Ahad, 17 Jun 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Cucu pijak tangan nenek sampai patah - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 08 Jun 2012 07:59 PM PDT

Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan apabila disepak dan dipijak cucunya sendiri hingga patah tangan kanan, dalam kejadian di Balai Ringin, baru-baru ini di Serian, Sarawak.Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi pada 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an, ketika beliau memberi makan ayam di halaman rumahnya.Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur.

Mangsa cuba bangun semula tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.

Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum beliau diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian, Timbalan Superintenden Jamali Umi, berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian.

"Daripada keterangannya, mangsa mendakwa sebelum ini berlaku perselisihan faham antara beliau dengan ibu suspek sehingga beliau dihalau keluar dari rumah.

"Mangsa mendakwa dihalau selepas menyerahkan geran rumah pusaka yang didiaminya kepada ibu suspek dan sejak itu dia diberi layanan buruk oleh keluarga itu.

"Mangsa yang tidak mempunyai tempat bergantung terpaksa menerima semua perbuatan keluarganya dan paling teruk apabila beliau dibelasah hingga cedera tanpa diketahui punca kejadian," katanya ketika dihubungi.

Encik Jamali berkata selepas membuat laporan polis, dengan bantuan saudara dan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Serian dan kini beliau menumpang di rumah jiran.

Mengulas kejadian itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata tindakan memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa.

Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu.

Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan.

"Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya," katanya.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus?

Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT


Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2.  Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini?  Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu.  Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Maklumat di atas ini mengandungi sekurang-kurangnya 3 kesilapan.  Apa dia?  Baiklah, cuba lihat maklumat di bawah ini:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan.  Kesilapannya ialah:
1.  Gua Niah bukan gua terbesar di dunia.  Ia dikatakan boleh memuatkan 3 padang bola sepak.
2.  Gua Niah bukan terletak di Taman Negara Mulu.  Ia sebenarnya terletak di Gunung Subis di Bahagian Miri, Sarawak.
3.  Gua Niah juga bukan dipanggil "Lubang Nasib Bagus".

Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri.  Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu.  Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua.  Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave.  Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu.  Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) -  ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747 di dalamnya.

Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak.  Ia terletak di Gunung Subis.  Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu.  Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini.  Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


BN Berperang <b>di Marudi</b>?!!! ~ MUKAPETANG™

Posted: 21 May 2012 12:00 AM PDT

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


bumisepi.com » Blog Archive » Singgah sekejap <b>di Sarikei</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 03 Dec 2011 09:37 PM PST

December 4th, 2011 | by abuadam |

NOVEMBER 2011:
Sarikei ialah salah sebuah bahagian ('division') dari 11 bahagian kesemuanya di Sarawak. Bandar Sarikei ialah ialah ibu bahagian Sarikei, terletak di muara Batang Rejang (Batang = Sungai). Sarikei juga terkenal sebagai bandar nenas kerana nenas termanis berasal dari kawasan ini. Dari segi sejarah, Sarikei juga terkenal sebagai pusat pemberontakan penduduk tempatan (Iban dan Melanau) terhadap pemerintahan Raja James Brooke di sekitar 1800-an. Aku singgah sekejap di sini dalam perjalanan ke Pakan sebuah pekan kecil dalam daerah Sarikei dan seterusnya lagi 1 jam ke Ulu Kota, sebuah kampung kecil perkampungan kaum Iban di tanah tinggi pendalaman Sarawak melalui jalan balak / tanah merah.

Tujuan perjalanan ialah menziarahi beberapa keluarga saudara kita ('muallaf') dari kalangan kaum Iban yang memeluk Islam di Rumah Julin, Ulu Kota. Mereka tinggal di rumah panjang dan selepas memeluk Islam, terpaksa keluar duduk berasingan selepas diusir dari rumah panjang kerana tidak ikut serta dalam amalan penduduk rumah panjang yang bukan Islam seperti minum tuak dan korban babi jika berlaku kematian di rumah panjang. Kaum Iban majoritinya adalah pagan — penyembah pokok, angin, sungai dan objek pelik-pelik. Sebilangan kecil ialah Islam. Kristian mula bertapak di kawasan ini. Bro Nuzul dari Kuching yang turut serta dalam projek ini memberitahu lebih mudah untuk convert Iban Pagan ke Islam berbanding Iban Kristian. Ini adalah kerana paganism tiada pegangan yang kukuh. Satu lagi ialah kerana misionari Kristian mempunyai modal dan network yang besar dan hebat. Dia seorang Melayu yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Iban (maklumlah isterinya orang Iban). Katanya nak masuk Islam mudah saja, tetapi nak pastikan mereka kekal dalam Islam bukanlah mudah terutamanya apabila lokasi yang jauh. Satu bentuk sistem tarbiyah berterusan perlu diwujudkan. Sebab itulah Yayasan Amal Miri – sebuah pertubuhan bukan kerajaan – membawa sekali JAIS, Baitulmal Sarawak dan HIKMAH, sebuah NGO Islam di Sarawak ke Ulu Kota. Atas inisiatif semua, sebuah surau yang diberi nama Surau Al Azhar di Ulu Kota untuk keperluan 30 orang saudara baru yang menetap di situ telah dibina.

Perjalanan dengan pacuan 4 roda dari Miri mengambil masa hampir 6 jam, melalui bandar Bintulu, Sibu dan Sarikei. Bertolak dari Masjid Piasau, Miri selepas solat Isyak, kami sampai di Sarikei jam 4 pagi, selepas berhenti rehat sekejap di Bintulu Iqrak Center (BIC). Sarikei dengan penduduk kurang dari 100,000 ialah bandar yang sederhana besar dan mudah di terokai. Jalan utamanya ialah Jalan Repok yang bermula dari jalan utama Kuching – Sarikei dan berakhir di pusat bandar, di mana terletak jeti bot penumpang ke Kuching dan Sibu melalui jalan air. Disitulah terletak pasar basah, pasar borong, rumah kedai. Plet kereta di sini bermula dengan QR (nombor terkini ialah QRG, contohnya QRG 7622). Kaedah pernomboran nombor plet kenderaan di Negeri Sarawak agak unik. Setiap bahagian (division) di Sarawak bermula dengan dua huruf di mana huruf pertama ialah Q, contohnya QM untuk Miri, QT untuk Bintulu, QL untuk Limbang, dsbnya). Aku tidak lama di Sarikei. Selepas solat Subuh di Masjid Muttaqin, kami bersarapan di waterfront dan seterusnya ke pasar mencari barangan untuk majlis kenduri pada malam hari di Ulu Kota sempena Maal Hijrah. Perjalanan masuk ke Pakan dan seterusnya Ulu Kota mengambil masa 2 jam melalui jalan balak.

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Untuk datang saja-saja ke Sarikei memang susah. Jika ada memandu dari Miri atau Bintulu menghala ke Kuching, singgahlah sekejap di Sarikei. Namanya memang unik seunik penduduknya yang casual. Asal usul nama Sarikei tak diketahui. Mungkin pembaca yang tahu boleh kongsi.

Sarikei dihubungkan dengan sistem jalanraya yang baik dengan bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintangor, Kuching, Bintulu dan Miri. Bas ekspres antara bandar-bandar ini juga tersedia. Sebahagian stretch jalan tidak rata dan anda akan rasa melambung-lambung tetapi masih boleh dilalui oleh kereta biasa. Sarikei ke kawasan pendalaman seperti Pakan dan Julau, anda memerlukan kenderaan 4WD kerana jalan tanah merah dan berbukit bukau. Satu lagi method pengangkutan ialah bot laju atau dipanggil ekspres air. Semua bot laju dari Kuching ke Sibu akan singgah di Sarikei. Sibu ialah laluan sungai utama ke Kapit.

Jalan tanah merah ke Ulu Kota, 1 jam dari Pakan, 2 jam dari Sarikei (itu pun kalau tak hujan)

Persimpangan ke Sarikei dari jalan utama Kuching-Sibu

Jalan Repok membawa anda terus ke pusat bandar Sarikei

Pasar Sungai Rejang terletak di hadapan terminal bot laju

Bot laju (ekspres air) menunggu penumpang ke Kuching, Bintangor dan Sibu melalui Sungai Rejang

Teksi menunggu penumpang yang baru sampai ke Sarikei dengan bot laju.

Penumpang mencari bot ke Bintangor di Terminal bot laju di Sarikei. Bintangor 15km dari sini.

Kapal kontainer menyusuri Sungai Rejang berdekatan Sarikei

Deretan rumah kedai di bandar Sarikei

Laksa Sarawak yang 'nyaman' di sebuah restoran dekat Sarikei Waterfront

Sarikei waterfront

Masjid Muttaqin masjid utama di Sarikei, Sarawak

Life is easy in Sarikei, Sarawak. After all life is short. Why rush?

Nenas Sarikei terkenal di seluruh Sarawak. Harga pun boleh tahan.

Rumah Mak Cik Timah nun jauh di bawah lembah di Ulu Kota.

Siti Nurbaya (kanan) dan Aisyah antara kanak-kanak Iban yang mana ibubapa telah memeluk Islam di Ulu Kota.

Umang atau nama Islamnya Saleh antara kaum Iban yang mendapat hidayah di Ulu Kota

Surau Amal Al Azhar di Ulu Kota, Paka, Sarikei

Ulu Kota terletak di tanah tinggi. Unload barangan yg dibeli di Sarikei untuk majlis kenduri sempena Maal Hijrah.

AKAN DATANG: Miri. Kenapa anda perlu datang ke bandaraya ke 2 terbesar di Sarawak ini?

Tags: ,

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


MoonTalk: Tuai rumah, peniaga bantah konsert SWP <b>di Lubok Antu</b>

Posted: 15 Jun 2012 07:02 PM PDT

LUBOK ANTU: Seramai 14 tuai rumah dan dua peniaga membantah konsert persembahan lagu anjuran Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang dijadual akan diadakan Cafe 88, Lot 159 Pekan Lubok Antu pada 21 Jun ini.
Berikutan itu, Exco Pemuda Parti Rakyat Sara-wak (PRS) Zainie Aji yang mengetuai bantahan bersama 14 tuai rumah dan dua peniaga terbabit menyerahkan surat bantahan itu kepada Balai Polis Lubok Antu di sini, semalam.
Zainie berkata, konsert yang berniat politik itu akan mengganggu lalu lintas di pekan ini serta kegiatan meminum alkohol dalam kalangan penonton boleh menimbulkan kekecohan sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk.
"Konsert ini strategi murahan SWP yang gagal mendapat sebarang sambutan daripada penduduk di kawasan rumah panjang sekitar Lubok Antu selama ini.
"Tuai-tuai rumah di sini berpendapat jika SWP mahu mengadakan program, maka mereka bolehlah menganjurkannya di kawasan Kuching dan rumah, termasuk pejabat Presiden SWP, Larry Sng," katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam.
Selain itu, menurut Zainie, kumpulan bantahan ini yang mewakili rakyat di Parlimen Lubok Antu enggan menyokong SWP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
"Penduduk berasa malu dan tercabar dengan SWP yang dipimpin oleh orang bukan Dayak tetapi mahu meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Dayak pada pilihan raya nanti.
"Atas sebab ini, kami menolak kepimpinan SWP," kata Zainie.
Kumpulan bantahan itu juga memberitahu mereka menyokong penuh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak bagi mengi-barkan bendera Barisan Nasional (BN) pada PRU13 nanti.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 02:15 PM PST

Posted on January 3, 2012, Tuesday

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> KERAJAAN <b>NEGERI SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:16 PM PDT


11 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah / Sijil adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM SARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

1. Jurutera Gred J41
2. Jurutera (Letrik) Gred J41
3. Juruteknik (Lektrik) Gred J17 

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah/ Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di JABATAN PERTANIAN ARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

1. Pegawai Pertanian
2. Pegawai Veterinar
3. Pegawai Penyelidik
4. Pegawai Pembangunan Masyarakat
5. Penolong Pegawai Pertanian
6. Penolong Pegawai Perikanan
7. Penolong Pegawai Veterinar
8. Jurutera

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE

Date: 20 Mei 2012 , 23 Mei 2012

ads