11 di subis sarawak - Google Blog Search |
Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b> Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini. Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memindahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi. Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berkenaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah longgokan sampah harian dikatakan tidak diuruskan dengan sempurna. "Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam. Sabak tidak mahu pencemaran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdekatan sampah sarap. Beliau memberitahu, kampung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya. "Harapan kami agar kerajaan akan meneliti permasalahan dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya. Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui penduduk dan mengunjungi pusat berkenaan. Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu. Dalam pada itu, pusat berkenaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tadbiran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari. Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupusan sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menampung tiga sel pelupusan yang hampir penuh. Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun. Ia memiliki teknologi efisien seperti aplikasi sel pelupusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah. Teknologi ini diharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di subis sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan