ads

Isnin, 21 Januari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Isu Air <b>Di Bau Sarawak</b>-Perlu Tindakkan Segera - bujang senang bn

Posted: 24 Jul 2012 08:09 AM PDT

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


MOZAIQ: Cuti - cuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Dec 2012 07:38 PM PST

Cuti sekolah akhir tahun 2012 kali ini, aku dan isteri serta keluarga ke Kuching Sarawak untuk percutian selama 4 hari 3 malam. Kami tiba di Kuching pada hari Isnin dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan yang mana semua orang boleh terbang iaitu AirAsia.

Hari Pertama : Isnin

Kami tiba di Kuching jam 4 petang, di sambut oleh panggilan telefon dan mesej daripada En. Fauzi, tuan kereta yang kami sewa, kami menyewa sebuah Perodua Alza dengan harga Rm 420 untuk 4 hari, agak murah bagi sebuah MPV yang usianya baru mencecah 6 bulan, kereta baru tu!

Destinasi Pertama kami di Kuching ialah tempat penginapan kami iaitu hotel "kira-kira jadi kera" Tune Hotel. Nak murah punya pasal, tapi memang murah Rm 200 untuk 2 bilik selama 3 malam, tapi nak keselesaan perlulah membayar harga untuk setiap perkhidmatan, penghawa dingin, 24 jam dengan harga rm 20, kalau dah habis boleh dapatkan isian semula di kaunter.

Seterusnya, kami mengisi perut yang kosong dari semenanjung ini, di sebuah restoran berhampiran, iaitu Kuching Kopitiam, hanya sejenis hidangan sahaja yang ada iaitu "LELAPAN", lelapan ayam, tongkol, puyuh, kembong. Lelapan bermaksud ulam-ulaman, dan hidangan tersebut merangkumi nasi putih, sup, ulam-ulaman serta sambal.

Malamnya pula kami bersiar-siar di sekitar Kuching Waterfront, terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah River Cruise. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual cenderamata, mutiara, serta Gambir Sarawak (untuk sakit gigi).

Hari Kedua: Selasa

Kami bersarapan di Warong Nusantara, makanannya sama sahaja seperti di semenanjung, ada roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Kemudian, kami bertolak ke Santubong, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Destinasi kami ialah Perkampungan Budaya Negeri Sarawak. Bayaran masuk tersangatlah mahal iaitu Rm 60 seorang. Diskaun hanya diberikan untuk pelajar yang ada kad pelajar, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, dan warga emas. Jadi bawalah kad pelajar jika anda seorang pelajar, jika tidak bawalah penaja besar untuk menaja anda, terima kasih kepada penaja saya!

Walaupun bayarannya mahal, tetapi memang berbaloi, kata orang jika pergi ke sini, seperti sudah sampai ke seluruh negeri Sarawak. Terdapat rumah panjang kaum-kaum di Sarawak, aktiviti seharian mereka, persembahan kebudayaan (Jam 11.30 pagi) dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba sendiri.

Kami makan tengah hari di Medan selera Kubah Ria di pinggir sungai Sarawak, sebelum pulang ke bandar Kuching. Petang kami menghabiskan masa, tenaga, dan wang ringgit di deretan kedai cenderamata di sekitar waterfront, macam-macam ada!

Malamnya pula, kami makam malam, di Top Spot Food Court yang terletak di Taman Kereta. Rupa-rupanya taman kereta itu ialah tempat letak kereta, "direct translation" kepada Car Park.

Kedai pilihan kami ialah Bukit Mata Seafood, setelah melihat sijil Halal yang dipamerkan. Pelbagai menu pelik dan menarik untuk dicuba, yang pasti memang sedap!

Hari Ketiga: Rabu

Hari ini kami pergi Semenggoh, Pusat Pemuliharaan Orang Utan. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Kuching. Kami bernasib baik kerana dapat bersua muka dengan seekor Orang Utan di situ, ini kerana ketika musim buah-buahan seperti sekarang, orang utan sukar untuk dilihat kerana mereka mempunyai stok makanan yang banyak di dalam hutan, tak perlu lagi hadir ke pusat ini.

Kemudian kami bertolak ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis dan ikan terubuk masin yang di kirim oleh peminat tegar ikan terubuk masin di semenanjung. Berkenaan kek lapis, ada dua jenama paling terkenal iaitu Mira & Dayang Salhah. Menurut beberapa orang yang ditemui, kek lapis Mira lebih sedap, dan yang satu lagi katanya dah kurang sedap, hanya kek lapis contohnya sahaja yang sedap. Jadi, kami mendapatkan kek lapis di Mira.

Malam harinya, kami sekali lagi ke Kampung Boyan, tapi kali ini kami menyeberang menggunakan sampan dari Kuching, tambangnya cuma 50 puluh sen sahaja sehala dari waterfront. Memang ramai ke sini malam hari untuk makan malam di Medan Selera Kampung Boyan. Macam-macam ada!

Hari Keempat: Khamis

Hari terakhir, aktiviti bebas, membeli apa yang kurang, masih lagi membeli-belah.........sebelum pergi ke lapangan terbang jam 5 petang, pemeriksaan di sini lebih ketat berbanding di LCCT.

Jika mahu ke Kuching, pergi lah ketika hujung minggu, kerana anda berpeluang ke Pasar Satok dan Pasar Serikin yang bersempadan dengan kalimantan.

Sekian.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Am : Sonamu: Elakkan Kawasan Pantai Dan Laut <b>Di Sarawak</b>

Posted: 09 Jan 2013 12:56 AM PST

KUCHING, 9 Jan (Bernama) -- Penduduk di tengah dan utara Sarawak dinasihati supaya mengelak daripada mengadakan sebarang aktiviti marin atau pantai mulai hari ini hingga 13 Jan berikutan ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri ini dalam tempoh itu.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


[Gambar] Sambutan Ketibaan Ketua Menteri <b>Sarawak di</b> Lapangan <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 08:47 PM PST


- Posted using BlogPress from my New iPad

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Sukar PR tumbang BN <b>di</b> Sabah, <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Jan 2013 03:22 AM PST

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat bakal berhadapan laluan sukar untuk mencapai cita-cita politik mereka menerajui Putrajaya kerana perikatan itu masih perlu menang sekurang-kurangnya enam kerusi di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setakat ini menurut pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir, perikatan itu dijangka hanya boleh menang sekitar 12 daripada 18 kerusi yang sepatutnya dimenangi dengan mengambil kira jumlah bilangan kerusi mesti menang di Semenanjung dapat dicapai.

"Mengikut perkiraan sekarang, Pakatan akan menang tujuh di Sarawak dan lima di Sabah.  
   
"Dalam keadaan sekarang, saya boleh rumuskan sukar untuk Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Sabah dan Sarawak," katanya dalam Wacana Pra-PRU13 di sini, semalam.

Sebelum ini Pakatan Rakyat menjangkakan mereka akan menang 105 kerusi Parlimen secara keseluruhan.

Menurut Jeniri, berdasarkan kajian yang dilakukan dan merujuk kepada keputusan pilihan raya sebelum ini, Sabah dan Sarawak diramalkan kekal menjadi kubu kuat BN.

Dalam ucapannya yang cukup kritikal terhadap kepimpinan kerajaan membabitkan hak-hak masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang disifatkan agak terpinggir, Jeniri tidak menolak betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ikon yang menarik minat rakyat di negeri itu untuk terus memberikan sokongan kepada BN.

"Sekitar 66.5 peratus responden menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding dengan 62 peratus suka kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.

"(Sebanyak) 81 peratus responden menyokong aspirasi dan transformasi kerajaan memantapkan agenda membangunkan belia negara," ujar beliau.

Menurut Jeniri, ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh Najib membuahkan keyakinan di kalangan rakyat Sarawak terhadap BN.

"Ini sesuatu yang menarik untuk kita lihat bagi pengundi di Sarawak, Perdana Menteri dipanggil seorang pemimpin yang ikhlas dan komited untuk memperjuangkan nasib mereka," ujar beliau.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, katanya, dilihat rakyat negeri itu sebagai pemimpin yang dipertikaikan kredibilitinya.
"Menjelang pilihan raya negeri yang lalu, itu ibu segala masalah.

"Untuk pilihan raya ini, beliau adalah liabiliti 100 peratus. Untuk orang Cina, selagi Taib ada di situ, isu itu yang akan dimainkan dalam kalangan orang Cina," kata beliau.   

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved