ads

Sabtu, 4 Januari 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 11:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Projek tukun tiruan akan dibangunkan <b>di Lawas</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 02:07 PM PST

LAWAS: Jabatan Perikanan Sarawak akan melaksanakan projek pembangunan tukun tiruan di perairan daerah ini untuk menyuburkan sumber perikanan di perairan Lawas.

Pengarah Perikanan Laut Sarawak Awangku Isan Pengiran Amjah berkata, tukun tiruan bertindak sebagai serampang dua mata untuk meningkatkan hasil produktiviti ikan dan benteng kepada pencerobohan pukat tunda.

Jelasnya, pelaksanaan projek itu berikutan hasil kajian daripada Institut Penyelidikan Perikanan yang mendapati sumber ikan dan udang di perairan daerah ini yang menunjukkan peningkatan serta antara kualiti terbaik di negara ini.

"Setakat ini, empat jenis tukun telah dilabuhkan di perairan Lawas bermula dengan 6,672 unit tukun tayar pada tahun 1992, diikuti 200 unit tukun bebola, tujuh unit tukun vesel dan 27 unit tukun konkrit jenis dasar lembut.

Manakala, 26 unit tukun konkrit penghalang pukat tunda dilabuhkan pada tahun 2009 dan 2010," ujarnya pada pelancaran tukun dasar lembut di perairan Lawas di Kampung Punang baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Unit Pelesenan Jabatan Perikanan Laut Sarawak Jackson Clive Jusak, ketua-ketua masyarakat dan warga nelayan dari Kampung Punang dan sekitarnya.

Awangku Isan berkata, pelancaran 10 lagi unit tukun tiruan dasar lembut di perairan Lawas pada program itu bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi memastikan nelayan tradisional terus memperoleh pendapatan lumayan.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan Laut Sarawak akan menerima peruntukan berjumlah RM2 juta  pada tahun hadapan untuk projek pembangunan tukun tiruan di negeri ini.

"Kita telah mengenal pasti sebanyak empat kawasan iaitu di Kuching, Mukah, Bintulu dan Lawas untuk menjadi lokasi melabuhkan tukun berkenaan.

"Kita berharap agar nelayan dan komuniti nelayan sentiasa bekerjasama dengan jabatan dalam memastikan sumber ikan yang sedia ada terus berkembang dan berkekalan untuk generasi yang akan datang," ujarnya.

Jelasnya lagi, Lawas merupakan daerah unik kerana terletak di perairan Teluk Brunei yang berkongsi sempadan perairan dengan negara Brunei,  Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan statistik terdapat sejumlah 1,263 nelayan berdaftar dengan sampan berlesen di negeri ini termasuk  848 buah untuk Daerah Lawas.

"Lawas juga sangat istimewa kerana tidak ada lesen untuk vesel enjin laut dalam yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Laut, sebaliknya sampan berenjin sangkut serta menggunakan peralatan tradisional," katanya.

Secara tradisinya, jelasnya, nelayan di sini tidak turun ke laut pada hari Jumaat dan amalan ini secara tidak langsung menuju ke arah pengurusan perikanan berasaskan komuniti.

Dalam pada itu, Awangku Isa memberitahu pihak jabatan telah mewujudkan pasukan 'Community Based Fisheries Management' (CBFM) yang bertindak mewujudkan rangkaian kerjasama pasukan penguat kuasa jabatan dengan nelayan tempatan dalam membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing.

"Melalui konsep yang sama, kita turut menubuhkan 'Rakan Ikan' yang menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Perikanan untuk membantu membanteras pencerobohan nelayan luar.

"Pada masa sama, seramai 30 orang nelayan dari pangkalan Punang dan Awat-Awat telah menerima tauliah sebagai Rakan Ikan pada program ini," tambahnya.

Jabatan Perikanan, katanya, juga telah mewujudkan program Pengurusan Perikanan Berasaskan Persekitaran (EAFM) di Daerah Lawas sekali gus yang pertama di negara ini melibatkan agensi serta komuniti untuk bertindak dalam satu pasukan bagi memelihara sumber perikanan di kawasan mereka.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (2)

Posted: 27 Dec 2013 05:05 AM PST

SAMBUNGAN

5. Di dalam Kaedah Fonik kanak-kanak tidak diajar nama huruf abc (ei, bi,si). Macamana kalau mereka sudah tahu abc ( ei, bi, si).
 Tak menjadi masalah besar kalau pelajar tahu sebut dan nyanyi sahaja. Yang menimbulkan masalah kalau sudah diajar membaca perkataan dengan membatang suku kata dan mengeja-ngeja. Mengambil masa sikit untuk tukar frekuensi.
A. Senyum dan memberitahu pelajar "Cikgu nak kamu sebut BUNYI. " Puji habis-habis sekiranya pelajar menyebut bunyi.  Buat tak tahu kalau pelajar menyebut nama huruf.
B. Kalau pelajar tegar membatang dan mengeja-ngeja, beri dia peluang utk membatang dan mengeja dengan menyebut BUNYI bukan nama huruf pada PERINGKAT AWAL.
   Sebagai contoh, /m/, /a/, /ma/, /n/, /a/, /na/, /mana/.
Apabila sudah kenal dan selesa mengeja bunyi, beritahu pelajar " tak payah eja-eja lagi, terus gabung saja bunyi-bunyi.".
Untuk memudahkan pelajar beralih daripada mengeja kepada menggabung bunyi untuk membaca suku kata dan perkataan, perbanyakkan latihan gabung bunyi praktikal menggunakan kad, Lihat dan. Buat, Dengar dan Buat.
6. Budak fonik boleh membaca tetapi tidak boleh menulis.
Sesiapa sahaja yang mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi atau apa kaedah sekali pun mesti faham apa itu menulis dan tulisan.
 Tulisan adalah perkataan yang diucapkan dalam bentuk cetak. Dengan kata lain menurut Profesor Dianne McGuiness ' Writing is spoken words'.  
Menurut Wikipedia pula menulis adalah sesuatu kegiatan untuk menciptakan suatu catatan atau informasi pada suatu media dengan menggunakan aksara (simbol) . Pada awal sejarahnya, menulis dilakukan menggunakan gambar (zaman Mesir Kuno).
Tulisan dengan aksara muncul sekitar 5000 tahun lalu. Orang- Orang Sumeria menciptakan tanda-tanda pada tanah liat. Tanda-tanda tersebut mewakili BUNYI di dalam bahasa pertuturan mereka.
Kembali kepada kenyataan bahawa budak fonik tidak boleh atau tahu menulis, kita mesti jelas bahawa menulis bukan HANYA dengan menyebut-nyebut nama huruf. 
Budak fonik menulis dengan mencatat simbol untuk mewakili bunyi di dalam bahasa pertuturan. Tentu sekali mereka tidak dapat menulis huruf 'b' (bi) sekiranya cikgu menyebut nama huruf. Tetapi mereka dengan mudah akan menulis huruf 'b' jika cikgu menyebut "Tulis /b/."
Sekiranya cikgu menyebut "Tulis 'bi'", mereka akan menulis suku kata 'bi'.
Budak fonik seperti budak-budak lain juga diajar bentuk dan rupa huruf-huruf, a b c .... z ( huruf Roman ) untuk membaca dan menulis di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Yang perlu difahami kita yang mengajar adalah bagaimana kanak-kanak fonik menulis. Mereka menulis dengan memindahkan bunyi di dalam bahasa pertuturan ( speech sounds ) kepada simbol cetakan 
7. Berapa lama nak ajar anak disleksia?
Anak-anak disleksia atau berkeperluan Khas mengambil masa yang lebih lama untuk diajar membaca, lebih kurang 3 - 6 bulan. Mereka juga memerlukan sokongan yang berterusan terutama untuk menulis.
Di sini link membincangkan bagaimana kita boleh membantu anak disleksia membaca. 
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-1.html
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-2.htm. 
8. Bagaimana untuk memberitahu  ibu bapa untuk memberi sokongan anak membaca di rumah sedangkan ibu bapa sendiri tidak tahu membaca.
Bacalah Anakku dan Readeasy boleh digunakan untuk mengajar orang dewasa membaca. Saya cadang cikgu buka kelas membaca dewasa. It's not to late to learn to read.
Sudah banyak pelajar sekolah menengah, pembantu rumah asing dan warga asing belajar membaca bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku.
Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tidak tahu membaca masih boleh memberi sokongan di rumah dengan hanya duduk bersebelahan anak untuk mendengar si anak membaca sambil memberi kata-kata perangsang dan harapan, pelukan dan kasih sayang.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Kehadiran DAP tidak gugat PBB <b>di Simunjan</b> - The Borneo Post Online

Posted: 12 Dec 2013 11:15 AM PST

KUCHING: Usaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membuka cawangan pusat khidmat di Simunjan tidak akan memberi impak kepada sokongan rakyat kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN) amnya.

Malah Ketua PBB Cawangan Simunjan Datuk Mohd Naroden Majais yakin Simunjan akan terus kekal sebagai kubu kuat BN dan mendapat sokongan yang lebih baik daripada generasi baharu untuk menyertai parti.

"Saya tiada halangan jika DAP berhasrat untuk membuka cawangan mereka di Simunjan kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi kita tidak boleh menghalang manamana parti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk berbuat demikian.

"Tetapi saya amat yakin mereka (DAP) tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat di Simunjan dan saya amat yakin dengan perkara ini kerana saya lebih tahu mengenai kawasan ini dengan lebih mendalam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Peluang Bumiputera Dalam Peruntukan Saham Khas MITI dan Analisis Pelaburan Dalam Syarikat Berhad di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Tambah Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, tidak dinafikan ada seorang dua individu yang kecewa dan memberi sokongan kepada manamana parti pembangkang yang cuba menembusi kubu kuat PBB dan BN.

"Itu adalah normal dan berlaku di mana-mana tempat di mana mereka yang kecewa dan tidak mempunyai tapak akan beralih sokongan kepada parti-parti lain yang masuk ke kawasan-kawasan baharu.

"Bagi saya PBB di Simunjan masih kuat dan semakin bertambah kuat malah mendapat sokongan yang baik daripada generasi baharu untuk menjadi ahli-ahli PBB dan yang penting saya akan jaga kawasan saya dengan baik," tambah Naroden.

Ditanya mengenai trend pengundi di kawasan Simunjan, Naroden berkata berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1991, PBB dan BN memperolehi majoriti meningkat dari penggal ke penggal.

Berdasarkan kepada trend memberangsangkan itu, Naroden yakin Simunjan akan terus menjadi kubu kuat BN pada pilihan raya seterusnya.

"Saya amat percaya dan yakin penubuhan pusat khidmat DAP di Simunjan tidak akan menjatuhkan sokongan rakyat kepada PBB dan BN.

"Mereka boleh membuka cawangan mereka di kawasan ini dan saya tidak ada masalah untuk itu malah saya tahu siapa mereka," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Padang golf dirancang <b>di Sri Aman</b> - The Borneo Post Online

Posted: 19 Oct 2013 10:19 AM PDT

TANDA INGATAN: Harden (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari pada perasmian Pesta Benak Sri Aman 2013, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) ialah Snowdan, Dr Rayong, Masir dan Johnathan.

SRI AMAN: Kementerian Pelancongan merancang untuk mewujudkan sebuah padang golf dan jeti apungan bagi memacu ekopelancongan di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan padang golf berkapasiti 18 lubang terbabit untuk kegunaan pelancong sebelum mereka menyusuri Sungai Batang Lupar.

Justeru, turut dirancang ialah jeti apungan untuk membolehkan pelancong meninjau habitat buaya di Sungai Batang Lupar dengan menggunakan bot, ujarnya.

"Dua pelan itu adalah usaha kerajaan untuk membolehkan para pelancong asing terutama dari China, Korea dan Jepun untuk memanfaatkan kemudahan ekopelancongan sebelum meninjau fenomena benak di sini," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2013 di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kementerian menerusi pelan itu juga bercadang menghubungkan kawasan Batang Ai, Bakun dan Murum dengan pengangkutan feri udara.

"Tujuannya bagi membolehkan para pelancong melawat kesemua kawasan flora dan fauna di tiga kawasan terbabit menerusi feri udara," jelasnya.

Mengulas mengenai pesta tersebut, Abang Johari berkata fenomena benak di Sungai Batang Lupar merupakan ikon pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong.

"Ia perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dalam ucapannya berkata, usaha berterusan untuk mempromosikan benak di Sungai Batang Lupar diharap dapat mempopularkan Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia.

"Ternyata benak Sungai Batang Lupar merupakan antara kejadian ajaib dunia.

Ia merupakan yang keempat terbesar di dunia dan semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

"Kehadiran peluncur antarabangsa ke pesta tahun ini juga satu cara untuk mempromosikan Pesta Benak Sri Aman melalui bahan cetakan, media massa dan laman sesawang," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman Johnathan Lugoh.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Dec 2013 11:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM150j bina jambatan Batang <b>Samarahan</b> - The Borneo Post Online

Posted: 09 Nov 2013 09:43 AM PST

TEMASYA RAKYAT: Manyin (tiga kanan) ditemani (dari kiri) Ali, Karim, Aidel, Rubiah, Rahman dan Julaihi ketika melancarkan Regata Samarahan 2013, semalam.

ASAJAYA: Perkhidmatan feri yang sudah menabur bakti puluhan tahun di Batang Samarahan, Muara Tuang bakal tinggal sejarah selepas kerajaan meluluskan RM150 juta untuk pembinaan jambatan di situ.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong yang memberitahu peruntukan itu diluluskan oleh kerajaan pusat bagi projek pembinaan jambatan berkenaan dan kini berada di peringkat tender.

"Saya ingin berkongsi berita gembira dengan penduduk di Samarahan ini iaitu kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk pembinaan jambatan di Batang Samarahan ini.

"Jadi kesusahan rakyat di sini yang menggunakan perkhidmatan feri sejak puluhan tahun akan menjadi lebih mudah apabila jambatan itu dijangka siap pada tahun 2016 atau 2017 kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Regata Samarahan 2013 mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Tebingan Sungai Kampung Tambirat, Asajaya di sini semalam.

"Inilah hadiah istimewa kepada kita rakyat Sarawak khasnya masyarakat yang tinggal di Samarahan," tambahnya lagi.

Manyin berkata, ia juga sejajar dengan matlamat kerajaan bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar untuk keselesaan penduduk di negeri ini.

Selain itu, beliau memberitahu kerajaan juga sedang berusaha mengurangkan jurang perkhidmatan perhubungan komunikasi di kawasan pedalaman.

"Sebab itu, kita menerusi TM (Telekom Malaysia) berusaha memperluaskan jaringan perkhidmatan di setiap kawasan di negeri ini," jelasnya.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar dan Menteri Muda Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Residen Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi.

Sementara itu, Manyin berkata Regata Samarahan berupaya menjadi produk pelancongan Sarawak jika penganjurannya diperhebatkan.

Selain itu, katanya, kemudahan dan prasarana di sepanjang Tebingan Sungai Kampung Tambirat juga perlu dinaik taraf sebagai tapak tetap.

"Jika kita dapat anjurkan setiap tahun, kita dapat memasukkan Regata Samarahan ini dalam Kalendar Pelancongan Negeri sekali gus menjadi produk pelancongan di kawasan ini.

"Malah, ia akan bertambah lebih baik sekiranya dibina prasarana seperti yang ada di Tebingan Kuching dalam menyediakan kemudahan terbaik," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk Samarahan perlu mempersiapkan diri dalam memanfaatkan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar.

"Sekiranya Regata Samara­han ini menjadi acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak sudah pasti ramai pelancong luar datang ke sini nanti.

"Dan apa yang paling pent­ing, ia pastinya membawa peluang menjana pendapatan penduduk sekitar sini. Just­eru kita perlu bersedia meng­hadapinya," katanya.

Tambahnya, ia juga sejajar dengan penyertaan dan minat penduduk di negeri ini dalam sukan air yang semakin men­ingkat saban tahun.

"Regata ini juga dapat memupuk semangat perpad­uan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini dalam usaha kerajaan membangun dan mempromosikan Ba­hagian Samarahan sebagai salah satu destinasi sukan air di Sarawak," ujarnya.

Dalam acara akhir Perahu Bidar 15 Pekayuh (50 tahun ke atas) sempena Ulang Ta­hun Ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia semalam, Pasukan Cahaya Zen mer­angkul gelaran juara, mana­kala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Dayang Puteri dan Pelanggi 1550.

Regata Samarahan pada ta­hun ini mendapat sambutan hangat dengan 226 penyer­taan yang menyaksikan pel­bagai aktiviti menarik turut dianjurkan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Dec 2013 09:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Agi tebal bansa Iban <b>di</b> sitak <b>Marudi</b> ngemeranka adat lama <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 01:42 PM PST

'KIBUNG PADI': Lemambang enggau raban iua benung miring ba 'Kibung padi' ba umai nya.

GAYA TAUN DIATU: Tu meh gaya taun di Marudi naka ke diatu.

MARUDI: Tubah mayuh bansa Iban ke bedau masuk agama keristin sereta ngemeranka adat lama lalu pia mega mayuh bepanggai ba mimpi enti deka ngereja sesebengkah pengawa sehari nya.

Nya meh kebuah diatu agi tubah kita tepedaka raban Iban ngemeranka pengawa serta adat miring lebuh ngelaluka pengabang tauka penatai orang ke benama baka sida Menteri enggau temuai ke bepangkat besai lebuh niki rumah panjai maya bisi pengerami besai.

Sebedau niki sigi diasuh miring dulu baik nya ba kaki tangga tauka kaki lima rumah panjai nya, baru sida dikemendar niki tauka masuk rumah sereta dibiau enggau manuk labang tauka biring.

Empai lama ke udah, Pengarang Berita Iban bisi dikanggauka seiku orang ke ngemeran pengawa bumai lalu dibai ngemata ke pengawa "ngintu burung" ba umai iya kira enda jauh ari pasar tu.

Nitihku orang bumai nya iya ke dikelala enggau nama "Nyadang anak Tabor" ari Rumah Panjai Gudang, Marudi, dalam taun tu mega lebuh seduai melaki bini betebas tau ke nasau ba umai taun tu, tak enda memukai iya tetemuka seiku ular Ripong ti tau ke burung betaun lalu enti kena intu tau mai tuah ngagai orang ke ngempu umai.

Kemari, kami enggau kaban belayan ke semak enggau seiku orang tuai ke landik miring dibai ke umai iya awak ke pengawa ngintu burung nya dipenyadi nitihka genap agih piring.

Enti enda salah ingat aku, pengawa miring nya patut diatur ba senentang endur "Kibung padi" maya sida ke nugal suba lalu udah nya orang ke patut diasuh miring enggau apai tuai orang ke dibai nya tadi. Udah miring ba 'Kibung padi' baru sekeda piring ke udah dipiring bai ngagai endur ke nemu 'Ular Ripong' nya tadi ,lalu bebiau baru ga ba endur nya.

Pengudah piring diatur lalu pengawa pan kira udah tembu, raban ke ngulu diberi makai lalu ngirup utai ke bisi dia iya ke tau diirup. Ukai mina pia aja tang meh enggau manuk mega.

Nyentuk ke seharitu, bansa Iban sebelah Marudi lebih agi ba kandang menua Poyut/Lubok Nibong agi tebal ngemeranka bepengarap tauka adat lama lalu jarang ke masuk keristin.

"Ba anang iran enti pengabang kitai ditiki ngena babi sereta disempulang pengawa miring di kaki tangga tauka ruai," ku Nyadang.

"Intu piring enda sebaka, iya nya nitihka batang ai lalu nitih adat aki ini diri empu. Kami peturun sida Igoh, sida Beraoh, sida Nyegang, sida Buang lalu dititihka sida Unggie ke lama udah lesi laya midang. Diatu pengawa miring kami dipeturun ngagai sida Adam ke dikumbai Tuai Rumah Nawang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Beberapa kawasan <b>di Sarikei</b> dinaiki air - The Borneo Post Online

Posted: 08 Dec 2013 12:18 PM PST

SARIKEI: Pertembungan air pasang besar serta faktor hujan yang kerap serta lebat di kawasan Sungai Rajang sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa tempat rendah di bandar Sarikei dinaiki air, malam kelmarin.

Sungguhpun kejadian ini tidak mendatang musibah teruk kepada pemilik premis di sini, namun ia cukup membuatkan sesetengah pemilik premis perniagaan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Peniaga, Ling Hung Chew, 56, berkata, jika dibandingkan dengan kejadian serupa pada tahun lala bulan yang sama, kejadian pada kali ini tidaklah teruk sangat.

"Namun, jika dibandingkan kadar kerugian yang ditanggung saya sendiri berikutan kejadian pada kali ini berbanding pada tahun lalu, tahun ini lebih besar.

"Ini kerana, tahun lalu saya sedar akan masalah ini akan berlaku dan menyebabkan saya bersedia menghadapinya dengan menyusun serta meletakkan barangan yang mudah rosak apabila terkena air di tempat lebih tinggi dan selamat.

"Tetapi, pada tahun ini saya lalai sedikit dan saya mengetahui kejadian berlaku apabila salah seorang daripada kenalan memberitahu bahawa kedai saya telah dinaiki air," katanya  ditemui sewaktu membersihkan sisa-sisa lumpur akibat banjir di kedainya, semalam.

Tambahnya, kejadian banjir pada malam kelmarin berlaku sekitar jam 9 malam dan antara barangan di kedainya yang rosak dan terjejas seperti beberapa kampit beras, produk makanan ternakan, tepung serta beberapa barangan lain.

Dalam kejadian tersebut, beberapa kawasan yang dinaiki air berikutan limpahan air beberapa parit utama di sekitar bandar adalah seperti di Jalan Wharf, Jalan Repok serta Jalan Bank.

Beberapa tempat rendah, paras air naik hingga ke paras lutut, khususnya berhampiran parit utama di Tebingan Rajang.

Sementara itu, bagi seorang peniaga lain yang hanya dikenali Ah Seng, 43, berkata, ramai peniaga di sekitar bandar ini tidak sedar kejadian itu berlaku.

"Ini kerana, kadar peratusan hujan turun di sini tidaklah seteruk mana, berbanding tahun lalu. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jumlah hujan yang turun di bahagian Hulu Sungai Rajang agak lebat sejak beberapa hari lalu.

"Maka dengan faktor ini ramai masyarakat tidak peka dengan masalah berlaku. Namun, begitu kita bersyukur kejadian tidak berlaku pada lewat malam," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Lima buah rumah panjai ulu entigis <b>Lubok Antu</b> ngasaika <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 09:18 AM PST

KUCHING: Hope nguna 38 buah kerita 4WD bejalaika projek Hope Place ke dikumbai  'Charity Without Borders', begulai enggau Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu, mantu peranak rumah panjai di ulu entigis, Lubok Antu.

Projek ke dipejalaika ngelama tiga hari dua malam berengkah ari 15 nyentuk 17 November tu tadi mungkur urung 100 iku raban tim nya, nyengkaum dua iku pemesai perubat ngeli enggau tiga iku indu misi.

Ku penengkebang Hope Place, Kelvin Wan, iya suah berandau enggau Robert Chieng, seiku orang ke gerah jari nyaup orang ti tusah, sentang projek ke deka dipejalaika organisasyen nya.

Taja pia, sida betapi enggau penanggul ngangkut barang ngagai ulu entigis di Lubok Antu, ke semina ulih dilawa nengah jalai kayu batang ti mar, besai ungkus sereta pedis ditengah.

Tang pekara nya teputar laban Chieng ke mega pengemun kelab 4WD sereta chairman projek 'Charity Without Borders', nadai penanggul ngangkut barang ke berat 14,000 kg ngagai lima buah rumah panjai di ulu entigis, Lubok Antu.

Ku Wan, iya meri terima kasih ngagai kelab nya laban ke udah melanja perengka pengangkut sereta begempung enggau Hope Place bejalaika projek nya.

Kerita ke dikena sida nya bisi ari Miri, Bintulu, Sibu enggau Kuching. Sebedau bekejang, sida begunaka 6 jam ngisi semua kerita nya enggau barang ke deka diangkut kin.

"Ke bendar, 38 buah kerita 4WD enda muat kena ngangkut semua barang pemeri nya. Kami nyuwa dua buah lori dikena ngangkut sekeda barang sereta naruh barang nya ba Lubok Antu dulu, sekumbang kami mansang ngagai rumah panjai ke pemadu semak dulu," ku Wan.

Ku Wan madah ngagai The Borneo Post, dalam pejalai ngagai Rh Baggai, Rh Bawi Patoh, Rh Bawi Ulu, Rh Bawi Lenggong Isu enggau Rh Bawi Ili, sida betengahka jalai ti renjan, luchak sereta jauh.

"Kami meraka empat batang sungai sebedau ngenataika diri ba Rh Bawi Ili,"  ku Wan.

Nya meh jalai ke ditengah bala nembiak sekula primari lebuh sida mulaika diri ke rumah dalam kandang dua minggu sekali. Enti sida deka ke sekula tauka ke kelinik, sida enggau enda pan bedarat 3 jam ari rumah panjai nya."

Taja pan sida betapi enggau pemar nurun ke sekula, tang nadai seiku pan nembiak ari rumah panjai nya badu besekula, pia ku Wan.

Lebuh nemuai ngagai nya, dia raban sida bisi mai barang pemakai baka beras, garam, gula, minyak makai, sadin, gari  enggau kasut sekula sereta kain tula ungkup 50 buah ruang bilik ba 5 buah rumah panjai nya.

Sida mega bisi mai ubat, berus ngeli ke umbas kena setaun, ungkup nembiak mit enggau orang besai tuai. Tebal agi peranak rumah panjai nya nadai meda berus ngeli pengudah sida  nembuka pelajar ba primari Enam.

Ari semua penyampau peranak ba lima buah rumah panjai nya, 40 peratus bala nembiak nya mengkang belajar ba sekula primari lalu 20 peratus nya orang besai tuai ke ngelui umur 55 taun.

Semua barang ke dibai sereta disadung sida ba lima buah rumah panjai di Lubok Antu nya asil pemeri orang ke gerah jari.

Sesapa ke bisi ati masuk Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu sereta  enggau sida ba atur pengawa bukai dudi ila, tau betefon ngagai Chieng nengah lumur 019-8141966.

Orang ke ngerejister diri nyadi kaban Kelab nya deka dipinta mayar pala RM250, lalu bayar nyadi kaban ninting taun, iya nya RM150.

Hope Place deka mantu ruang bilik ti begunaka bantu sereta nganjungka sida barang pemakai enggau perengka bukai ke diguna ninting hari.

Sesapa ti bisi ati deka nyuaka bantu, tau betelefon ngagai Hope Place nengah lumur 013-5672775 ari pukul 8.30 pagi nyentuk ke 12.30 tengahari, ari Hari Satu nyentuk ke Hari Lima.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 03:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 03:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 03:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Promosi <b>Padawan</b> melalui sukan - The Borneo Post Online

Posted: 30 Oct 2013 09:38 AM PDT

SEDIA GEGAR: (Dari tiga kanan) Anthony, Hashim, Freddie dan Lucas (enam kiri) mempromosikan cabaran selepas sidang media di MPP semalam.

KUCHING: Majlis Per­bandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Padawan 4×4 Urban Challenge 2013 pada 14-15 Disember 2013 bertempat di Batu Kawah New Township.

Kejohanan yang julung kali diadakan di Malaysia itu mendapat sokongan Persatuan Sukan Perlumbaan Automo­tif Sarawak (SARSA) dan Persatuan Otomobil Ma­laysia (AAM).

Pengarah Teknikal per­lumbaan Lucas Tan berkata, pihaknya menjangkakan peny­ertaan seramai 100 pelumba ternama daripada Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan pada cabaran selama dua hari tersebut.

"Cabaran ini merupakan salah satu aktiviti tahunan MPP yang bertujuan mempromosi industri pelancongan sukan negeri," katanya semasa si­dang media yang turut dihadiri Pengerusi Penganjur Moha­mad Hashim Yap, Kaunselor MPP Anthony Ramanair dan Pengarah Pengurusan Perlum­baan Freddy Ngerong Balan semalam.

"Perlumbaan ini agak ber­beza di mana ia akan diadakan di atas jalan biasa berbanding menggunakan 'off-road' seper­timana kebiasaannya."

"Itu keunikannya cabaran ini dan kita merasa bangga kerana MPP menjadi penganjur per­tama perlumbaan seumpama ini di Malaysia."

Menurut Lucas, objektif utama MPP menganjurkan cabaran tersebut adalah bagi mempromosi tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Padawan seperti Pitcher Plant Garden, Pusat Perlindungan Orang Utan Semenggok, Inap Desa Benuk, Rumah Panjang Annah Rais, Kolam Air Panas Annah Rais dan Borneo High­lands Resort.

Selain itu, ia juga bertujuan mengumpul dan mengeratkan hubungan di antara semua peminat sukan lasak berkenaan di Kepulauan Borneo.

"Melalui penganjuran ini, MPP dapat melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korpo­rat (CSR) di mana dana yang diperolehi dari perlumbaan ini akan digunakan bagi mem­bantu beberapa kampung yang telah dipilih," tambahnya.

Menurut Lucas lagi, setiap peserta yang diwakili dua pe­lumba perlu menempuh 12 peringkat halangan di setiap kampung yang telah dipilih.

Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu modifikasi penuh (FM) dan separa modifikasi (SM).

Yuran penyertaan bagi kate­gori FM adalah RM300 dan RM150 bagi SM.

Pemenang bakal meneri­ma hadiah lumayan berben­tuk wang tunai selain trofi cabaran.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang di MPP atau menghubungi 082-625566, Anthony (013-8095288), Hashim (019-8589184), (Sam­uel) 012-8493373 atau Freddy (019-8575104).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Dec 2013 03:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bank Rakyat Kota <b>Padawan</b> menjamu pelanggan dengan buah <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2013 11:20 AM PST

KUCHING: Bank Rakyat Kota Padawan mengadakan Majlis Makan Durian di pekarangan cawangannya sempena ulang tahun kedua pembukaan cawangannya di sini semalam.

Lebih 300 buah durian 'Raja Jarum' yang popular dari Pasir Pandak dan Kampung Taee dibawa seawal jam 7 pagi semalam untuk dihidangkan kepada jemputan.

Selain itu, 300 kilogram (kg) langsat, 100 biji terap dan lebih 300kg rambutan turut dihidangkan untuk pelanggan setia Bank Rakyat.

Seorang bayi berumur satu tahun lapan bulan, Anson Chong dan kakaknya Alicia Chong, 4  turut menikmati hidangan buah durian yang juga diberi nama jolokan raja buah.

Kedua-dua kanak-kanak ini ditemani ibu, Lim Teek Khim, 33, dan bapanya Chong Chze Tien, 38, bersama nenek yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu Sharifah Fatimah Said Alwi, 52, ditemani ahli keluarganya memberitahu wartawan bahawa durian sentiasa menjadi buah kegemaran nombor satunya.

"Memang menjadi kegemaran kerana ia berbuah sekali setahun sehinggakan menjadikan buah itu sebagai pendapatan sampingan buatnya.

"Bapa saya mempunyai kebun durian dengan 40 batang pokok durian di kampung halaman saya di Sibu dan kami enam adik-beradik memang sukakan buahnya," tambahnya.

Bagi Kerineak Gadep, 56, berkata buah durian merupakan petua untuknya kekal awet muda.

Pada majlis itu, Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak Azman Abdul Aziz berkata pihaknya menghargai sokongan pelanggan dan rakan media yang sentiasa memberi liputan terhadap aktiviti Bank Rakyat di seluruh negara terutama di Sarawak.

Ia bertujuan menjalin serta merapatkan jalinan silaturahim Bank Rakyat Padawan dengan pelanggan, komuniti setempat dan rakan media.

Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Padawan Sharvina Sarbini turut berkata Bank Rakyat baru-baru ini telah melancarkan Pembiayaan Peribadi-i Aslah Rakan Pintar dan Kad ATM Rakan Pintar kepada semua kakitangan awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

"Keistimewaan produk ini ialah mendapat kemudahan 'Premium Banking', kadar Keuntungan Pembiayaan Peribadi-l lebih rendah dan diskaun 50 peratus daripada caj yang dikenakan bagi transaksi MEPS dan Tabung Haji.

Bank Rakyat masih menggiatkan pasaran produk Ar Rahnu (Pajak Gadai), Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Kenderaan yang menawarkan kadar yang rendah bagi membantu pelanggan untuk mengurangkan kos tanggungan bantuan," katanya.

Selain menawarkan produk Pembiayaan Peribadi-i kepada kakitangan awam, Bank Rakyat juga menawarkan Pembiayaan Peribadi kepada kakitangan bukan kerajaan atau swasta dengan ansuran yang rendah.

Turut hadir Eksekutif Bank Rakyat Kota Padawan Hipni Ibrahim dan Pengerusi MPP Lo Khere Chiang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved