ads

Rabu, 18 Julai 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


PKR Tak Calonkan Baru Bian Bertanding <b>Di Sarawak</b>

Posted: 17 Jul 2012 09:42 PM PDT

BUKAN satu rahsia bahawa Pengerusi PKR Negeri merangkap ahli Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan, Baru Bian telah dijanjikan jawatan dalam kabinet kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tidak setakat itu, Baru Bian juga khabarnya telah dijanjikan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan yang akan diterajui Khalid Samad (PAS/Shah Alam) selaku Menteri bersama seorang lagi Timbalan Menteri dari DAP iaitu Tan Kok Wai (Cheras).

Penamaan Baru Bian dalam kabinet persekutuan adalah komitmen berterusan Pakatan Rakyat untuk memastikan hak penduduk Sabah/Sarawak akan sentiasa terpelihara.  Tidak cukup setakat itu, Pakatan Rakyat juga menjanjikan seorang daripada 3 Timbalan Perdana Menteri nanti akan terdiri daripada wakil Sabah/Sarawak.

Bagaimanapun, dari dokumen yang penulis perolehi, jelas menunjukkan bahawa Baru Bian tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di Sarawak.  Malah ura-ura sebelum ini yang mengatakan PKR akan  bertanding di 12 kerusi Parlimen juga tidak menjadi kenyataan apabila PKR hanya diperuntukkan 7 kerusi parlimen sahaja.

Kerusi-kerusi Parlimen tersebut adalah di Kanowit,  Mambong, Limbang, Lubok Antu, Selangau, Lawas & Saratok.  Pada tahun 2008, PKR turut bertanding di kerusi Santubong, Stampin, Kota Samarahan. Batang Sadong, Petra Jaya, Julau dan Sibuti.

Kerusi Ba'Kelalan yang dimenangi Baru Bian pada 2010 adalah terletak di bawah parlimen Lawas.  Dari segi logik, Baru Bian sepatutnya dicalonkan disini, tapi itupun kelihatannya tidak menjadi kenyataan.

Secara tidak langsung, ia juga membuktikan bahawa DAP akan bertanding di lebih banyak kawasan di Sarawak kali ini berbanding 2008.  Ini setalah mengambil kira keputusan PAS untuk bertanding di antara 6 hingga 7 kerusi parlimen sahaja di Sarawak.

Tapi penulis tidak berminat untuk membincang soal jumlah kerusi yang ditandingi DAP kerana sudah terbukti isu itu terlalu sensitif untuk dibicarakan.

Penulis lebih berminat dengan tindakan untuk tidak mencalonkan Baru Bian.  Persoalan lebih besar sekarang ialah bagaimana perkara ini boleh berlaku?  Baru Bian diakui punya pengaruh yang cukup besar di Sarawak, seperti yang dapat dibuktikannya dengan kemenangan selesa di Be'kalalan dalam pilihanraya negeri lepas, walaupun baru pertama kali bertanding.

Malah, beliau juga dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa dari legasi Taib Mahmud.

Kebimbangan ini berasas kerana Baru Bian sudah terbukti berpotensi dan kepimpinannya juga diterima masyarakat di seluruh negeri Sarawak amnya dan Lawas khasnya.  Selain itu, penulis juga melihat potensi berlakunya tindakan boikot memboikot secara besar-besaran dari etnik Kedayan yang merupakan masyarakat majoriti di Lawas,  jika Baru Bian tidak dicalonkan.

Kalau ini berlaku, harapan Pakatan Rakyat untuk menawan kerusi Lawas dari tangan BN akan menjadi hancur dalam sekelip mata.

Penulis dimaklumkan, selain Nicholas Bawin di kerusi parlimen Lubok Antu, calon-calon PKR bagi baki 6 kawasan yang lain masih belum diputuskan, tidak terkecuali Lawas.  Itu menggambarkan peluang untuk Baru Bian sebenarnya masih ada walaupun nampak sukar.

Penulis harap, kepimpinan PKR pusat dapat memutuskan perkara ini dengan segera dan membuat hebahan kepada rakyat.  Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih besar seperti yang telah diterangkan di atas.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Ahmad Ibrahim sedia bertanding <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 11:14 AM PDT

KUCHING: Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di Kota Samarahan, sekiranya diberikan peluang dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Tiada yang melobi untuk saya bertanding di Kota Samarahan tetapi terdapat rakyat di sana yang menjadikan saya dekat di hati mereka.

"Namun jika diberikan peluang, saya akan mengambilnya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa beliau sendiri serta ahli-ahli cawangannya akan memberi sokongan padu kepada calon BN di Kota Samarahan.

"Sokongan saya tidak akan berbelah bahagi kepada BN.

"Saya meletakkan BN dan PBB sebagai keutamaan sebelum memikirkan kepentingan peribadi.

"Jika kita tidak bersatu dalam BN, ini akan menyukarkan kita menghadapi PRU13 nanti," katanya.

Ahmad menjelaskan, kesediaannya bertanding di Kota Samarahan kerana rakyat di sana telah meletakkan beliau dekat di hati mereka.

"Sebabnya ialah ayah saya dahulu pernah berkhidmat di sana dan mereka tahu caranya serta karakternya sehingga membuatkan mereka mempertimbangkan bahawa saya seperti beliau, iaitu begitu rapat dengan rakyat," kata Ahmad menjelaskan mengenai ayahnya, Datuk Seri Ibrahim Mahmud yang pada suatu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai superintenden polis di Serian – Samarahan.

Terdahulu, Ahmad menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli jawatankuasa Malam Wayang 1Malaysia di pejabatnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


KFCK Makanan Paling Sedap <b>di Miri</b>, <b>Sarawak</b>! | Nabeel Fikree

Posted: 17 Jul 2012 04:30 AM PDT

KFCK iaitu singkatan bagi Kinky Fat Chef Kitchen, satu gerai ataupun restoran yang satu2 nya terletak di Piasau Jaya, Miri Sarawak menjadi satu tarikan ramai apabila ramai yang menyukai burger hasil jualan mereka. Berbeza dengan burger dari tempat yang lain, KFCK mempunyai beberapa bahan yang mereka buat sendiri sebagai contoh Mix Sauce iaitu campuran daripada sos buatan sendiri yang istimewa dengan Fresh Black Pepper Sauce.
KFCK juga mempunyai Cheese Sauce buatan sendiri di buat daripada fresh recipe of cheese sauce, yang mereka panggil sebagai "WaDeGee". Aku pun tak berapa pasti mengapa mereka memanggil dengan panggilan macam tu.
KFCK juga menyediakan menu yang cukup banyak, tak macam di gerai burger lain yang cuma menyediakan menu biasa seperti burger daging dan egg banjo. KFCK menyediakan menu seperti berikut :
"Grilled" Beef Burger - RM5.00.
HomeMade BBQ Grilled Beef Burger with Cheese served with our Homemade Special Sauce or Fresh Blackpepper Sauce
"Grilled" Chicken Burger - RM5.00
HomeMade BBQ Grilled Chicken Burger with Cheese served with Our Homemade Special Sauce or Blackpepper Sauce.
"Grilled" XL Beef Burger - RM8.00
HomeMade BBQ Grilled Beef Burger with Double Beef Patty & Double Cheese Slice served with Our Homemade Special Sauce or Blackpepper Sauce.
HomeMade BBQ Grilled Lamb Burger with Cheese served with our Fresh Blackpepper Sauce & Fried Onion..
Deep Fry Tempura White Fish Served with Tar tar Sauce...
Amacam? Tengok gambar pun dah rasa nak gigit je gambar tu kan? Hahaha. Sabar sabar.. Jangan terlalu emosi. Jangan pandang pada rupa macam kecik semacam je. Tapi nanti bila dah masuk mulut, kenyang bagai nak meletup. Oh ya, gambar di atas hanya sebahagian daripada menu dari KFCK. Kalau korang nak lagi banyak menu, sila pergi ke laman Facebook rasmi Kinky Fat Chef Kitchen dengan mengklik logo mereka di bawah :
p/s : Korang harus pergi ke KFCK jika datang ke Miri! Semua boleh makan nyaman...

TQ sebab sudi baca cerita ceritun aku ! LIKE kalau suka :)

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Carol&#39;s arts...: Lan Kristal kat <b>Matu Sarawak</b>

Posted: 15 Jul 2012 02:53 AM PDT

wah...tengok siapa yang kami jumpa kat Kampung Pergau, Matu Sarawak...persembahan yang mantap dan sangat-sangat menghiburkan... bersama peminat 2 orang dari sarawak dan 2 orang dari sabah.. yeahhh we are rock....
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved