11 di serian sarawak - Google Blog Search |
Cucu pijak tangan nenek sampai patah - LAMAN KL-TODAY.COM Posted: 08 Jun 2012 07:59 PM PDT
Mangsa cuba bangun semula tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali. Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum beliau diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian. Ketua Polis Daerah Serian, Timbalan Superintenden Jamali Umi, berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian. "Daripada keterangannya, mangsa mendakwa sebelum ini berlaku perselisihan faham antara beliau dengan ibu suspek sehingga beliau dihalau keluar dari rumah. "Mangsa mendakwa dihalau selepas menyerahkan geran rumah pusaka yang didiaminya kepada ibu suspek dan sejak itu dia diberi layanan buruk oleh keluarga itu. Encik Jamali berkata selepas membuat laporan polis, dengan bantuan saudara dan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Serian dan kini beliau menumpang di rumah jiran. Mengulas kejadian itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata tindakan memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa. Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu. Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan. "Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya," katanya. |
You are subscribed to email updates from di serian sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan