pelbagai anugerah seni bina landskap itu akan menceritakan segala-galanya kepada pengunjung tanpa perlu menghabiskan masa membelek lipatan sejarah di arkib atau perpustakaan. Ini kerana setiap langkah di sepanjang tebing itu akan membongkar segala kisah silam dan menarik mengenai Sarawak. Di sepanjang tempat berjalan kaki di tebingan itu, ada diletakkan penerangan ringkas mengenai catatan sejarahnya. Tidak cukup dengan penerangan ringkas di atas laluan pejalan kaki, di kiri kanan tebingan itu juga tersergam bangunan bersejarah seperti Astana Negeri, bangunan yang dibina Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Buat masa ini, Astana menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Sedikit masa lagi, pemandangan di kawasan terbabit akan menjadi lebih menarik berikutan siapnya bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Square Tower di Kuching Waterfront dulunya digunakan untuk meninjau pergerakan musuh. Ia yang dibina pada 1879 dikenali juga sebagai Rumah Pasung di kalangan penduduk tempatan kerana dikatakan pernah dijadikan pusat tahanan pada zaman pemerintahan Brooke.

Bagi mereka yang gemar menonton wayang dan bermain bowling, tentunya sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman bersebelahan Sungai Sarawak di Kuching Waterfront menjadi pilihan. Satu lagi tarikan di Sungai Sarawak adalah Sarawak River Cruise yang memberi pengalaman menyusuri sungai untuk menikmati suasana matahari terbenam sambil makan malam. Bot berlayar dari Tebingan Kuching ke Jambatan Satok di bahagian hulu dan berpatah balik, terus ke Jambatan Tun Salahuddin sebelum balik ke tebingan berkenaan. Hanya dengan bayaran berpatutan iaitu RM60 seorang dewasa dan RM30 bagi kanakkanak, pengunjung dibawa dengan kapal MV Equatorial selama satu jam setengah. Sebagai tawaran sampingan, pengunjung boleh menikmati barbeku di atas kapal dan menikmati persembahan tradisional serta berkaraoke. Mungkin selepas puas menyusuri Sungai Sarawak, membeli-belah di kawasan deretan kedai di Jalan Main Bazaar seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana pelbagai barangan kraf, kain, tikar rotan, makanan tempatan seperti kek lapis hinggalah kepada gambir dan kayu tas turut dijual.

Tidak lengkap kunjungan ke Kuching sekiranya tidak mengunjungi Pasar Ahad di Jalan Satok terutama bagi mendapatkan ikan terubuk masin dan udang galah segar pada harga cukup berpatutan. Di sebalik pelbagai etniknya sendiri, kaum India dan Cina masih lagi antara penghuni awal di Sarawak hinggakan mereka mampu membuka 'wilayah´ mereka seperti di Lebuh India yang terkenal dengan penjualan rempah ratusnya dan China Street dengan pelbagai hasil kraf dan produk dari negara Tembok Besar itu. Selain menawarkan tempat membeli-belah dan bentuk muka buminya yang tersendiri, Kuching mempunyai sejarahnya tersendiri dan ia boleh dilihat di muzium negerinya yang pernah diiktiraf sebagai terbaik di Asia Tenggara. Muzium di Jalan Tun Abang Haji Openg itu didirikan pada 1891 yang banyak mempamerkan barangan arkeologi serta kajian etnologi orang asli di Borneo. Muzium itu yang terdiri daripada dua bahagian – muzium lama dan baru – mengumpulkan bahan artifak yang komprehensif di seluruh Borneo. Berdekatan muzium negeri itu adalah Muzium Islam, Muzium Tekstil dan Muzium Sejarah Cina di Jalan P Ramlee.

 Tidak puas melawat Kuching, pelancong boleh mengunjungibeberapa lokasi menarik di pinggir bandar raya berkenaan termasuk Rumah Panjang Bidayuh di Anah Rais iaitu kirakira 45 minit dari pusat bandar raya. Anah Rais boleh dikatakan antara perkampungan etnik Bidayuh terbesar dan paling popular di Sarawak yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Dayak ketika zaman British. Walaupun kini rumah panjang itu sudah diselit dengan unsur moden dari segi binaannya, adat dan budaya mereka masih menjadi tunjang serta amalannya. Pastinya pengunjung akan melalui satu pengalaman menarik ketika mengunjungi rumah panjang itu apabila disambut penghuninya dengan minuman tuak beras. Selain itu, pengunjung boleh melawat rumah tengkorak yang menjadi lambang keperwiraan etnik Bidayuh yang kekal dijaga rapi oleh penghuni rumah panjang. Upacara miring menjadi antara amalan utama etnik berkenaan dalam menyeru roh untuk mendapat perlindungan kepada penghuni di rumah panjang.

Satu lagi lokasi menarik di pinggir Kuching adalah Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong iaitu kira-kira 45 minit jika memandu dari Kuching. Ia boleh diibaratkan sebagai Mini Sarawak yang mempunyai pelbagai jenis budaya di Sarawak dengan 27 etnik. Tujuh etnik kumpulan yang penting tinggal di rumah tradisional dan melakukan kerja seharian. Mengunjungi kampung budaya itu, pengunjung seperti dapat merasai sendiri pengalaman memanjat dan tinggal di dalam rumah tradisional etnik di negeri itu yang rata-rata dibina daripada kayu hutan. Mengekalkan konsep tradisional kaum dan etnik utama Sarawak, perkampungan dimajukan di kawasan seluas 5.6 hektar dengan berlatar belakang Gunung Santubong serta cuaca dingin itu menjanjikan kenangan indah bagi setiap pengunjungnya. Tujuh model berskala asal iaitu rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, rumah panjang Orang Ulu, pondok Penan, rumah Melanau, rumah Melayu dan rumah Cina boleh diterokai pengunjung. Kenangan memanjat anak tangga dibina daripada batang pokok pasti boleh dijadikan cerita kepada rakan yang tidak pernah tiba di kampung budaya ini berikutan kebanyakan pengunjung terpaksa berkaki ayam kerana bimbang tergelincir. Di rumah tinggi etnik Melanau, anak tangga kecil ini menjangkau ketinggian 20 meter di bahagian luar, selain perlu memanjat beberapa anak tangga lagi di bahagian dalam rumah tiga tingkat ini. Di rumah panjang Bidayuh dan Iban pula, pengunjung dapat melihat sendiri tengkorak 'terbang´ yang tersimpan dalam sangkar di ruang tamu dengan seribu kisah misteri turuntemurun mengenai legenda pemenggal kepala di kalangan pahlawan etnik itu. Rumah panjang Orang Ulu pula pasti melahirkan kejutan kerana ia dibina menggunakan batang balak yang jelas boleh dilihat bagi setiap rangkanya selain ketinggiannya mencecah 30 meter yang boleh mengundang gayat kepada pengunjung yang takut pada ketinggian.

Penat berjalan, pengunjung boleh bersantai di Taman Ukiran, di pintu masuk perkampungan yang menempatkan bongkah kayu dan batu berukir dengan pelbagai motif seperti replika burung kenyalang, ular sawa, naga dan banyak lagi. Berdekatan perkampungan itu, pengunjung boleh ke Pantai Damai yang landai dan pasirnya memutih yang turut terletak Hotel Damai Puri bertaraf antarabangsa

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Sembilan WNI Tewas <b>di Sarawak</b> - KOMPAS.com

Posted: 17 Aug 2011 06:19 PM PDT

Kecelakaan Lalu Lintas

Sembilan WNI Tewas di Sarawak

Iwan Santosa | Marcus Suprihadi | Kamis, 18 Agustus 2011 | 07:49 WIB

KUCHING, KOMPAS.com- Sembilan orang WNI tewas dalam kecelakaan lalu-lintas di Sarawak. Menurut situs Thestaronline.com, Rabu malam (17/8/2011), mobil Toyota Rush yang berisi 10 WNI bertabrakan dengan sebuah truk di jalan raya dekat Sri Aman, tidak jauh dari perbatasan Kalimantan Barat-Sarawak di perlintasan Entikong-Tebedu.

Sebagian besar korban terlempar dari mobil yang hancur dan ditemukan bergelimpangan di jalan di KM 34 Lebuh Raya (jalan raya) Sri Aman-Sarikei.

Kecelakaan terjadi pada Selasa subuh (16/8) sekitar pukul 03.50. Truk yang bertabrakan dengan Toyota Rush datang dari Sri Aman menuju Kuching.

WNI yang menjadi korban adalah Asmadi (21), Maulidi Mumziri (22), Muslimin Jabir (25), Ilham Muzani, (26), Zafri Anwar (26), Ilham Tamrim (27), Yusran Said (29), Zunaidi Tamrim (38), and Juhran (40). Para korban tewas di tempat kejadian. Seorang penumpang Toyota Rush selamat dari kecelakaan maut tersebut. Pengemudi truk, Then Kee Nyong (45), mengalami luka-luka pada kakinya.

Polisi dan petugas bomba (pemadam kebakaran) yang tiba di lokasi pukul 04.00 terkejut melihat kondisi para korban yang mengenaskan. "Sebagian besar korban tergeletak di jalan, terlempar dari dalam mobil. Mobil itu kepenuhan penumpang," kata juru bicara polisi.

Jenazah para korban di kirim ke kamar mayat Rumah Sakit Umum Sarawak di Kuching, sekitar 90 kilometer dari lokasi kecelakaan. Regu penyelamat harus membongkar bagian depan truk untuk mengeluarkan pengemudi yang terjepit di kabin akibat kerasnya benturan.

Pengemudi truk diamankan polisi untuk penyelidikan lebih lanjut.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Family members continue search for missing man | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 06:10 PM PDT

by Adrian Nandu. Posted on September 9, 2011, Friday

LABUAN: The family of a 45-year-old missing man, Ariffin Nayan of Kampung Kilan here, continued searching for him yesterday even though the police, fire and rescue and civil defence units already called off the operation on Wednesday.

Ariffin's nephew, Mohd Faizal Khamis, who lodged a police report over his uncle's mysterious disappearance on Monday, yesterday said they felt sad and were still hoping to find him.

"Today my family went to search for him around the compound of our house. My mother who woke up first in the morning went to search for him first.

"Then, my father, my nephew and myself followed up this morning. At midday, my brother together with his friend tried to look for him in the woods, but found nothing," he said.

Faizal described his uncle who is his mother's first cousin as friendly, easy to talk to and also had no problem with his family.

Ariffin, a self-employed and a bachelor, came from Miri, Sarawak and stayed with Faizal's family since six months ago.

"He is a good man and he liked to share his stories and experiences with me such as his travel experiences to Pontianak, Kalimantan while working as a lorry driver at an oil palm plantation in Sarawak.

"I feel sad right now for I have no friend to talk to," said Faisal who came back from Limbang, Sarawak in July this year after working there for over a year.

It was Faizal who was asked by his mother to look for Ariffin in the bathroom around 5.30pm last Sunday after he did not answer their calls.

When Ariffin did not come out of the bathroom, Faizal went to check on him and found it empty. He only saw his towel and the back door of the bathroom opened.

Faizal said before Ariffin went missing the latter told them that he wanted to finish all of his work at Faizal family's new house as well as his neighbours' houses.

"He is a hardworking person and good in repairing and building houses.

"He also used to follow my father into the woods to tap the rubber trees," he added.

According to Faizal, since the first day of Aidilfitri his uncle had acted weirdly, became quiet and asked for our forgiveness repeatedly about five to six times.

"He asked for forgiveness from each of our family members and he thought that he had burdened us by staying and eating together with us.

"I think he's not at fault and we are the ones who were supposed to ask for forgiveness and be thankful to him for he had helped us a lot here," he said.

Faizal added that his family and the villagers of Kampung Kilan had performed a prayer (solat hajat) at the village's surau on the evening of Wednesday with the hope that Ariffin would return to his family.

It is learnt that more than 10 Malay bomohs, including the head monk of a Chinese temple here, had helped to search for Ariffin.

The bomohs agreed that Ariffin had been hidden by a 'genie' (spirit) in the woods.

According to the bomohs, the spirit who was the father of a girl, wanted Ariffin to marry the daughter in "their world".

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


TYT dan isteri adakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke <b>Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 07:57 PM PDT

by Kepu Sidi. Posted on September 5, 2011, Monday

UNTUK ALBUM: Para tetamu kehormat bersama dengan TYT dan Toh Puan merakam gambar kenangan bersama dengan ahli keluarga Abang Mohd Porkan.

SARIKEI: Kunjungan  Hari Raya Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah ke Sarikei semalam telah berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Sebanyak 3 buah rumah kediaman penduduk tempatan di kawasan Sarikei ini yang terdiri daripada pegawai jabatan kerajaan dan ketua masyarakat telah menjadi lokasi kunjungan TYT dan Toh Puan.

Antaranya ialah rumah milik Pegawai Daerah Sarikei, Abang Mohd Porkan Abang Budiman yang terletak di Kampung Seberang Sarikei, rumah kediaman Temenggung Junia Olia di Jalan Teruntum Sarikei dan rumah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sarikei, Ahmad Adai di Jalan Century Garden, Sarikei.

Sebaik sahaja selesai mengadakan sesi kunjungan di Sarikei TYT dan Toh Puan serta rombongan telah berangkat ke Bintangor untuk mengunjungi sebuah rumah ketua masyarakat di tempat tersebut iaitu rumah kediaman Pemanca Suhaili Bujang yang terletak di Jalan Abang Ali Meradong.

Setelah sesi kunjungan Hari Raya di Bintangor selesai Yang di-Pertua Negeri  dan Toh Puan bersama rombongannya telah berangkat ke Sibu bagi meneruskan lawatan Hari Raya ke rumah masyarakat di kawasan tersebut.

Sekitar 200 masyarakat setempat turut hadir pada lawatan tersebut.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing, Ahli Dewan Undangan Negeri Belawai (ADUN) Datuk Len Talif Salleh, ADUN Sarikei Dr Wong Hua Seh, ADUN Simunjan Mohd Naroden Majais,  Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar dan juga Residen Bahagian Sarikei Michael Dawi Ali.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Bangunan Baru Giatmara <b>Lubok Antu</b> Hampir Siap | <b>Sarawak</b> Update

Posted: 04 May 2011 06:10 AM PDT

LUBOK ANTU – Projek pembinaan bangunan baru Giatmara di Lubok Antu dijangka bakal mengubah halatuju pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi di kawasan ini pada masa depan.

Anggota Parlimen P.203 Lubok Antu, William Nyalau ak Badak berkata bangunan baru Giatmara sekarang sedang dibina di kawasan Rumah Panjang Unah, Sukong dan dijangka siap tidak lama lagi.

"Kini pihak Giatmara sedang melaksanakan operasi mereka di bangunan bekas gedung padi dalam Pasar Lubok Antu sementara menunggu bangunan baru itu siap dalam jangka masa terdekat ini.

"Apabila bangunan baru itu sudah siap maka pihak Giatmara akan mampu melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan demi melahirkan lebih ramai pelajar cerdik di masa akan datang," ujar beliau.

Kata Nyalau masyarakat di kawasan Lubok Antu tidak perlu menghantar anak mereka untuk menuntut di Giatmara Kuching lagi jikalau bangunan baru Giatmara di sini sudah siap kelak.

Anak-anak yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi boleh memilih untuk menguasai bidang kemahiran di Giatmara Lubok Antu agar dapat menambah kapasiti tenaga kerja pada zaman depan.

Dalam perkembangan berkaitan Nyalau telah merasmikan Majlis Makan Tengahari di SK Batang Ai, Lubok Antu dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk PIBG sekolah itu.

Short URL: http://sarawakupdate.com/home/?p=23393

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Tambah kerusi DUN, Parlimen | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:41 PM PDT

by YAP SIONG HAN, sionghan_yap@yahoo.com. Posted on September 3, 2011, Saturday

MESRA...Shafie (tengah) diiringi Rahim bersalaman dengan pengunjung ketika berangkat ke Masjid Daerah Papar untuk sembayang Jumaat selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri kelmarin.

Setiap negeri mempunyai hak cadang persempadanan semula: Shafie

PAPAR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap negeri mempunyai hak bagi menyuarakan atau mencadangkan persempadanan semula di sesuatu kawasan sama ada Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen

Bagaimanapun, ia masih memerlukan persetujuan daripada peringkat Parlimen dan apabila ia dikemukakan di Parlimen ia memerlukan keputusan dua pertiga majoriti untuk meluluskan cadangan terbabit.

"Pada pendapat saya, jika perkara ini mempunyai kepentingan dan keperluan dalam kerajaan negeri ia haruslah diselaraskan dengan kerajaan di peringkat pusat bagi memastikan apabila ia dibentangkan di Parlimen ianya mendapat persetujuan dua pertiga, sekiranya tidak mendapat persetujuan majoriti maka ia tidak boleh diluluskan.

"Ia cukup jelas seperti tertera dalam perlembagaan yang memerlukan dua pertiga majoriti untuk meluluskan persempadanan semula sesuatu kawasan bagi meningkatkan jumlah kerusi sama ada DUN atau kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita kelmarin di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Adun Pantai Manis Papar, Datuk Rahim Ismail di sini kelmarin.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau sedar sesetengah negeri seperti Johor mempunyai jumlah pengundi yang ramai sehingga 120,000 dalam satu kawasan parlimen. Jumlah ini agak besar berbanding dengan jumlah pengundi di satu kawasan di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, sesetengah kawasan contohnya Parlimen Rejang yang mana kawsannya adalah sebesar negeri Pahang, merupakan kawasan Parlimen terbesar di negara ini dan ia mungkin memberi masalah kepada seorang ahli parlimen untuk mengurus kawasan sebesar itu.

Tambahnya, ia memang ada keperluan untuk persempadanan semula bukan sahaja di Sabah tetapi juga di negeri Sarawak serta negeri di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew berkata jelas kelihatan bahawa terdapat beberapa kawasan parlimen yang luas contohnya di Kinabatangan.

Katanya, Parlimen Kinabatangan sangat luas dan hanya terdapat satu ahli parlimen sahaja, dan keadaan ini sememangnya tidak cukup jika hanya ada seorang sahaja yang bertugas menjaga kawasan yang seluas itu.

"Persempandan semula boleh dilakukan tetapi ia tertakluk kepada perlembagaan, yang penting sekali jika ingin menambahkan semula kerusi di Sabah, saya rasa kita perlu lihat dari segi memperkasakan kerajaan yang memastikan kita dapat perkongsian kerusi yang sama rata," jelasnya.

Manakala Adun Pantai Manis, Datuk Rahim Ismail, berkata Parlimen Papar mempunyai lebih kurang 36,000 pengundi dan beliau menghormati pendapat yang dikemukakan oleh Timbalan Speker DUN, Datuk Johnny Mositun.

"Ini hak dia bersuara tapi yang sebaik-baiknya kita harus mempunyai hubungan yang rapat di antara komponen Barisan Nasional bagi menyuarakan perkara ini dan bukannya masing-masing menyuarakan seperti ingin menjadi 'hero'…kita mesti ada kata sepakat. Di sini kita mempunyai Upko, PBRS, PBS dan Umno, kita boleh duduk berbincang secara baik," katanya.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved