ads

Selasa, 19 Jun 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Percaya Atau Tidak..? Tanda Salib (Cross) Kelihatan <b>Di Simunjan</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 11:56 PM PDT

Balik dari Gawai nanti gua upkan yg lebih jelas bro.. Ni mmg kurang jelas krn diambil dr jarak jauh.. Difahamkan cd tntg perkara ni ada dijual..

Org kampung gua bagitau kisah kejadian salib (cross) ni krn ada seorg ibu yg menangis tak henti2 selepas anaknya meninggal dunia selepas meninggal semasa menjadi betugas sebagai askar.. Selepas tu emaknya mendapat mimpi anaknya bagi nasihat supaya emaknya berhenti menangis krn dia akan kelihatan di pokok kelapa tersebut. Selepas tu lh kejadian tanda cross tu muncul..

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Ikan Keli Gergasi Ditangkap <b>Di Sarawak</b> | BERITA TERBARU!

Posted: 13 Jun 2012 01:00 AM PDT

ikan keli ini Di tangkap oleh nelayan di Mukah sarawak. Kejadian tersebut mengemparkan orang ramai yang meyaksikannya.

Dengan beratnya anggaran 2 tan, ikan keli ini di angkat menggunakan lori kren. wooo Besar gler..Kalau kena pada pancing kita kirim salam la celah gigi jer dia makan dengan sekali pancing dan anda sekali. haha.

rupa ikan keli ini seakan akan ikan paus atau jerung..identitinya tidak dipastikan.
kalau nak tau panggil forensik atau bedah siasat perlu dilakukan ke atasnya.

kemungkinan ikan ini tersangkut di bawah jambatan. Mungkin badan dia besar sangat pastu tersepit.

Joseph Chong adalah seorang pemborong tokey ikan yang termashur di Mukah.beliau menyuruh kulinya mengikat ikan tersebut untuk memudahkan lori kren mengankatnya dan di bawa ke kedai beliau untuk dipotong-potong dan dijual pada orang ramai sekitar kawasan mukah sarawak dengan angaran rm 6.00 sekilo. Orang ramai yang meyaksikan kejadian tersebut didermakan oleh Joseph Chong untuk dibahagikan sekilo setiap seorang.

About The Author

Pemberita Blog merupakan penulis blog 2dayblogger.com. Berkerja 24/7 untuk mencari berita-berita terbaru dan menarik untuk dikongsikan bersama-sama para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca berita-berita yang di post di blog 2dayblogger.com ini.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Gempar Penemuan Buaya Tembaga <b>Di Miri Sarawak</b> | melvister.com

Posted: 18 Jun 2012 08:10 AM PDT

Share

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak. Penduduk Kampung Pujut Corner hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

"Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

"Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu," katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

Teruskan Membaca:

  1. Sinopsis Drama Senario Misteri Bamboo TV3
  2. Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam
  3. Penemuan Kepala Babi Di Depan Masjid Al Hidayah Sentul
  4. Gempar Video Kemaluan Isteri Melekat Akibat Berzina
  5. Video Bunyi Aneh Suara Dari Langit Kota Samarahan Sarawak
  6. Mia Sara Dinobat Pelakon Kanak-Kanak Terbaik My Kids Award

Gempar Penemuan Buaya Tembaga <b>Di Miri Sarawak</b> ~ ScaniaZ

Posted: 18 Jun 2012 09:29 PM PDT

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak. Penduduk Kampung Pujut Corner hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong.
Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.
Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.
Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.
"Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.
"Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu," katanya di sini kelmarin.
Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kerajaan dengar masalah dihadapi penjaja dan peniaga <b>di</b> negeri <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 06:50 PM PDT

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menganjurkan sesi dialog bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Sarawak dalam masa terdekat ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata tujuan dialog itu adalah untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi penjaja dan peniaga di negeri ini.

Tambahnya, ia juga bagi mencari jalan penyelesaian selain mengetahui perkembangan terutama dari segi aspek kebajikan setiap ahli dalam persatuan itu.

"Satu sesi dialog bersama persatuan ini dengan kementerian saya bagi mengetahui masalah dan perkembangan terutama aspek kebajikan ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam Hari Ibu Bapa anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan di Dewan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini malam kelmarin.

Pada masa yang sama, Fatimah turut memberitahu bahawa kementeriannya bukan untuk Bumiputera sahaja tetapi juga untuk semua kaum termasuk Cina.

"Kamu jangan salah faham mengenai kementerian di bawah tanggungjawab saya ini hanya untuk Bumiputera sahaja kerana ia adalah untuk semua kaum di negeri ini kerana kita 1Malaysia.

"Jadi, jika kamu ada masalah tentang kebajikan atau keluarga boleh merujuk ke kementerian saya," katanya.

Sementera itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menyarankan agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan keharmonian walaupun memiliki masyarakat majmuk.

"Semangat 1Malaysia harus dikekalkan dan kerajaan Malaysia juga telah mengikhtiraf 18 November sebagai Hari Penjaja yang dirai setiap tahun bagi mengenang jasa setiap penjaja dan peniaga yang ada di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang RM5,000 bagi membantu persatuan itu mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahlinya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang berkata, rakyat di negeri ini terutama komuniti Cina harus mengekalkan 'jambatan' yang menghubungkan kerajaan dengan mereka.

"Jika jambatan ini roboh maka kerajaan akan sukar membantu kita dalam menghulurkan bantuan dan pembangunan di sesebuah kawasan yang terjejas.

"Justeru, saya menasihatkan pengundi agar memilih dengan bijak pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew dan tetamu kehormat lain.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: <b>Di</b> Mana SK Bayang

Posted: 04 May 2012 10:27 PM PDT

Sk Bayang merupakan sekolah kategori Pedalaman 2 dan berada di DAERAH DARO..BAHAGIAN MUKAH.
Untuk pergi ke sini dari Sarikei perlu menggunakan bot laju MAJU STALON 1 dan 2.Bot hanya pergi 2 kali sehari ke Sekolah SK Bayang pada pukul 12 tengah hari dan pada pukul 2 petang..Tambang hanya RM15 sehala.Sekiranya lepas dari masa tersebut kenalah cartar bot dengan bayaran RM300 sekali perjalanan.Perlu di ingat bahawa kena datang awal ke bot dalam 30min lebih awal kerana bot sentiasa penuh..kalau lewat duduk atas bumbung lah jawabnya.
SK Bayang mempunyai staff guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar...Staff bukan guru seramai 6 orang.Sk Bayang merupakan sekolah berasrama yang di huni seramai 52 orang pelajar asrama.
Penduduk dan pelajar hampir 100% berbangsa iban.Terdapat 9 buah rumah panjang di sekitar kawasan sekolah..guru dan pelajar menggunakan air hujan sebagai sumber air utama untuk keperluan harian.
Bekalan elektrik menggunakan generator hampir 24jam dan tidak sepenuhnya kerana perlu menjimatkan minyak diesel.Rumah guru tidak mencukupi kerana semua guru yang sudah berkahwin perlu meninggalkan anak isteri dan suami kerana rumah guru agak terhad.guru perlu berkongsi sebuah rumah untuk 3 orang guru.

Kepada guru-guru yang hendak berpindah ke sini boleh lh cuba untuk memohon..or hubungi saya di 0198384492 (cikgu Faizal)untuk pertanyaan..

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved