ads

Selasa, 14 Jun 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Bukit Sari Benteng Kuat PBB <b>di</b> Zon Utara <b>Sarawak</b>

Posted: 27 Apr 2011 11:08 AM PDT

Post image for Bukit Sari Benteng  Kuat PBB di Zon Utara Sarawak

Bagaimanakah nasib kerusi PBB  di utara pada pilihan raya kali ini?  Adakah sentimen pengundi bandaran Cina kini mula menjangkiti pengundi kawasan bumiputera  zon utara  Sudah adakah perubahan cara berfikir pengundi golongan tersebut?

Berdasarkan pengamatan penulis, kerusi Bukit Sari milik Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan  adalah kerusi yang paling kukuh setakat ini. Malah menurut sumber PKR di Kuala Lumpur, mereka mengakui kawasan Datuk Amar Awang Tengah sukar ditembusi.  Janganlah cuba berkempen sebagaimana berkempen di Padungan, Pending, Kota Sentosa,  atau Batu Lintang.

Jangan pula terkejut  apabila ceramah politik pembangkang cuma mendapat respons yang paling sedikit berbanding di tempat lain. Menurut beberapa penduduk di kawasan DUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah sentiasa turun dan menjaga kawasan. Kita dapat mengukur kesetiaan penduduk kawasan kepada Tengah apabila sebaiknya sahaja beliau tiba di Lawas, ramai akar umbi sudah berbaris menunggu kedatangan beliau untuk  berjumpa dan bermesra dengannya.

Cerita kemurahan hati Datuk Amar Tengah pula sudah merebak ke kawasan-kawasan DUN lain. Difahamkan rumah beliau di Jalan Tabuan, Kuching sentiasa didatangi oleh penduduk di sekitar Kuching hingga ke Serian khususnya pada hari Jumaat tanpa putus-putus.  Malah dari satu tahap kelihatan  rumah Awang Tengah tempat penyelesaian atau tapak aduan rakyat.

Personaliti lulusan psikologi dan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berumur 56 tahun ini cukup mesra dan rapat dengan akar umbi menjadikannya amat popular kalangan rakyat akar umbi. Naib Presiden Kanan PBB ini juga mempunyai hubungan baik dengan komponen BN lain. Tidak hairan nama Tengah turut disebut-sebut sebagai antara calon Ketua Menteri Sarawak. Sekiranya berlaku, ia merupakan satu pengiktirafan kepada masyarakat di utara Sarawak terhadap kepimpinannya  yang berjaya menghasilkan undi popular pada pilihan raya lepas.

Lawas kini bukan  kawasan kecil yang kita kenali 10 tahun yang lalu. Kini Lawas sudah berubah wajah. Tak pernah terfikir oleh penduduk di sana, Lawas akan memiliki sebuah hotel yang terkenal di seluruh Malaysia. Kini Lawas adalah satu-satunya tempat Hotel Seri Malaysia  di Sarawak bertaraf tiga bintang yang menjadi tanda aras pembangunan di Lawas.

Yang terkini Hopsital Lawas yang bernilai  RM80 juta akan dibina apabila baru diumumkan baru-baru ini.  Pembinaan lapangan terbang baru  di Lawas juga dijangka akan dibuat dalam beberapa tahun ini. Selain itu Lawas Shopping Mall, Pusat Budaya Lun Bawang, Rumah Awam Lawas, Sundar dan Trusan, pembinaan 300 buh unit rumah kos rendah dan pembinaan empangan hidro Lawas berkapasiti 600mw. Ternyata banyak pembangunan sudah dilaksanakan kecuali sebahagian kecil kemudahan infrastruktur. Bagaimanapun yang belum dilaksanakan sudah dimasukkan dalam idang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Pada pilihan raya 2006, Awang Tengah  memperoleh undi sebanyak 5,596 undi. PKR  yang diwakili Mohamad Ibrahim hanya mendapat 98 undi  manakala Japar Suyut dari Bebas mendapat 321 undi.  Dengan kata lain, Tengah mendapat 5,275 undi majoriti.

Apakah kali ini Tengah mendapat tentangan hebat? Kalau dahulu, PKR yang cuma mendapat 98 undi. Kini PKR mengatur strategik politik mereka. PKR berharap dengan mengambil dan meletakkan Japar Suyut sebagai calon PKR mereka pasti akan meraih undi yang lebih banyak berbanding dengan pencapaian PKR pada pilihan raya lepas. Adakah strategi ini akan berjaya dengan mengambil kira sentimen politik semasa di Bukit Sari? Pastinya, seramai 9,983 pengundi di Bukit Sari lebih bijak menentukan pilihan mereka nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Sandakan dan Bau Dalam Radar Misi

Posted: 09 Jun 2011 09:41 PM PDT

Julai ini menjadi medan Kelab Misi untuk melabuhkan lagi sauh mereka di kedua-dua buah negeri yang terpisah dengan semenanjung. Negeri Sabah dan sarawak juga merupakan negeri yang bernaung di bawah nama negara Malaysia. Negeri-negeri ini juga merupakan negeri kelahiran rata-rata ahli kelab Misi UIAM.

Sauh bahtera kelab ini akan mendarat di dua kawasan iaitu Sandakan, Sabah dan Bau, Sarawak. Bermula dengan program Educational Hearten Camp yang dahulunya dikenali sebagai English & Dakwah Camp iaitu dari 8 Julai sehingga 10 Julai bertempat di Sandakan, Sabah. Lebih spesifiknya adalah di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sandakan.

Menurut Presiden kelab Misi, saudara Usman bin Suardi, pertukaran nama program ini bukan kerana suka-suka. Ini adalah kerana nama sebelum ini membuatkan ramai orang konfius dengan perjalanan program. Maka namanya diubah bagi menampakkan konsep dakwah yang dibawa lebih luas dan universal.

Cecep di sebelah kiri Penulis dalam satu program yang dianjurkan kelab Misi

"Program kali ini memerlukan tenaga yang ramai. Maka, sebab itulah kami membawa 40 orang mahasiswa UIAM khususnya ahli kelab kami terbang ke sana untuk mengendalikan program yang melibatkan seramai 250 orang. Pelajar-pelajar ini datangnya dari tingkatan 3 hinggalah tingkatan 5," jelas Usman yang lebih dikenali sebagai Cecep.

Usman juga menerangkan bahawa program ini memang betul-betul menekankan unsur dakwah dalam setiap modul yang diperkenalkan. Maka, program kali ini telah membawa beberapa konsep di antaranya, konsep motivasi, kekuatan spiritual (dalaman), meneroka keyakinan diri, dan ski kepimpinan.

Lain pula halnya dengan satu lagi program yang juga dijalankan oleh kelab yang sama, di bawah pimpinan presiden yang sama, Usman bin Suardi. Program yang dikenali sebagai DESA atau Dakwah Exploration at Sarawak ini akan membuka tirai pada 20-26 Julai ini. Program DESA 2011 ini akan mengambil tempat yang berbeza, tidak seperti sebelum ini iaitu di Simunjan, Sarawak. Tempat yang dianjurkan oleh Unit Saudara Kita (USK) ialah Kampung Kendie dan Kampung Tembawang.

"Kedua-dua kampung ini merupakan kampung yang dipilih oleh USK. Ini kerana merekalah yang kami selalu berhubung untuk mendapatkan informasi mengenai kampung-kampung di Sarawak  yang memerlukan perhatian mahasiswa UIAM. Di dalam maklumat yang kami dapat, Kampung Tembawang mempunyai sedikit masalah dengan politik kampung mereka. Ini kerana di kampung tersebut turut didiami oleh lebih 10 keluarga Muslim iaitu saudara baru," terang Usman lagi.

Menurut Usman lagi, kedua-dua kampung berkenaan didiami oleh 100% penganut kristian. Namun kini, minoriti penduduknya sudah pun memeluk Islam.

"Maka, kerana itulah USK memilih kampung ini untuk kami jalankan program DESA kami. Kami harap orang kampung terutamanya minoriti muslim di sana terus bersemangat untuk menjalani ibadah sebagai seorang muslim."

Harapan Usman juga, agar setiap program yang dianjurkan oleh MISI terutamanya program Education Hearten Camp akhirnya menjadi satu projek yang berjangka panjang untuk Kelab Misi seperti projek mentoring yang dianjurakn oleh kelab-kelab lain.

Usaha-usaha untuk menjalankan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar. Semua mesyuarat sudah pun dibuat, gerakan komiti juga sangat mengagumkan Usman sebagai ex-officio kepada kedua-dua program tersebut. Katanya lagi, kini kelab MISI sedang rancak mencari dana tambahan untuk membuat persiapan sepenuhnya bagi kedua-dua program di Sandakan dan juga di Bau.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang bantuan dari segi kewanagn atau material lain, silalah ajukan pertanyaan kepada presiden Kelab MISI, Usman Suardi di talian 014-8754579.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Oh , Guru !: Puad kecewa kualiti projek kabin sekolah <b>di Sarawak</b>

Posted: 01 Mar 2011 06:21 PM PST

BATU NIAH 1 Mac - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam bertindak tegas apabila menolak untuk memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan kabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Miri.

Keengganan itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya apabila melihat kualiti struktur binaan kabin itu yang tidak mencapai standard Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, masalah itu bukan hanya berlaku di SMK Subis, bahkan turut membabitkan keseluruhan projek pembinaan bangunan kabin kelas di sekitar Subis dan Baram.

Katanya, daripada 32 buah blok yang sepatutnya dibina, hanya enam blok sahaja yang disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan serta menepati kriteria digariskan kementerian.

"Kalau ikutkan hati, saya sangat marah dengan kontraktor terbabit, pembinaan kabin tersebut amat mendukacitakan sehingga ada yang tidak siap dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Kalau yang dah siap pun, ia tidak mematuhi ciri-ciri yang kita kehendaki seperti ada kabin yang tiada sistem perparitan, tangga tidak mematuhi aspek keselamatan selain material yang digunakan bukan yang ditetapkan," katanya yang jelas amat kecewa dengan perkembangan itu.

Beliau yang dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi meninjau 12 buah sekolah di Bekenu, Sibuti dan Subis bermula kelmarin ditemui pemberita selepas melawat blok kabin kelas di SMK Subis yang merupakan salah satu daripada projek yang gagal memenuhi standard.

Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Aidan Wing dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Kementerian Pelajaran sebelum ini meluluskan pembinaan kira-kira 300 bangunan kabin sekolah yang setiap satunya membabitkan kos RM260,000 di seluruh Sarawak.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata projek pembinaan itu diserahkan kepada 10 syarikat kontraktor dan dua daripadanya didapati telah gagal menyiapkan projek.

Katanya, kementerian sudah mengenal pasti dua syarikat tersebut selain bertindak menamatkan tempoh lanjutan pembinaan.

"Lebih 80 peratus projek bangunan kabin di Subis dan Baram gagal disiapkan, selain pembinaan yang dilengah-lengahkan dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Sedangkan keutamaan kita adalah keselamatan pelajar dan suasana pembelajaran yang kondusif, kita tak mahu pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar khususnya di luar bandar terjejas kerana kegagalan kontraktor," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Najib Lakukan Tinjauan Mesra <b>Di Saratok</b> | <b>Sarawak</b> Update

Posted: 10 Apr 2011 09:21 PM PDT

BETONG (Sarawak), 11 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini memulakan tinjauan mesra di beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong dan Sri Aman, kira-kira 300km dari Kuching.

Helikopter, yang membawa Perdana Menteri dari Kuching, mendarat di padang daerah Saratok, kira-kira 80km dari sini pada pukul 9.30 pagi.

Najib disambut oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Peter Nyarok ak Entrie, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Krian dan Abdullah Wahab Aziz calon BN di Kalaka pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Turut hadir Residen Bahagian Betong Datuk Roni Sigan Daniel.

Sebaik tiba, Perdana Menteri terus berjalan ke arah Pekan Saratok dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga meluangkan masa beberapa minit untuk menemui penduduk di sebuah kedai kopi di situ.

Daerah Saratok mempunyai kira-kira penduduk 40,000 penduduk, kebanyakannya penanam padi dan pekebun kecil kelapa sawit.

Selepas itu, Najib berucap kira-kira lima minit kepada kira-kira 1,000 hadirin di sebuah taman rekreasi di tengah pekan Saratok.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata sejak lebih 50 tahun, kerajaan BN telah banyak berkhidmat kepada rakyat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata ini bukan kali pertama beliau datang ke daerah ini kerana sebelum ini pernah melawat ke Rumah Panjang Juliana di kawasan Krian.

Najib berkata beliau telah meluluskan projek pembinaan jalan dan loji air Sungai Krian di daerah itu.

Selepas Perdana Menteri mengakhiri ucapan beliau, hadirin melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional" sebelum orang ramai berpusu-pusu mendekati pemimpin nombor satu negara untuk bersalaman.

Najib kemudian berlepas menaiki helikopter untuk meneruskan tinjauan mesra di Kampung Beladin kira-kira 80km dari pekan Saratok. – BERNAMA

Short URL: http://sarawakupdate.com/home/?p=21852

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


ebooks – POCO POCO GAWAI <b>di SIBU SARAWAK</b> {thumbnail}

Posted: 30 May 2011 03:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]ebooks – POCO POCO GAWAI di SIBU SARAWAK {thumbnail}. by admin on Monday, May 30th, 2011 | No Comments. Rating: 0. Posted in Electronic Book Videos. Leave a Reply. Click here to cancel reply. Name (required) ...
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved