ads

Rabu, 3 Julai 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Gereja St Anthony <b>Sarikei</b> anjur Majlis Makan Malam 6 Dalam 1 <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 06:52 PM PDT

Posted on June 25, 2013, Tuesday

SARIKEI: Gereja St Anthony Sarikei akan menganjurkan Majlis Makan Malam 6 Dalam 1 pada 29 Jun (Sabtu) ini.

Program ini akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei, bermula jam 6 petang.

Matlamat utama pihak penganjur mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan majlis kesyukuran bagi dua paderi gereja terbabit iaitu Rev. Father Joseph Sebastian yang telah menjadi paderi selama 22 tahun dan Rev. Father Vincent Oates yang telah menjadi padera selama 40 tahun.

Di samping itu, ia turut diadakan bagi meraikan St. Anthony Feast Day, menyambut Hari Ibu dan Bapa, sambutan Hari Kepercayaan, sambutan kesyukuran berikutan terbinanya Pusat Katolik yang baharu dan juga untuk sambuatan penghargaan dan perpisahan bagi Rev. Father Joseph Sebastian yang akan berpindah tugas ke tempat lain.

Antara acara-acara yang telah dirancang bagi memeriahkan majlis itu nanti adalah persembahan tarian, persembahan ngajat, karaoke dan cabutan bertuah.

Tetamu kehormat yang bakal hadir pada majlis itu nanti ialah Bishop Sibu Diocese Lordship Right Rev Joseph Hii.

Untuk pertanyaan lanjut atau membuat sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, orang ramai bolehlah menghubungi Eustace Seman di talian  019 8765350, Datin Mary Masing (019 8786922) dan Lucy Wong (011 16093288).

Sehubungan itu pihak penganjur majlis turut menyeru khasnya kepada penganut agama Kristain Katolik di mana jua mereka berada agar dapat hadir dan memberi sokongan padu terhadap penganjuran majlis berkenaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved