ads

Jumaat, 28 Februari 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


149 mangsa banjir <b>di Lawas</b> masih <b>di</b> pusat pemindahan <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2014 05:03 PM PST

LAWAS: Seramai 46 keluarga membabitkan 149 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Trusan di sini semalam, selepas dua daerah di sini iaitu  Sundar dan Trusan dilanda banjir yang disifatkan terburuk sejak 2009.

Dari jumlah tersebut, seramai 94 adalah golongan dewasa  termasuk seorang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan 55 orang kanak-kanak, membabitkan 70 lelaki dan 79 wanita.

Paras air di Sungai Trusan terus meningkat akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu menjejaskan banyak kampung di kawasan terlibat termasuk di Daerah Sundar.

Bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan di kawasan Sundar namun agihan bantuan terus dihulurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lawas.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah Lawas ketika dihubungi semalam berkata lima sekolah terjejas banjir ditutup kelmarin kini dibuka semula hari ini (semalam).

Sekolah terbabit SJK Soon Hwa Sundar, SMK Sundar, SK Luagan Sundar, SK Aru Baru, dan SK Trusan.

"Sesi persekolahan membabitkan semua sekolah rendah dan menengah di dua daerah, Trusan dan Sundar sebelum ini terjejas banjir kini dibuka semula.

"Namun, masih ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana kawasan mereka masih ditenggelami air," katanya.

Menurutnya, kerja pembersihan kawasan sekolah juga giat dilakukan dan hanya sedikit kerosakan dilaporkan.

Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Bukit Sari, Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Jawa berkata, pergerakan Pemuda PBB sudah dikerah mengagihkan bantuan berupa makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Masyarakat Trusan.

"Bantuan makanan sudah diserahkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Trusan bagi meringankan beban mereka yang dilanda musibah banjir.

"Bantuan ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan sementara menanti keadaan pulih sepenuhnya," katanya.

Pekan Sundar dan Trusan terletak di selatan Lawas dengan jarak lebih 30 kilometer dari bandar Lawas.

Turut mengadakan pemantauan ialah Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai JKM Lawas Muhammad Nur Khairul Punggut, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sundar Ladin Atok, Pengerusi KRT Kenayeh Lawas, Awang Emran Damit dan  pergerakan PBB Bukit Sari.

Selain itu, turut melakukan pemantauan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lawas dan kakitangan Jabatan Penerangan Lawas diketuai oleh Juruaudio, Senawi Abang serta anggota RELA.

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2014 11:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 11:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 11:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 11:53 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 11:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Aug 2013 11:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 11:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pandelela terharu pusat akuatik baharu <b>di Bau</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 02:20 PM PDT

Posted on May 5, 2013, Sunday

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berasa terharu dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina pusat akuatik baharu di Bau sebagai menghargai pencapaiannya dalam sukan terjun.

Katanya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan negeri atas inisiatif untuk memajukan sukan akuatik di tempat kelahirannya.

"Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana menghargai sumbangan saya selama ini dengan membina sebuah lagi pusat akuatik di Bau.

"Saya harap dengan adanya pusat akuatik baharu itu, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai atlet terjun bukan sahaja dari Bau tetapi dari seluruh negeri," katanya di sini semalam.

Olahragawati Kebangsaan 2011/2012 itu juga yakin Sarawak bakal menjadi lubuk penerjun negara kerana inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memajukan sukan berkenaan di sini.

Justeru, beliau menasihati atlet-atlet muda agar tidak mensia-siakan fasiliti sedia ada dan cuba mengharumkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pandelela, beliau akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Keputusan membina sebuah lagi pusat akuatik disuarakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom pada Khamis lalu sebagai menghargai jasa serta sumbangan Pandelela dalam sukan terjun.

Katanya, kejayaan bersejarah anak Bidayuh itu memenangi gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu adalah sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja negara malah bagi seluruh penduduk Sarawak.

Pandelela memecah tradisi muncul sebagai wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan berprestij dunia itu.

"Projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia 2015-2020 dan akan menelan belanja berjumlah RM14 juta.

"Pusat akuatik tersebut akan dibina berhampiran Stadium Mini Bau dan bakal menjadi pusat sukan bersepadu di daerah tersebut," kata Mawan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 07:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2014 07:39 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pemohon sijil lahir &#39;ditendang seperti bola&#39; - The Borneo Post Online

Posted: 14 Jan 2014 08:14 AM PST

by Watt Zacchaeus. Posted on January 15, 2014, Wednesday

Kado

SIBU: Seorang pemuda, Kado Nabau, 21, dari Rumah Sangga, Nanga Ulin, Hulu Poi, Kanowit melahirkan rasa terkilan setelah pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kanowit memberi alasan 'tidak cukup kakitangan' semasa membuat permohonan sijil lahir di pejabat itu baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, Kado turut diarahkan supaya menunggu untuk memohon sijil lahir tersebut tanpa sebab munasabah dan pihak JPN Kanowit juga didakwanya sering 'menuding jari' kepada JPN Song untuknya memohon sijil lahir di sana.

"Banyak kali saya diarahkan sebegitu. Saya pun ke Song tanpa banyak soal untuk membuat sijil lahir, namun sampai sekarang sijil lahir itu masih gagal dibuat.

"Saya telah membelanjakan kira-kira RM1,000 ulang-alik dari Bintulu-Kanowit-Song untuk tambang bas, bot ekspres, hotel penginapan dan makan minum semata-mata mahu membuat sijil lahir.

"Bila saya sampai di JPN Song, kakitangan di sana suruh saya merujuk ke JPN Kanowit. Bila sampai di JPN Kanowit, kakitangan di sana suruh saya pergi lagi ke Song.

"Keadaan ini entah berapa kali berlaku dan menghairankan saya, kenapa susah sangat JPN mahu menerima pemohonan saya sedangkan semua bukti dan keperluan disediakan," katanya semalam.

Menurutnya, pejabat JPN Kanowit dan JPN Song sepatutnya dapat meluluskan permohonannya memandangkan keperluan seperti bukti tertentu lengkap dibawanya bersama.

"Amat menghairankan macam mana pejabat JPN Kanowit tidak cukup kakitangan sedangkan ia beroperasi?

"Saya fikir tidaklah sesibuk seperti pejabat-pejabat JPN bahagian yang mempunyai ramai pelanggan yang berkunjung untuk membuat sesuatu proses yang berkaitan," jelasnya.

Menurutnya, sebelum itu dia bekerja di sebuah kedai tayar di Bintulu dan ini memaksanya berulang-alik dari Bintulu-Kanowit-Song untuk memohon sijil lahir.

"Disebabkan tiada kad pengenalan, saya terpaksa diberhentikan oleh tauke dan saya kemudian bekerja di sebuah kem pembalakan di Selangau.

"Nasib saya malang apabila kem itu ditutup dan kini saya tiada pekerjaan.

"Ia amat sukar disebabkan tiada sijil lahir dan kad pengenalan kerana saya susah mahu mencari pekerjaan," luahnya dengan nada kecewa.

Kado berkata, ibunya Ronie Ilun sebelum ini baharu sahaja menerima kad pengenalan pada Julai tahun lalu dan ini akan memudahkannya membuat proses permohonan sijil lahir seterusnya kad pengenalan.

"Dahulu JPN Kanowit memberitahu saya bahawa untuk memohon sijil lahir, ibu mesti mempunyai kad pengenalan baharulah anak dapat memohon sijil lahir.

"Jadi, selepas ibu saya memperolehi kad pengenalannya pada Julai tahun lalu saya terus pergi memohon sijil lahir.

"Namun, proses saya mahu mendapatkan sijil lahir pun masih gagal sehingga kini.

"Lebih menyedihkan kakitangan JPN memberi pelbagai alasan semasa saya berkunjung ke pejabat itu, entah berapa kali saya ke sana, jawapan sama diberikan.

"Ini amat menyedihkan saya, kenapa kakitangan JPN melambat-lambatkan proses permohonan saya," tegasnya.

Tambahnya, ketiga-tiga adiknya yang lain turut menerima nasib sama iaitu tidak mempunyai sijil lahir sehingga adik bongsunya tidak dapat diterima belajar di tadika walaupun sudah cukup umur.

"Disebabkan tiada sijil lahir dan kad pengenalan, saya juga terpaksa berhenti sekolah semasa berada di tingkatan dua.

"Ini kerana urusan sekolah memerlukan sijil lahir dan kad pengenalan dalam proses tertentu," ujarnya.

Beliau memohon agar JPN lebih berintegriti dalam menjalankan khidmat mereka kepada rakyat serta memberi keutamaan kepada individu-individu senasib dengannya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved