ads

Selasa, 20 November 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


KumpaW BreakeR fishing: lesen pertama casting <b>di sibu</b>, <b>sarawak</b>

Posted: 18 Oct 2012 07:15 PM PDT

CASTING HARUAN DI SIBU,SARAWAK

salam kepada semua pembaca
post kali ni sy nak bekongsi mengenai pengalaman saya memancing haruan di kampung halaman isteri saya pada cuti raya yang lepas.ini merupakan kali pertama saya saya memancing disibu walaupun saya dah berkahwin selama 3 tahun.

Bandaraya sibu

Bandaraya sibu terletak kira2 7 jam perjalan dari bandar kuching.(jauhkan jarak kampung saya n isteri saya.heheheh).Bandar sibu mempunyai pemukaan tanah gambut menyebabkan kawasan nya menjadi habitat kebanyakan ikan darat terutamanya haruan.Selain itu bandaraya sibu juga popular dengan cerita pahlawan yang bernama ROSLI DHOBI. disini saya paparkan antara mercu tanda daerah sibu

pintu gerbang sibu,kalau masuk ke daerah sibu akan jumpalah pintu gerbang ini
pahlawan kemerdekaan sarawak yang berasal dari sibu, ROSLI DHOBI
Pada hari raya ke 5(23/8/2012),saya berkesempatan utk casting setelah 2hari mencari tempat yang sesuai utk menjerat haruan @ snakehead ni.tempat plak tak jauh dari rumah mertua saya.nak cari tempat yang lain tak tau jalan dan member plak masih di kuching beraya. nak tak nak,tangan dah gigil,saya bersama anak saudara teruskan misi memburu haruan ni walaupun tak tau tempat tu berpotensi ke tak. tepat jam 4 petang saya dan anak saudara terus memecut laju membelah angin dengan memggunakan kuda liar skuter ke tempat memancing tadi.setibanya ditempat itu saya terus casting menggunakan senjata perang yang dibekalkan khas dari sepang.hehhehehe, saya menggunakan rod ryobi 10-22 lb,main line 20 lb dan kekili ajiking airmax 2000. pelurunya plak sy menggunakan gewang nite lure bakau berwarna putih. anak saudara sy plak menggunakan rod jenama ormer 7-18 lb,main line 15 lb dan kekili jenama toman. gewang plak sy pinjamkan jenama strike pro trailer
5 minit pertama tiada sambar atau riak ikan bermain tp tidak mematahkan semangat kami berdua.tp bila dah 15 minit menunggu, semangat kami mula luntuk kerana tiada sambaran tetapi tidak lama kemudian anak saudara saya mendapat strike pertama.ikan haruan telah berjaya dinaikkan(lawan tauke dia ni).dia dah dapat lesen,padahal dia baru kali pertama casting.saya terbakar kerana belum mendapat lesen lagi ni.
tangkapan pertama dalam dunia casting.lesen pertama anak saudara saya buat saya terbakar kerana dia lawan tauke.hahahahaha
tak berapa lama selepas tu dengan hati yang terbakar kerana telah didahului,saya mula mendapat lesen.ikan dikawal dengan berhati2 takut rabut.kalau rabut jawab nya kena gelak lah saya.akhir nya lesen pertama haruan sibu saya berjaya daratkan

akhirnya,lesen pertama haruan disibu.bila ada lesen, muka pun ada senyum.hehehehe
setelah berjaya mendapatkan lesen,semangat saya terus berkobar2 utk menjinakan haruan disitu.gewang masih dikekalkan dan saya teruskan pencarian ikam pemangsa ini.selepas tangkapan pertama,sy mendapat beberapa strike tetapi rabut.tak tau la mana silap nya.setelah 2 ke 3 kali insiden rabut berlaku,sy telah mendapat satu strike yang agak kuat.perlawanan dijalankan dengan berhati2 kerana takut insiden rabut berulang.kalau rabut lagi alamat terbakar jiwa ni.hehehehehe.dan akhir nya haruan kedua saya berjaya daratkan.saya mendapat kepuasan tahap maksima kerana berjaya mendahului dan tak kalah kepada pendatang baru iaitu anak saudara saya(kalau dia dapat banyak,malu beb....hehehehe).
lesen merangkap tangkapan ke2 saya.senyuman semakin lebar.hehehehe
sesi ditamatkan sejurus saya mendapat haruan ke2.kepuasan jelas terpapar di muka masing2 kerana misi hari ni berjaya dan saya tak dikalahkan oleh pendatang baru dalam duani casting ni.hehehehehe. ikan dibawa balik utk diberi kepada isteri adik ipar saya yang baru saja bersalin.dalam kt menjalankan aktiviti dunia hanyir ni,sekira nya ikan tersebut boleh membantu dari segi perubatan ,apasalahnya kt membantu,betul tak.lagi pun saya tak makan ikan haruan.kalau dapat pun sebelum ni saya akan sedekahkan kat sapa yang memerlukan or CNR je.
tempat ni saya akan datang lagi sekiranya berkesempatan dilain hari.mungkin saya akan terjah bersama2 dengan member dari sibu fishing club  .berjumpa lagi kita dipost yang akan datang

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Projek BALB <b>Matu</b>/Daro siap Feb ~ Harian Belawai

Posted: 12 Oct 2012 05:33 PM PDT

KEMUDAHAN ASAS RAKYAT: Ketua-ketua kaum dan ketua kampung di kawasan Matu dan Daro merakamkan kenangan bersama Wahab (tujuh kiri), Zuraimi (lapan kiri) dan John (topi kuning).
MATU: Projek Membina dan Menyiapkan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Wilayah Matu/Daro Bahagian Mukah yang dijangka siap menjelang Februari 2013 bakal memberikan banyak manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut.
Pegawai Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Zon Wilayah Tengah John Ateng Pawang berkata, projek yang menelan kos berjumlah RM79 juta itu mula dilaksanakan pada 6 Jun 2011.
"Projek pembinaan loji air ini apabila siap kelak dapat menyediakan 10.5 juta liter air sehari untuk menampung keperluan penduduk di sekitar kawasan Matu dan Daro," ujarnya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Lokasi Pembinaan Projek di Kampung Jemoreng, semalam.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah dan Pengarah JKR Negeri Sarawak Ir Zuraimi Sabki, ketua-ketua kaum dan ketua kampung di kawasan Matu dan Daro.
Katanya lagi, pelaksanaan projek meliputi kerja-kerja pembinaan stesen pam, saluran air mentah yang baharu, loji rawatan air bersama tangki takungan air, tangki kelodak dan penapis.
"Selain itu, skop kerja lain termasuk simpanan air terawat bawah tanah, stor penyimpanan bahan kimia, rumah pam air terawat, rumah bekalan kuasa serta yang lain," jelas beliau.
Mengulas lebih lanjut, John memberitahu, JKR sebagai agensi pelaksana dengan kontraktor Konsortium Mewah Kota Sdn Bhd – Pembinaan Nomisual akan berusaha menyiapkan projek mengikut jadual. Disini
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved