ads

Sabtu, 9 Mac 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak di Betong</b>, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Sesi Dialog <b>di</b> Kampung Stungkor <b>Lundu</b> | Urusetia Saudara Kita <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 05:29 PM PDT

Sesi Dialog di Kampung Stungkor Lundu

May 14, 2012 by in Aktiviti / 0 Comments

Pada 13 Mei 2012 yang lalu pihak Urusetia Saudara Kita telah mengadakan sesi dialog bersama saudara-saudara baru di Kampung Stungkor Lundu untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan ummah di sana. Dalam sesi yang sama saudara baru juga menerima sedikit sumbangan berupa keperluan harian dan buku-buku agama.

Pihak USK dan penduduk Kampung Stungkor bergotong-royong menyediakan jamuan.

Did you like this? Share it:

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BN <b>Lubok Antu</b> tingkatkan persiapan hadapi PRU13 | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 05:10 PM PST

LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) Parlimen Lubok Antu akan meningkatkan per-siapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Bendahari Parti Rakyat Sarawak (PRS) Baha-gian Batang Ai Kaunselor Enteri Balai, semua parti komponen BN di kawasan Parlimen ini sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

"Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu kerana ia merupakan kubu kuat BN," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui sebaik sahaja selesai menu-buhkan jawantankuasa Pilihan Raya Lubok Antu yang dike-tuai Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, di sini baru-baru ini.

Enteri berkata,  mereka tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana calon parti pembangkang atau bebas yang ingin turut ser-ta bertanding di Parlimen Lubok Antu nanti.

"Kami sudah bersedia berhadapan dengan sama ada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng atau Nicholas Bawin Angat daripada Parti Keadilan Rak-yat (PKR) nanti," katanya.

Menurutnya, empat parti komponen BN di Parlimen Lubok Antu sebulat suara akan menyokong calon BN William Nyalau Badak pada PRU nanti.

"Kami akan berjuang habis-habisan kali ini untuk memastikan Nyalau yang mewakili BN dan juga anak tempatan Lubok Antu terus kekal menjadi wakil rakyat kami.

"Kami tidak memerlukan Larry yang berasal dari Kapit itu menjadi wakil rakyat  kami sekiranya niatnya hendak bertanding di Lubok Antu akan menjadi kenyataan kelak," katanya.

Sehubungan itu untuk me-mastikan Lubok Antu terus kekal milik bangsa sendiri maka mereka bertekad akan berjuang habis-habisan untuk memastikan Parlimen Lubok Antu terus kekal milik BN.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved