ads

Khamis, 6 Disember 2012

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Puad kecewa kualiti projek kabin sekolah <b>di Sarawak</b> | My Library

Posted: 01 Mar 2011 04:42 PM PST

02 Mac 2011, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

BATU NIAH 1 Mac – Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam bertindak tegas apabila menolak untuk memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan kabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Miri.

Keengganan itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya apabila melihat kualiti struktur binaan kabin itu yang tidak mencapai standard Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, masalah itu bukan hanya berlaku di SMK Subis, bahkan turut membabitkan keseluruhan projek pembinaan bangunan kabin kelas di sekitar Subis dan Baram.

Katanya, daripada 32 buah blok yang sepatutnya dibina, hanya enam blok sahaja yang disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan serta menepati kriteria digariskan kementerian.

"Kalau ikutkan hati, saya sangat marah dengan kontraktor terbabit, pembinaan kabin tersebut amat mendukacitakan sehingga ada yang tidak siap dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Kalau yang dah siap pun, ia tidak mematuhi ciri-ciri yang kita kehendaki seperti ada kabin yang tiada sistem perparitan, tangga tidak mematuhi aspek keselamatan selain material yang digunakan bukan yang ditetapkan," katanya yang jelas amat kecewa dengan perkembangan itu.

Beliau yang dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi meninjau 12 buah sekolah di Bekenu, Sibuti dan Subis bermula kelmarin ditemui pemberita selepas melawat blok kabin kelas di SMK Subis yang merupakan salah satu daripada projek yang gagal memenuhi standard.

Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Aidan Wing dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Kementerian Pelajaran sebelum ini meluluskan pembinaan kira-kira 300 bangunan kabin sekolah yang setiap satunya membabitkan kos RM260,000 di seluruh Sarawak.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata projek pembinaan itu diserahkan kepada 10 syarikat kontraktor dan dua daripadanya didapati telah gagal menyiapkan projek.

Katanya, kementerian sudah mengenal pasti dua syarikat tersebut selain bertindak menamatkan tempoh lanjutan pembinaan.

"Lebih 80 peratus projek bangunan kabin di Subis dan Baram gagal disiapkan, selain pembinaan yang dilengah-lengahkan dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Sedangkan keutamaan kita adalah keselamatan pelajar dan suasana pembelajaran yang kondusif, kita tak mahu pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar khususnya di luar bandar terjejas kerana kegagalan kontraktor," tegasnya.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Ketua masyarakat akan bersatu tentang Larry jika cabar Nyalau <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2012 03:37 PM PST

Posted by danielefrancis on December 5th, 2012

SEPAKAT: (Dari kiri) Enteri, Robin, Nyalau, Simon dan Kaunselor Klinsing pada majlis itu. LUBOK ANTU: Rata-rata ketua masyarakat dan tuai-tuai rumah di kawasan Parlimen Lubok Antu akan bersatu menentang Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng sekiranya beliau menunaikan hasratnya bertanding mencabar William Nyalau Badak di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Ini berkutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu, malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Ketua Bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Batang Ai Kaunselor Albert Klinsing Manau berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi di Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula, katanya, Larry mewakili SWP akan menentang calon BN dan sudah pastilah beliau tidak akan diterima oleh mereka nanti. "Kami akan berjuang habis-habisan kali ini bagi memastikan Larry tewas di tangan Nyalau pada pilihan raya umum nanti. "Adalah tidak masuk akal sekali kami akan menyokong anak Datuk Sng Chee Hua itu kerana dia (Larry) bukan anak jati Lubok Antu. "Biarlah anak tempatan menjadi wakil rakyat kami di sini," katanya ketika ditemui pemberita sempena pertemuan dengan Pengurus baharu Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Encik Robin di Skim Batang Ai di sini, semalam. Sementara itu, Tuai Rumah Awing, Merindun, Engkilili mengajak rakyat Lubok Antu agar menolak Larry yang bukan beasal dari Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili apabila menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini," jelas beliau. Menurut Awing yang juga ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Engkilili, beliau adalah orang yang berusaha keras 'mengusir' Heng San daripada terus menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili ketika itu. "Kami akan menolak Larry nanti seperti mana kami lakukan terhadap Heng San sebelum ini. Kami mahu anak jati Lubok Antu dan anak Bumiputera Dayak menjadi wakil rakyat kami di sini," tegasnya. Sementara itu, ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai Kaunselor Enteri Balai berkata, mereka bukan sahaja enggan menerima Larry kerana beliau bukan anak jati Lubok Antu, malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan 'perjudian' SWP pada PRU13 nanti. Berikutan itu, Enteri merayu kepada semua pengundi di Parlimen Lubok Antu yang majoritinya kaum Dayak agar bersatu menentang Larry sekiranya beliau menunaikan hasrat mencabar Nyalau kelak. Tuai Rumah Simon Kiai, Buie Panjai, Lubok Antu pula berkata, rakyat Lubok Antu bukan rasis, tetapi biarlah wakil rakyat BN Dayak serta orang tempatan membela dan membangunkan nasib pengundi di Lubok Antu itu sendiri.

More here:
Ketua masyarakat akan bersatu tentang Larry jika cabar Nyalau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved