ads

Isnin, 26 September 2011

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Ismaco Jimisar Group to feature Mitsubishi, Volkswagen vehicles at <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 07:59 PM PDT

Posted on September 26, 2011, Monday

KUCHING: Ismaco Jimisar Group, via its subsidiaries Jimisar Autotrade Sdn Bhd (Jimisar Autotrade) and Ismaco Automotive Sdn Bhd (Ismaco Automotive), will be showcasing vehicles respectively at the upcom­ing Sarawak Builders' Expo (Sarbex) 2011 Total Living at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Organised by the Sarawak Housing and Real Estate Developers' Association (Sheda), the property and construction solutions expo would see Mitsubishi and Volkswagen models being displayed at two different concourses respectively at the BCCK from September 30 to October 2.

Jimisar Autotrade execu­tive director Mariana Ismail explained to The Borneo Post that Jimisar Autotrade was currently the biggest inde­pendent Mitsubishi dealer in Sarawak, having received dealership rights and start­ing up in Kuching (2008) and opening up branches in Sri Aman (2009) and Sibu (2010).

With regards to Mitsubishi, Jimisar Autotrade would be featuring the top selling Tri­ton series of pickup trucks, the ASX the newly launched Pajero Sport VGT which had received a lot of interest and attention since its introduc­tion here.

Mariana elaborated, "Mit­subishi Motor Malaysia is giving away promotion of­fers and Jimisar Autotrade is planning to have promotions for on-the-spot bookings dur­ing the event.

"Mitsubishi has a very good potential in Sarawak mainly because the product range really suits our life­style and our terrain as we love to travel by road.

"We have opened three branches over the years as we feel that this brand would be very big in the next five years," she emphasised.

Meanwhile, Ismaco Automotive, the sole dealer for Volkswagen in Sarawak, would be showcasing the Polo 1.2 TSI and the Golf 1.2 near the main entrance of the BCCK, heralding the dealership's full operations at its showroom located at Jalan Batu Lintang.

Both models would come with a five-year unlimited mileage warranty, five year roadside assistance programme as with all Volkswagen vehicles available from the company.

In addition, prospective Volkswagen buyers could opt for the lower subsidised hire purchase rates by Affin Bank for automotive financing.

The Volkswagen Kuching showroom, while operational and open for business, had not been officially launched yet as it had been postponed to coincide with new model launchings from Volkswagen Group Malaysia later this year.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Jabatan Kehakiman anjur Hari Terbuka E-Filing <b>di Miri</b> esok <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:25 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

MIRI: Lebih 50 peserta dijangka menghadiri Hari Terbuka E-Filing anjuran Jabatan Kehakiman Miri yang akan diadakan pada 23 September (Jumaat) ini.

Program itu yang bermula jam 2.30 petang akan diadakan di kamar Mahkamah Sesyen II yang terletak di aras dua Kompleks Mahkamah Miri di sini. Manakala peserta terbabit terdiri daripada para peguam bela serta kakitangan fi rma guaman di Miri dan Bintulu serta beberapa kakitangan bank di sini.

Menurut jurucakap penganjur, objektif utama program itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem pengkomputeran di Mahkamah Sarawak dan Sabah.

"Menerusi Sistem E-Filing, pihak firma guaman boleh membuat pemfailan kes baru dan urusan pembayaran secara dalam talian (online). Justeru kita menggalakkan lebih ramai para peguam bela dan kakitangan masing-masing ikut serta dalam program ini nanti," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, pada peringkat percubaan kelak, hanya beberapa fi rma guaman sahaja yang akan dipilih sebagai peneraju dalam penggunaan sistem ini. Sementara itu menurut beliau, sempena program tersebut para peserta juga akan diberikan ceramah yang akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk David Wong Dak Wah serta pegawai dari Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS). "E-Filing membabitkan penggunaan tandatangan digital ataupun elektronik.

Justeru, kita turut menjemput wakil dari digicert iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan tandatangan digital untuk ikut serta dalam program ini," katanya. Sehubungan itu katanya, untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung program ini bolehlah menghubungi Priscilla melalui talian 085-418118.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Anugerah hasil sumbangan wanita, kata Fatimah | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 09:00 PM PDT

Posted on 25 September 2011.

KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah semalam menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk' menyuarakan bahawa anugerah tersebut merupakan hasil sumbangan wanita di  negeri ini.

TAHNIAH: Fatimah bersama suaminya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah melihat darjah kebesaran yang telah diterimanya semalam.

Beliau berkata, anugerah tersebut menunjukkan kaum wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada ne-geri mahupun negara.

"Bagi pihak wanita negeri Sarawak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan kerajaan negeri atas pengurniaan darjah ini.

"Ia bukan kepada saya sahaja tetapi juga wanita-wanita lain yang merupakan peng-iktirafan kerajaan negeri ke-pada sumbangan wanita sama ada dalam bidang politik, sosial mahupun ekonomi," kata-nya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Pada masa yang sama Fatimah memberitahu bahawa wanita Sarawak mempunyai semangat yang tinggi untuk bersama-sama kaum lelaki bagi menyumbangkan tenaga mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan bangsa dan negara.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais yang turut menerima darjah yang sama berkata, anugerah itu adalah untuk semua rakyat khasnya di kawasan Simunjan.

"Saya rasa amat gembira atas anugerah ini, ia sebagai satu penghormatan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk rakyat di kawasan Simunjan terutama penyokong-penyokong saya yang telah banyak bekerja keras selama ini," katanya.

Manakala Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Mong Dagang mem-beritahu, anugerah tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka.

"Ia (anugerah) sangat me-ngejutkan saya dan ini juga adalah untuk rakyat di Bukit Begunan yang banyak menyo-kong Barisan Nasional.

"Dengan kepercayaan ini saya akan bekerja lebih keras lagi terutama kepada rakyat di negeri ini amnya," katanya.

Dalam majlis penganugerahan itu semalam, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' yang disampaikan oleh Tun Salahuddin.

Manakala penerima kedua, ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud menerima darjah kebesaran 'Panglima Negara Bintang Sarawak' yang membawa gelaran 'Dato Sri'.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Diikuti Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.

Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Moha-med Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 penerima.

Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.

Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sara-wak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved