ads

Sabtu, 27 Ogos 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Persatuan Media Sosial <b>Sarawak</b> rai anak yatim | Miri Today

Posted: 17 Aug 2011 03:06 AM PDT

Sumbangan kepada Anak Yatim…Awang Tengah menyampaikan sumbangan tersebut kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Resat dan Wan Abdillah. Foto PENERANGAN

LAWAS, 17 Ogos – Persatuan Media Sosial Sarawak meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan kepada mereka sempena Program Kembara Merdeka Ramadan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Lawas baru-baru ini.

Presidennya, Haji Wan Abdillah Edruce berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim bersempena bulan ramadan ini.

"Harapan kita sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan membantu anak-anak yatim.Apatah lagi di bulan ramadan dan kemerdekaan ini. Semoga anak-anak yatim ini nanti lebih bermotivasi dan berjaya dalam pelajaran" ujar beliau

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Lawas baru-baru ini.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Resat Salleh dan ketua-ketua jabatan.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Hiddy Asri&#39;s Blog: Ikan Keli yg ditangkap <b>di Mukah /Sarawak</b>

Posted: 01 Feb 2001 12:00 AM PST

E-mail yang HiddyAsri dapat kali ni tak ada cerita just gmbr. Anyway, who knows the story? Tell me??!!




11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Blog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia: Program <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 01:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Program tersebut yang merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Simunjan, Majlis Daerah Simunjan dan Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong ... Dalam program itu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk menububhkan 4 buah sudut bacaan di sekitar kawasan Perlimen Batang Sadong iaitu: ...

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Hospital <b>Sri Aman</b> baru mula dibina awal tahun depan | <b>Sarawak</b> Post <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2011 01:13 AM PDT

Uggah (tengah) dan Harden (belakang Uggah) semasa melawat tapak Hospital Sri Aman yang baru, di Jalan Kejatau, semalam.

Projek RM200 juta itu dijangka siap dalam tempoh 24 bulan

SRI AMAN: Kerja pembinaan Hospital Sri Aman yang baru, bernilai RM200 juta dijangka bermula pada awal tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, kerja pembinaan hospital seluas 51 ekar itu akan mengambil masa 24 bulan untuk siap sepenuhnya.

Menurutnya, hospital baru berdekatan pejabat Wisma Persekutuan, Jalan Kejatau itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 51 ekar dengan kos ambil balik tanah  RM7.13 juta.

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengeluarkan tender terbuka untuk tujuan pembinaan hospital itu pada September ini, jelas beliau.

"Tender terbuka dikeluarkan setelah penilaian pengurusan dan kerja penyiasatan tanah oleh Geoteknikal dan Siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) selesai dilakukan  Jun lepas," katanya.

Uggah berkata demikian ketika sidang media di bilik mesyuarat Hospital Sri Aman sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke tapak pembinaan hospital baru tersebut di sini, semalam.

"Hospital Sri Aman yang baru ini nanti akan dilengkapi dengan kepakaran asas, alatan perubatan terkini, 108 katil pesakit, dua bilik bedah, enam bilik persalinan dan 20 unit mesin kemudahan haemodialisis," jelas beliau.

Dalam sidang akhbar itu Uggah turut mengumumkan dua doktor pakar pertama ditempatkan buat kali pertama di Hospital Sri Aman.

Dua pakar itu Dr Ling Hii Ming (pakar perubatan) dan Dr Marlini Mat Naphis (pakar sakit puan) dan telah memulakan tugas mereka berkuat kuasa semalam, jelas beliau.

Sehubungan itu beliau berharap agar masalah kekurangan doktor pakar dan pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru tidak menjadi isu lagi  di kalangan penduduk Sri Aman terutama daripada parti pembangkang.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Zulkifli Jantan, Residen Sri Aman Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat, Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hayati Jaafar, para pegawai kerajaan dan ketua kaum sekitar Sri Aman.

Copy the code below to your web site.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


25 laluan maut dikenal pasti <b>di Sarawak</b> | <b>Miri</b> Today

Posted: 14 Aug 2011 01:04 AM PDT

KUCHING, 14 Ogos (Bernama) — Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sarawak mengenal pasti 25 laluan yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini, kata pengarahnya Rano Alywino Akat hari ini.

Beliau berkata laluan di Kuching yang dikenal pasti sebagai jalan maut itu ialah Jalan Sultan Tengah, Km7 hingga Km15 Jalan Matang, Jalan Stephen Yong, Batu 7 hingga 15 Jalan Kuching-Serian, Km69 Jalan Lundu dan Jalan Tabuan Jaya-Kota Samarahan.

Di Samarahan, laluannya ialah Km38 hingga Km59 Jalan Kuching-Serian, Km86 hingga Km87 Jalan Kuching-Serian dan Jalan Tondong-Bau.

Di Sri Aman, laluannya ialah Km6 dan Km106 hingga Km112 Jalan Sri Aman-Kuching, Km20 Jalan Sri Aman-Sarikei dan Km16 hingga Km19 Jalan Simpang Bukit Punda.

Di Miri, laluannya ialah Km40 Jalan Pantai Miri-Bintulu, Jalan Bakam-Luak, Km9 Jalan Pujut-Lutong, Km5 pintasan Miri dan Km13 Jalan Lambir-Niah-Bintulu.

Di Sarikei, laluan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Km33 hingga Km38 Jalan Saratok-Sarikei dan Km25 Jalan Bukit Sebangkoi; di Sibu, Batu 6 hingga 13 Jalan Oya dan batu 32 hingga 37 Jalan Sibu-Bintulu; dan di Bintulu, Km23 Jalan Bintulu-Sibu, Km15 Jalan Kidurong-Bintulu dan Km30 Jalan Similajau-Niah.

Rano berkata sejak tiga tahun lepas, terdapat peningkatan dalam jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak dan kemalangat maut turut meningkat iaitu daripada 323 kes pada 2008 kepada 332 pada 2009 dan 365 pada 2010.

"Sarawak mencatatkan kerugian daripada segi ekonomi berjumlah RM4.13 bilion antara 2000 dan 2010 akibat kematian dalam kemalangan jalan raya," katanya. — BERNAMA

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Klinik Bot 1Malaysia Akan Diperkenalkan <b>Di</b> Kinabatangan <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 03:15 AM PDT

Forum Jump

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


<b>Padawan</b> Raft Safari 2011 kembali, tawar gelaran &#39;Raja <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 24 Aug 2011 08:06 PM PDT

Posted on 25 August 2011.

KUCHING: Aktiviti tahunan terulung Majlis Perbandaran Padawan (MPP), 'Padawan Raft Safari 2011' akan diadakan pada 30 Oktober ini dengan kali ini salah satu pasukan bakal menerima gelaran 'Raja Sungai Semadang' iaitu di Sungai Sarawak Kiri.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Isabell Julau Megat berkata perlumbaan pada kali ini dijangka lebih mencabar dengan pertambahan jumlah penyertaan dalam pelbagai kategori.

"Tahun ini, kita menjangkakan lebih banyak penyertaan berbanding tahun lepas dan saya yakin sungai kita mampu menampung pertambahan tersebut," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Setiausaha MPP Michael Saweng, Pengerusi Penganjur Wadel Boyod dan ketua-ketua kampung terlibat.

MPP mensasarkan pertambahan penyertaan tahun ini kepada 500 penyertaan di mana tahun lepas aktiviti tersebut telah merekodkan 436 penyertaan, dengan dua penyertaan merupakan pasukan antarabangsa (pelancong asing).

Menurut Isabell, tahun ini, MPP juga menambah satu lagi kategori rakit iaitu kategori 'Expert' dengan tawaran hadiah lebih tinggi kepada pemenang.

Katanya, hadiah untuk johan ialah wang tunai bernilai RM3,000, RM2,000 – naib johan, RM1,000 – ketiga dan RM200 untuk setiap 10 pemenang saguhati.

Kategori rakit lain ialah terbuka lelaki, wanita, jabatan kerajaan, agensi pelancongan dan hotel.

Bagi kategori lelaki, hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai bernilai RM2,000 untuk johan, RM1,500 – naib johan, RM700 – ketiga dan RM100 kepada setiap 15 pemenang hadiah saguhati.

Turut diadakan ialah kategori kayak terbuka yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 untuk johan, RM700 – naib johan, RM500 – ketiga dan RM100 kepada setiap lima pemenang saguhati.

Selain aktiviti di sungai, 'Padawan Raft Safari 2011' turut diselitkan dengan aktiviti kebudayaan apabila memperkenalkan pertandingan tarian tradisional untuk tarikan pengunjung khususnya para pelancong asing.

Malah, pertandingan tersebut juga menawarkan hadiah kepada setiap pemenang tempat pertama sehingga ketiga iaitu RM400, RM200 dan RM100 berserta piala dan RM50 kepada lima pemenang hadiah saguhati.

Untuk upacara pelepasan peserta, kategori 'pakar' atau mahir dan kayak akan bermula di Kampung Annah Rais, Padawan dan ia dijangka disempurnakan oleh ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn.

Manakala pelepasan peserta kategori terbuka lelaki akan diadakan di Kampung Temurang sementara kategori terbuka wanita, jabatan kerajaan, agensi pelancongan dan hotel akan bermula di Kampung Danu, di mana kedua-duanya akan disempurnakan oleh ADUN Bengoh Dr Jerip Susil.

Kesemua kategori juga akan menamatkan perlumbaan di Kampung Git dan di situ juga akan berlangsungnya upacara penutupan yang dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Bayaran pendaftaran untuk setiap pasukan bagi kategori 'Expert' ialah sebanyak RM200 (merangkumi insuran kemalangan peribadi dan kerosakan rakit), RM140 bagi kategori terbuka yang lain (merangkumi insuran kemalangan peribadi dan kerosakan rakit), RM60 untuk kategori kayak (merangkumi insuran kemalangan peribadi) dan RM30 untuk pertandingan tarian tradisional.

Permohonan untuk penyertaan mula dibuka pada 1 September hingga 21 Oktober, di mana borang penyertaan boleh didapati di MPP atau melalui laman sesawang www.mpp.gov.my

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Isabell di talian 019-8498 413, pengerusi penganjur kaunselor Wadel Boyod (013-818 4550) atau setiausaha penganjur Lim Kim Hin (019-8592 432).

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved