ads

Jumaat, 17 Jun 2011

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Bila Harga Ketam <b>Di Limbang</b> Semakin Mahal « Di Halaman Limbang….

Posted: 19 May 2011 01:16 AM PDT

KETAM bakau mungkin mudah terdapat di Limbang, sebab tu banyak dijual di Limbang dengan harga yang "berpatutan" di pasar basah Limbang. Dulu, dalam tahun 1990-an harga ketam bakau dalam lingkungan RM4-5 sekilo sahaja samada yang bersaiz kecil atau besar sebab permintaan atas ketam pada masa itu masih kurang ataupun orang Limbang masa tu kurang berminat untuk makan ketam. Tapi sekarang harganya telah meningkat naik dalam lingkungan RM8-10 sekilo, mungkin orang Limbang dah suka makan ketam jadi hargapun dah meningkat.

Di tempat lain di Sarawak harga ketam agak mahal tidak seperti di Limbang, jadi banyak juga kawan-kawan yang berpesan untuk "mengirim" untuk belikan ketam di Limbang. Di Limbang, ketamnya masih banyak dan besar-besar lagi, jadi masih boleh diperolehi dengan mudah jika bakau-bakau yang ada di tebing-tebing sungai terpelihara, Insya-Allah ketam-ketam masih boleh untuk kita jamah.

Biasanya di Limbang, penangkap ketam ni, menangkap ketam dengan bubu ataupun "binto" atau "membinto" yang akan ditinggalkan di tebingan sungai yang ditumbuhi pokok-pokok bakau kerana tempat tersebut merupakan tempat lubuknya ketam-ketam. Biasanya, penangkap ketam jarang untuk tidak membawa tangkapan yang kosong, pasti ada sahaja ketam yang tersangkut di bubu dan "binto" yang ditinggalkan. Biasanya umpan yang sesuai untuk menangkap ketam ni, kepala ayam ( yang aku dengar tapi tak pasti juga mungkin ada lagi umpan yang lain yang lebih eksotik).

Pelbagai menu yang sesuai untuk dibuat masakan bagi ketam ni, terpulang pada tukang masak bagaimana nak masakan. Biasanya aku sukakan ketam masak kicap, ermmm…nyaman…

Cuma, sekarang ni aku jarang untuk makan ketam itupun bila balik ke Limbang sahaja tapi masa aku di Tawau 2 minggu lepas harga ketam di situ lebih murah dari Limbang, cuma RM5 sekilo sahaja. Murahkan!

Aku terfikir juga, mengapa mesti harga ketam di Limbang naik begitu tinggi? Adakah penangkap ketam di Limbang banyak mengeluarkan kos yang tinggi dan besar untuk menangkap ketam? Aku rasa hanya perlu mengeluarkan  modal untuk belanja minyak bot sangkut sahaja, yang lain hanyalah seperti alatan untuk menangkap seperti bubu dan "binto" dan umpan ketam tu. Jadi, aku rasa tak memerlukan kos yang tinggi sangat dan bubu dan "binto" akan ditinggalkan disitu sahaja untuk semalaman. Keesokan paginnya akan "diangkat" untuk memperolehi hasilnya. Mengapa mesti ketam yang ada di Limbang dijual dengan mahal? Mungkin ada rasionalnya bagi pihak penangkap ketam dan orang tengah?

Tapi ia merugikan dari sudut "kekonsistenan" untuk orang membeli ketam tersebut, mungkin hidangan ketam akan hanya dirasai sebulan sekali atau sebulan dua kali. Tapi rasa ketam tetap sedap bila harganya murah..berkat!

This entry was posted on May 19, 2011. It was filed under Makanan and was tagged with .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MyOnlineDiary@MyHomeNiaga: Eksplorasi Pena & Lensa <b>Di</b> Kampung Semban

Posted: 25 Mar 2011 09:24 PM PDT

Menjejaki Keunikan Kampung Semban

Salam kepada semua pengunjung blog MyOnlineDiary.  Setelah beberapa hari menghilang tanpa sebarang kemas kini, kini saya kembali dengan himpunan kisah pengembaraan yang penuh cabaran ke sebuah perkampungan terpencil masyarakat Bidayuh Biatah di Padawan, Sarawak.

="1">

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 08:19 PM PDT

Posted by Mohd Ramli in Friday, June 3rd 2011   

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memperkenalkan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa menggunakan Sistem e-Recruitment. Pemohon dipelawa untuk memohon lima (5) jawatan yang diminati dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan agensi-agensi pengguna lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.

Terdapat 213 Kekosongan Pelbagai Jawatan.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2011

Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email... Please CHECK your email inbox to verify your subscribe
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved