11 di padawan sarawak - Google Blog Search |
Promosi <b>Padawan</b> melalui sukan - The Borneo Post Online Posted: 30 Oct 2013 09:38 AM PDT KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Padawan 4×4 Urban Challenge 2013 pada 14-15 Disember 2013 bertempat di Batu Kawah New Township. Kejohanan yang julung kali diadakan di Malaysia itu mendapat sokongan Persatuan Sukan Perlumbaan Automotif Sarawak (SARSA) dan Persatuan Otomobil Malaysia (AAM). Pengarah Teknikal perlumbaan Lucas Tan berkata, pihaknya menjangkakan penyertaan seramai 100 pelumba ternama daripada Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan pada cabaran selama dua hari tersebut. "Cabaran ini merupakan salah satu aktiviti tahunan MPP yang bertujuan mempromosi industri pelancongan sukan negeri," katanya semasa sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Penganjur Mohamad Hashim Yap, Kaunselor MPP Anthony Ramanair dan Pengarah Pengurusan Perlumbaan Freddy Ngerong Balan semalam. "Perlumbaan ini agak berbeza di mana ia akan diadakan di atas jalan biasa berbanding menggunakan 'off-road' sepertimana kebiasaannya." "Itu keunikannya cabaran ini dan kita merasa bangga kerana MPP menjadi penganjur pertama perlumbaan seumpama ini di Malaysia." Menurut Lucas, objektif utama MPP menganjurkan cabaran tersebut adalah bagi mempromosi tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Padawan seperti Pitcher Plant Garden, Pusat Perlindungan Orang Utan Semenggok, Inap Desa Benuk, Rumah Panjang Annah Rais, Kolam Air Panas Annah Rais dan Borneo Highlands Resort. Selain itu, ia juga bertujuan mengumpul dan mengeratkan hubungan di antara semua peminat sukan lasak berkenaan di Kepulauan Borneo. "Melalui penganjuran ini, MPP dapat melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana dana yang diperolehi dari perlumbaan ini akan digunakan bagi membantu beberapa kampung yang telah dipilih," tambahnya. Menurut Lucas lagi, setiap peserta yang diwakili dua pelumba perlu menempuh 12 peringkat halangan di setiap kampung yang telah dipilih. Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu modifikasi penuh (FM) dan separa modifikasi (SM). Yuran penyertaan bagi kategori FM adalah RM300 dan RM150 bagi SM. Pemenang bakal menerima hadiah lumayan berbentuk wang tunai selain trofi cabaran. Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang di MPP atau menghubungi 082-625566, Anthony (013-8095288), Hashim (019-8589184), (Samuel) 012-8493373 atau Freddy (019-8575104). To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di padawan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan