ads

Rabu, 7 September 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


saya menulis: misteri buaya puaka <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 09 Jul 2011 07:06 PM PDT




minggu lepas saya berpeluang untuk membuat kerja luar di kuching sarawak.akibat dari kumpulan audit yang menjalankan tugas mereka di salah sebuah hospital mental di negeri sarawak itu. maka saya perlu hadir sebagai wakil dari kementerian untuk menerima sebarang isu yang berbangkit *eleh lebih bershopping sebenarnya ni*

saya menginap di hotel riverside majestic dengan harga 200++ semalam..pengsan juga saya membayar harga 2 malam memandangkan sy bukan lagi pemegang sebarang kad kredit dari mana-mana bank..hotel ini mempunyai dua kadar bilik yang berbeza bergantung kepada view (samada view sungai sarawak atau bandar kuching)..hotel ini terletak di tengah bandar kuching cuma mempunyai sedikit masalah untuk mengambil penumpang memandangkan ruang yang terhad..walau bagaimanapun dekat dengan parkson di mana tempat saya mencuci mata membeli belah..

setibanya saya di sarawak sy dijemput oleh orang tertentu dan membawa saya ke hospital umum sarawak..usai pekerjaan formal di situ, kami berangkat untuk mencarik kek lapis sarawak yang sangat glamer itu..kita selalu dikhabarkan dengan kek lapis dayang salhah yang sedap tapi tidak salah kalau kita mencuba tajuk yang lain seperti kek lapis mira yang ternyata tidak mengecewakan!

pada malamnya kami teringin untuk merasai mee kolok..lalu kami mengambil keputusan untuk menaiki bot penumpang ke food court yang kelihatan meriah di seberang sungai dengan kos 0.50 sen sahaja..tak sampai 5 minit sudah tiba di seberang, baru hendak bergosip..terdapat banyak gerai..terdapat pelbagai jenis mee kolok, saya mencuba mee kolok goreng..manakala rakan-rakan saya mencuba mee kolok spesel dan biasa.mee kolok ini akan dimakan bersama kuah sup dan sambal hitam pedas.mee kolok spesel mempunyai udang dan ayam di dalamnya..boleh tahan juga..


saya juga tertarik dengan menu sotong ketuk..sotong kering dengan rupa seperti sotong sebenar akan digulung dan diketuk2 di atas kayu sehingga leper dan dicicah dengan sambal pedas..walaupun saya tidak makan sotong namun saya telah juga sedikit setelah dipaksa..pulang dari makan kami sempat melihat beberapa gerai kecil menjual pelbagai makanan dan kraf di sekitar sungai sarawak..



selain itu, bagi sebarang kelainan untuk makan malam selain makanan laut yang biasa disajikan saya juga mencuba makanan thai di suatu kedai bernama D'arisz cafe juga disekitar bandar kuching yang pada selera saya 5 bintang rasa makanan2 di situ..

tak lengkap juga kiranya kedatangan ke kuching ini sekiranya tidak singgah di pasar satok di mana terdapat banyak peniaga ikan terubuk masin dengan pelbagai saiz.walaupun begitu saya dimaklumkan bahawa kesemua peniaga itu mendapat bekalan dari pembekal yang sama..akhirnya saya tergoda juga dengan ikan terubuk masin besar dengan harga RM 15 hengget seekor dan selamatlah 3 ekor tersebut sy sumbat dalam luggage saya *memang bole imagine kan bau baju2 saya-pengsan*

sebelum pulang saya sempat untuk berjalan kaki di sekitar sungai sarawak dan bandar kuching mengambil gambar dan merasai kfc sana *pada saya kurang sedap*..sempat lagi di airport saya mencuba laksa sarawak yang sedap di gerai mee bersebelahan mcdonald airport kuching bersama rakan saya yang hampir setahun ditukarkan ke sana..sedap tapi berair hidung sebab pedas.oh ye jgn lupa juga untuk membeli pes masak itam jenama liza untuk dicuba di rumah.

itu saja coretan perjalanan saya sepanjang 2 hari di kuching..saya tidak mahu bercerita tentang kerja saya di sana kerana tiada yang menarik bagi saya.


11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Penerima harap JKM beri pertimbangan wajar | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 06:30 PM PDT

by Michael Ubam. Posted on September 7, 2011, Wednesday

MERAIH SIMPATI: Ajek terpaksa menjalani pembersihan buah pinggang tiga kali seminggu dan memerlukan bantuan tambahan bagi memenuhi keperluan sara hidup bersama anaknya, Michael yang mengalami kecacatan Sindrom Down.

Surat sokongan doktor gagal diserah, pegawai bertugas tidak ambil endah, kata Ajek

KANOWIT: Ajek Anak Mapang, seorang balu yang berusia 83 tahun berharap Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM) dapat membantunya untuk menukar skim Bantuan Am (BA) yang diterima selama ini kepada skim Bantuan Orang Tua (BOT).

Ajek yang berasal dari Rumah Sawang, Simpang Machan dekat sini dan turut mengidap sakit buah pinggang berkata, bantuan kewangan melalui skim BA yang diterimanya selama ini tidak mencukupi untuk menanggung kos perbelanjaan ha-rian, lebih-lebih lagi dia perlu menjalani pembersihan buah pinggang tiga kali seminggu di Hospital Sarikei.

Malah lebih membeban-kan beliau apabila terpaksa menyara dan menjaga anak bongsunya, Michael Bangau, 29, yang mengalami Sindrom Down.

Di bawah skim BA, Ajek hanya layak menerima bantuan sebanyak RM130 sebulan yang ternyata terlalu kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung.

"Sejak suami saya meninggal dunia kira-kira 16 tahun yang lalu, hanya saya yang menjaga Michael di rumah," kata ibu kepada tujuh orang anak tersebut ketika ditemui di Hospital Daerah Kanowit, semalam.

Ajek mempunyai empat orang anak perempuan dan tiga lelaki termasuk seorang anak perempuan yang sudah meninggal dunia.

Katanya, anak-anaknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga sendiri dan berjauhan dengannya.

Hanya anak lelakinya nombor empat, Emperang Bangau yang bekerja sendiri sebagai petani kerap menghantarnya ke Hospital Sarikei untuk menjalankan pembersihan buah pinggang.

Sebelum ini, seorang doktor yang bersimpati terhadap apa yang dihadapi oleh Ajek kemudian membantu beliau menulis surat sokongan kepada JKM Kanowit.

Surat tersebut menyatakan bahawa Michael mengalami Sindrom Down dan tidak be-kerja, bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk aktiviti sosial, penjagaan diri dan sokongan kewangan selain datang daripada ke-luarga yang miskin dan perlu diberi bantuan kewangan.

"Saya cuba untuk me-nyampaikan surat sokongan tersebut kepada pegawai yang bertugas di JKM Kanowit namun tidak diendahkan oleh mereka," kata Ajek.

Beliau mendakwa bahawa dia datang ke pejabat JKM yang terletak di tingkat bawah Pejabat Daerah Kanowit pada pagi Isnin lepas untuk menghantar surat sokongan doktor tersebut dengan harapan untuk memohon agar bantuan kewangannya dapat ditambah.

Katanya,Michael sudah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 April 2003.

"Sejak dia mendapat kad kenal diri OKU bagi jenis ketidakupayaan akal sejak itu, saya tidak tahu sama ada anak saya ada menerima bantuan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ajek yang kecewa terus beredar dari situ dan kembali ke hos-pital setelah gagal menyerah-kan surat sokongan doktor terseut kepada pihak JKM.

Seorang kakitangan JKM di Kanowit yang enggan namanya disiarkan ketika diminta penjelasan berkata, seseorang penerima BA perlu menamatkan tempoh bayaran setahun sebelum dia layak untuk memohon atau menukar skim BA kepada BOT.

Katanya, Ajek perlu menunggu tempoh bayaran skim BA tamat terlebih dahulu sebelum dia boleh memohon untuk bertukar kepada skim BOT di mana kelulusan permohonan akan bergantung kepada keputusan ulang kaji kes selain perlu melaporkan diri di pejabat JKM yang berkenaan setiap tiga bulan kali.

"Ini perlu kerana kegagalan untuk melaporkan diri di pejabat JKM yang berkenaan akan mengakibatkan bantuan si penerima dihentikan," katanya.

Mengenai kes Ajek, katanya,dia hanya mendapat bantuan kewangan sebanyak RM60 sebagai balu atau ketua ahli keluarga dan memandangkan seorang daripada anaknya mengalami kecacatan Simdrom Down dia akan mendapat tambahan sebanyak RM70 iaitu keseluruhan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM130 sebulan.

"Jika boleh Ajek boleh cuba merujuk kesnya di JKM Sibu untuk mendapat pengecualian kes atau menunggu tempoh bayaran skim BA tamat kelak," tambahnya.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Lebih RM1.6j dibayar kepada 200 pemilik tanah <b>di Betong</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Aug 2011 08:42 PM PDT

Posted on 19 August 2011.

BETONG: Sejumlah RM1,680,040.82 pampasan bagi tanah berhak milik dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah dibayar kepada 200 orang penerima cek pampasan tanah yang terlibat dengan sembilan buah projek pembangunan di bahagian ini.

Projek pembangunan yang dijalankan merangkumi Bekalan Air Luar Bandar di Tengalat dan Malupa, Saratok; projek Bekalan Air Luar Bandar di Jalan Ulu Awik, Saratok; projek Jalan Kampung Babu/Kampung Bungey/Kampung Lallang, Debak; projek Jalan Lower Saribas Agriculture Development, Saribas; projek Tapak Bangunan RISDA, Saratok; projek naik taraf Jalan Kampung Seberang, Maludam; projek Jalan Betong Kayu/Malam, Betong; projek Maludam Triso Coastal Road dan projek Bekalan Air Wilayah, Saratok (Fasa I) di Saratok.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam, Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, matlamat utama kerajaan memperkenalkan Inisiatif Baru NCR adalah untuk memastikan agar semua tanah NCR disukat dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Katanya ia dilakukan sebelum langkah kedua, iaitu pengukuran secara individu dan seterusnya mengeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan Gazet di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan Sentebu, Selambong dan Muton di Saratok anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Bahagian Betong bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, kelmarin.

Awang Tengah memberitahu penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera juga adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan begitu prihatin serta melindungi hak pemilikan Tanah NCR rakyat peribumi di negeri ini.

"Rakyat harus berterima kasih kepada Dato' Sri Douglas Uggah kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan peruntukan tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

"Inisiatif Baru NCR merupakan satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi jaminan pemilikan Tanah NCR rakyat di Negeri Sarawak dan seterusnya melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini," katanya.

Tambahnya, antara kawasan yang terbabit dan sudah siap proses penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera ialah merangkumi kawasan di pentadbiran ketua masyarakat, Penghulu Garan Chunggut, Tuai Rumah (TR) Renggan Bunyat, TR Anau Chula, TR Lakon Aji, TR Jawi Sangu, TR Sandah Ngaba, TR Aji Ramba dan TR Sat Seriban di kawasan Sentebu, Selambong dan Bajau di Saratok.

Pada majlis yang sama juga, Penguasa JTS Bahagian Betong yang baru, Anthony Aboi dalam ucapannya memberitahu bahawa pengukuran Tanah NCR di Bahagian Betong adalah berpandukan kepada kawasan (bawah bidang kuasa) penghulu.

"JTS dari 2008 hingga 2011 (Ogos) telah menjelaskan pampasan tanah berjumlah RM11 juta kepada 1,845 orang penerima bagi yang terbabit 46 buah projek kerajaan.

"Memandangkan kawasan pentadbiran seseorang penghulu itu agak luas maka dengan itu kita berharap agar penduduk di kawasan Betong/Saratok dapat bersabar.

"Untuk makluman, sebanyak 27 kawasan NCR yang baru telah pun kita majukan untuk mendapatkan kelulusan penyukatan," menurut Anthony.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru pemilik-pemilik tanah agar jangan terlupa untuk menjelaskan cukai tanah kerana ia adalah merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan.

"Sekiranya mempunyai masalah dan isu-isu tanah, janganlah mengadu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana isu-isu tersebut sudah tentu akan diperbesarkan. Sebaliknya kita di JTS bersedia untuk membantu dan sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka," tambahnya.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Sembilan WNI Tewas <b>di Sarawak</b> - KOMPAS.com

Posted: 17 Aug 2011 06:19 PM PDT

Kecelakaan Lalu Lintas

Sembilan WNI Tewas di Sarawak

Iwan Santosa | Marcus Suprihadi | Kamis, 18 Agustus 2011 | 07:49 WIB

KUCHING, KOMPAS.com- Sembilan orang WNI tewas dalam kecelakaan lalu-lintas di Sarawak. Menurut situs Thestaronline.com, Rabu malam (17/8/2011), mobil Toyota Rush yang berisi 10 WNI bertabrakan dengan sebuah truk di jalan raya dekat Sri Aman, tidak jauh dari perbatasan Kalimantan Barat-Sarawak di perlintasan Entikong-Tebedu.

Sebagian besar korban terlempar dari mobil yang hancur dan ditemukan bergelimpangan di jalan di KM 34 Lebuh Raya (jalan raya) Sri Aman-Sarikei.

Kecelakaan terjadi pada Selasa subuh (16/8) sekitar pukul 03.50. Truk yang bertabrakan dengan Toyota Rush datang dari Sri Aman menuju Kuching.

WNI yang menjadi korban adalah Asmadi (21), Maulidi Mumziri (22), Muslimin Jabir (25), Ilham Muzani, (26), Zafri Anwar (26), Ilham Tamrim (27), Yusran Said (29), Zunaidi Tamrim (38), and Juhran (40). Para korban tewas di tempat kejadian. Seorang penumpang Toyota Rush selamat dari kecelakaan maut tersebut. Pengemudi truk, Then Kee Nyong (45), mengalami luka-luka pada kakinya.

Polisi dan petugas bomba (pemadam kebakaran) yang tiba di lokasi pukul 04.00 terkejut melihat kondisi para korban yang mengenaskan. "Sebagian besar korban tergeletak di jalan, terlempar dari dalam mobil. Mobil itu kepenuhan penumpang," kata juru bicara polisi.

Jenazah para korban di kirim ke kamar mayat Rumah Sakit Umum Sarawak di Kuching, sekitar 90 kilometer dari lokasi kecelakaan. Regu penyelamat harus membongkar bagian depan truk untuk mengeluarkan pengemudi yang terjepit di kabin akibat kerasnya benturan.

Pengemudi truk diamankan polisi untuk penyelidikan lebih lanjut.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Admin publicgoldsarawak.com <b>di Miri</b> pada 22, 23 & 24 September <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 11:17 PM PDT

Salam sejahtera semua,

Saya akan berada di Miri selama 3 hari bermula pada 22hb September sehingga 25hb September.

Bagi mereka yang berada di sekitar Miri dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas boleh lah menghubungi saya di talian 019-8884452 atau saudara Wan Zulkarnain 016-8915042. 

Manfaatkan kedatangan saya di situ untuk menambah ilmu anda tentang pelaburan emas serta membantu anda membuat perancangan jika ingin menjadi seorang Dealer Public Gold!~

See u there in Miri!~

Senarai Dealer Miri 

Jika ada sebarang pertanyaan isi ruang dibawah ini

Powered by Fast Secure Contact Form

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Buru buaya sebesar Myvi <b>di</b> sungai <b>Saratok</b>,<b>Sarawak</b>.

Posted: 20 Jul 2011 10:50 PM PDT


Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam.
Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga semalam usaha menjejak reptilia itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung masih menemui jalan buntu.

Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, buaya berukuran 2.74 meter panjang itu dikatakan muncul sekali lagi baru-baru ini, menyebabkan penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa.


Menurutnya, penduduk memang mahu pihak berkuasa menjalankan operasi memburu dan menangkap reptilia itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk yang mencari rezeki dan tinggal berhampiran sungai berkenaan.


"Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai.

"Bukan saya saja, malah kehadiran buaya itu turut disaksikan beberapa penduduk lain yang secara kebetulan berada di tebing sungai.
"Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


sumber : metro

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kaji produk pelancongan | my <b>Sarawak</b> – News coverage around <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 08:13 PM PDT

Posted on 05 September 2011.

UNIMAS diminta melakukan usaha bagi memastikan produk sedia ada terus kekal dalam keadaan baik

PADAWAN: Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengajak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengkaji kemampuan sesuatu produk pelancongan di negeri ini menampung kapasiti pelancong.

Menurutnya, usaha tersebut adalah untuk memastikan agar produk-produk pelancongan yang ada di negeri akan terus kekal dalam keadaan baik terutama dari segi prasarananya.

"Sebagai contoh ialah Kolam Air Panas Kampung Annah Rais, kita dapati terlalu ramai pengunjung yang datang ke situ dalam satu-satu masa."

"Ini menimbulkan kerisauan, kerana kita takut kalau tempat ini (kolam air panas) tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang, lagipun kita juga khuatir jika terlalu ramai yang datang akan menyebabkan tempat ini rosak.

"Disebabkan itu, saya mengharapkan UNIMAS dapat menjalankan kajian mengenai kemampuan destinasi pelancongan seperti ini menampung jumlah pengunjung yang datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Gawai Pelancongan Peringkat Negeri di Kampung Annah Rais, di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, industri pelancongan pada tahun lepas telah menjana pendapatan sekitar RM80 bilion kepada ekonomi negara.

"Pada tahun lepas, daripada pelancong antarabangsa kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM56.5 bilion, manakala daripada pelancong domestik pula kita telah memperolehi sebanyak RM32 bilion," katanya.

Justeru, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Mambong menasihatkan agar lebih ramai lagi masyarakat Bidayuh menyertai perniagaan dalam industri pelancongan.

"Saya sendiri sudah mengenal pasti beberapa lokasi pelancongan yang berpotensi dibangunkan di kawasan ini (Parlimen Mambong), tetapi saya masih menunggu reaksi penduduk tempatan.

"Saya mahu lebih ramai masyarakat Bidayuh menceburi bidang ini kerana ia boleh memberi pendapatan yang tinggi," katanya sambil memberitahu beliau akan berusaha untuk mempromosikan dan membangunkan produk-produk pelancongan yang ada di negeri ini.

Majlis malam tersebut merupakan anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Sarawak dan Kementerian Pelancongan dan Warisan.

Sambutan yang merupakan kali kedua diadakan itu adalah untuk memperkenalkan adat serta budaya tradisional khususnya masyarakat Bidayuh di bahagian Padawan.

Hadir sama ialah Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan Datuk Ik Pahon Joyik; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina; ADUN Kedup, Martin Ben; Naib Canselor UNIMAS Peter Songan, Ketua Kampung Annah Rais, Dominic Yon Jaok dan pengerusi penganjur, Edward Kurik.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved