ads

Ahad, 10 Februari 2013

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


KUB Agro Holdings Sdn Bhd Buka Ladang Sawit 8,000 Hektar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 12:15 PM PST

 TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Dr Zainal (dua dari kiri) dengan Pengarah Antero Capital Datuk Muhammad Khairun Aseh di Petaling Jaya, semalam. Turut Hadir, Pengerusi KUB Agro Datuk Gumuri Hussain (kiri).
Petaling Jaya, 8 Feb: KUB Agro Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KUB Malaysia Bhd akan membangunkan ladang kelapa sawit di tanah seluas 8,000 hektar bank Tanah Adat Bumiputera (NCR) di Kanowit, Sibu, Sarawak, sekali gus mengunjurkan perolehan melebihi RM100 juta setahun menjelang 2018 berbanding RM40 juta ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Zainal Abidin Salleh berkata, sehubungan itu, kerja pembangunan tanah dijangka bermula dalam suku keempat tahun ini.

"Ladang baru ini akan menggandakan tanaman kami sekarang kepada 200,000 tan metrik setahun dan menjana pendapatan purata RM80 juta setahun kepada syarikat.
"Fasa pertama perladangan akan mula mengeluarkan hasil sekitar akhir jadual penanaman. Kami harap ia akan diselesaikan menjelang 2018," katanya pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUB Agro dengan Antero Capital Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, KUB Agro dan rakan niaga strategik tempatannya, Antero Capital bakal mengusahakan tanah itu sepenuhnya secara berperingkat.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Open Minda: ADIK ADAM SYUKRI Meninggal Dunia

Posted: 07 Feb 2013 09:58 PM PST

Salam Jumaat...,

Siapa yang mak mak mesti ramai tahu pasal kes Adik Adam ni...nama sebenar dia ialah AHMAD ADAM SYUKRI  yang lahir secara vacum pada 4/3/2012, masa dilahirkan adik adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan  lebih menyedihkan lagi adik adam telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada urat saraf otak....serius sangat menyedihkan bila gua baca kisah adik ADAM.
 

Otak adik Adam rosak teruk dan dia tak pandai untuk menelan air liur dia sendiri dan bergantung kepada mesin oksigen ketika dia hidup...

Ketabahan mak kepada adik Adam iaitu NORAISYAH MD MALENA sangat gua kagum kerana lebih kurang dekat setahun dia tabah menjaga adik Adam..dipahamkan lebih kurang 1 jam sehari sahaja tidur kerana menjaga adam...bila baca pasal kes adik adam ni air mata gua mengalir secara tiba-tiba kerana usia adik Adam lebih kurang dengan anak gua ...tak boleh bayangkan perasaan kalau jadi kepada diri sendiri..ya ALLAH berilah keluarga aku kesihatan .

Adik Adam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam 7/3/2013 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.., Adik Adam akan dikebumikan hari ini 8/3/2013 di tanah perkuburan Islam Kabong.

Boleh baca kisah adik Adam di facebook dia di SINI
----->


Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri
Detik-detik sayu ketika pengurusan jenazah Allahyarham Adik Adam sebelum diterbangkan ke hampung halamannya di Sarikei Sarawak semalam.
Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik adam bahagia di sana.. Al-fatihah

open : Allah semoga Allah beri kekuatan buat ayah dan ibu adik Adam

Ke syurga la tempat mu wahai adik ADAM....AL -FATIHAH
http://azfar9897.blogspot.com/

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Anak Merdeka: AES : kerajaan <b>Sarawak</b> wajar bantah <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 05:43 AM PDT

Saya tidak bermaksud untuk membantah seratus peratus akan perlaksanaan sistem AES (Automated Enforcement System) oleh pihak JPJ di negeri ini tetapi saya merayu agar kerajaan khususnya kerajaan negeri Sarawak janganlah terlalu tergesa-gesa dalam membenarkan pihak swasta yang dilantik untuk memasang kamera AES itu supaya kelak tidak akan menimbulkan masalah baru kepada semua pengguna jalanraya di negeri ini.

Sepertimana yang semua sudah sedia maklum bahawa mutu ataupun keadaan permukaan jalanraya sepanjang Leuhraya Pan Borneo dari Sematan di Kuching hingga ke Miri di Utara Sarawak dan seterusnya merentasi wilayah negara Brunei Darussalam kemudian memasuki Bahagian Limbang kemudian masuk semula ke wilayah negara Brunei Darussalam dan seterus masuk ke Daerah Lawas sebelum memasuki wilayah negeri Sabah bukanlah tempat yang sesuai buat masa ini untuk dipasangkan dengan kamera perangkap laju berkenaan.

Saya ingin mengambil contoh beberapa tempat jalan yang sangat bermasalah di negeri Sarawak ketika ini iaitu dari Sri Aman - Sibu, Sibu - Selangau, Selangau - Tatau, Bintulu - Miri yang mana keadaan pada permukaan jalan berkenaan yang berlubang-lubang akibat kenderaan berat, permukaan jalan yang sudah pecah adalah sangat tidak sesuai untuk diletakkan kamera tersebut.

Para pemandu yang melalui jalan-jalan seperti itu setiap hari terpaksa memperlahankan kenderaan mereka supaya senang untuk mengelak sekira ternampak jalan berlubang di hadapan di mana walaupun di kawasan berkenaan had kelajuan diperbolehkan sehingga 100km/jam tetapi oleh kerana keadaan jalan yang agak teruk maka pengguna jalanraya cuma memandu pada tahap kelajuan 30km - 60km/jam bergantung kepada sejauh mana kerosakan pada jalan raya. Di sini saja sudah berapa banyak masa yang terbuang.

Jadi, andaikata kamera AES itu dipasang di kawasan-kawasan jalanraya yang mana permukaan jalannya masih elok atau rata, sudah tentulah untuk para pemandu yang sebelumnya telah melalui banyak kali jalan-jalan yang rosak untuk memandu lebih laju lagi agar lebih cepat sampai ke destinasi tidak dapat kerana bimbang akan dikenakan saman automatik RM300. Oleh itu saya berpendapat bahawa pemasangan kamera AES untuk negeri Sarawak belum lagi sesuai buat masa ini kerana kualiti jalanraya di negeri ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Semenanjung Malaysia.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved