ads

Rabu, 3 Julai 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Gereja St Anthony <b>Sarikei</b> anjur Majlis Makan Malam 6 Dalam 1 <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 06:52 PM PDT

Posted on June 25, 2013, Tuesday

SARIKEI: Gereja St Anthony Sarikei akan menganjurkan Majlis Makan Malam 6 Dalam 1 pada 29 Jun (Sabtu) ini.

Program ini akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei, bermula jam 6 petang.

Matlamat utama pihak penganjur mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan majlis kesyukuran bagi dua paderi gereja terbabit iaitu Rev. Father Joseph Sebastian yang telah menjadi paderi selama 22 tahun dan Rev. Father Vincent Oates yang telah menjadi padera selama 40 tahun.

Di samping itu, ia turut diadakan bagi meraikan St. Anthony Feast Day, menyambut Hari Ibu dan Bapa, sambutan Hari Kepercayaan, sambutan kesyukuran berikutan terbinanya Pusat Katolik yang baharu dan juga untuk sambuatan penghargaan dan perpisahan bagi Rev. Father Joseph Sebastian yang akan berpindah tugas ke tempat lain.

Antara acara-acara yang telah dirancang bagi memeriahkan majlis itu nanti adalah persembahan tarian, persembahan ngajat, karaoke dan cabutan bertuah.

Tetamu kehormat yang bakal hadir pada majlis itu nanti ialah Bishop Sibu Diocese Lordship Right Rev Joseph Hii.

Untuk pertanyaan lanjut atau membuat sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, orang ramai bolehlah menghubungi Eustace Seman di talian  019 8765350, Datin Mary Masing (019 8786922) dan Lucy Wong (011 16093288).

Sehubungan itu pihak penganjur majlis turut menyeru khasnya kepada penganut agama Kristain Katolik di mana jua mereka berada agar dapat hadir dan memberi sokongan padu terhadap penganjuran majlis berkenaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


<b>Sarawak</b> cadang jadikan Johor sebagai transit kemasukan produk IKS

Posted: 21 Jun 2013 06:58 PM PDT

by Eswandy Hinri. Posted on June 22, 2013, Saturday

JOHOR BAHRU: Sarawak bercadang untuk menjadikan Johor sebagai transit kemasu­kan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana kedudukannya yang strategik.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Kemajuan Usahawan Bumiputera) mer­angkap Menteri Muda Peran­cangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais berkata, Johor berpotensi menjadi pusat kemasukan bagi mem­promosikan produk-produk IKS kerana kedudukannya yang terletak di antara Sin­gapura dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

"Hubungan erat di antara negeri Johor dan Sarawak harus lebih dieratkan kerana melaluinya para usahawan negeri Sarawak terutamanya IKS mampu berkembang maju menerusi usaha sama di antara kedua-dua negeri," ujar Naroden ketika ditemui selepas mengadakan kunjun­gan hormat ke atas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mo­hamed Khaled Nordin di pejabatnya, semalam.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Timbalan Se­tiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aidel Lariwoo, Dr Abdul Rahman Ismail dan Mohd Radzi Sitam, Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak Kameri Affandi dan Pengarah Unit Hab Halal Samat Junai.

Sebelum itu, delegasi terse­but bertemu dengan Pengeru­si Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi Negeri Johor Md Jais Sarday bagi membincangkan serta menjemput para usaha­wan dari Johor untuk turut serta dalam Festival Makanan dan Kebudayaan Malaysia 2013 di Kuching yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September ini di Tebingan Kuching.

Naroden turut memberi­tahu, usaha mempromosikan produk makanan dari Sarawak menjadi lebih mudah kerana mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri Johor serta dibantu oleh penduduk yang berasal dari Sarawak yang bekerja di situ.

"Seramai 40,000 orang yang berasal dari Sarawak turut membantu secara langsung dan tidak langsung dalam mempromosikan produk-produk makanan (Sarawak) di Johor seperti Kek La­pis Sarawak, keropok dan makanan dalam tin.

"Malah penganjuran Expo Usahawan Bumiputera Sarawak pada tahun lepas terbukti berjaya apabila men­yaksikan beberapa usahawan dari Sarawak menandatangani persetujuan bersama syarikat di negeri Johor untuk mem­bekal produk-produk, malah membuka perniagaan di situ," tambahnya.

Delegasi yang diketuai Naroden berada di sini untuk merasmikan Expo Usahawan Bumiputera Sarawak 2013 di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall bermula semalam hingga esok yang disertai oleh 60 usahawan dari Sarawak.

Sementara itu, beliau mem­beritahu para usahawan dari Semenanjung Malaysia di­alu-alukan untuk mempro­mosikan barangan mereka atau membuat pelaburan di Sarawak.

"Terdapat beberapa produk negeri Johor merupakan ke­luaran atau diproses di negeri Sarawak.

"Malah beberapa ahli jawa­tankuasa Kek Lapis Sarawak berasal dari Semenanjung Malaysia yang menunjukkan keharmonian negara seh­ingga ke tahap perkembangan ekonomi," jelas Naroden.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved