11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search |
Ketua masyarakat akan bersatu tentang Larry jika cabar Nyalau <b>...</b> Posted: 05 Dec 2012 03:37 PM PST Posted by danielefrancis on December 5th, 2012 SEPAKAT: (Dari kiri) Enteri, Robin, Nyalau, Simon dan Kaunselor Klinsing pada majlis itu. LUBOK ANTU: Rata-rata ketua masyarakat dan tuai-tuai rumah di kawasan Parlimen Lubok Antu akan bersatu menentang Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng sekiranya beliau menunaikan hasratnya bertanding mencabar William Nyalau Badak di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Ini berkutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu, malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Ketua Bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Batang Ai Kaunselor Albert Klinsing Manau berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi di Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula, katanya, Larry mewakili SWP akan menentang calon BN dan sudah pastilah beliau tidak akan diterima oleh mereka nanti. "Kami akan berjuang habis-habisan kali ini bagi memastikan Larry tewas di tangan Nyalau pada pilihan raya umum nanti. "Adalah tidak masuk akal sekali kami akan menyokong anak Datuk Sng Chee Hua itu kerana dia (Larry) bukan anak jati Lubok Antu. "Biarlah anak tempatan menjadi wakil rakyat kami di sini," katanya ketika ditemui pemberita sempena pertemuan dengan Pengurus baharu Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Encik Robin di Skim Batang Ai di sini, semalam. Sementara itu, Tuai Rumah Awing, Merindun, Engkilili mengajak rakyat Lubok Antu agar menolak Larry yang bukan beasal dari Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili apabila menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini," jelas beliau. Menurut Awing yang juga ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Engkilili, beliau adalah orang yang berusaha keras 'mengusir' Heng San daripada terus menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili ketika itu. "Kami akan menolak Larry nanti seperti mana kami lakukan terhadap Heng San sebelum ini. Kami mahu anak jati Lubok Antu dan anak Bumiputera Dayak menjadi wakil rakyat kami di sini," tegasnya. Sementara itu, ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai Kaunselor Enteri Balai berkata, mereka bukan sahaja enggan menerima Larry kerana beliau bukan anak jati Lubok Antu, malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan 'perjudian' SWP pada PRU13 nanti. Berikutan itu, Enteri merayu kepada semua pengundi di Parlimen Lubok Antu yang majoritinya kaum Dayak agar bersatu menentang Larry sekiranya beliau menunaikan hasrat mencabar Nyalau kelak. Tuai Rumah Simon Kiai, Buie Panjai, Lubok Antu pula berkata, rakyat Lubok Antu bukan rasis, tetapi biarlah wakil rakyat BN Dayak serta orang tempatan membela dan membangunkan nasib pengundi di Lubok Antu itu sendiri. More here: |
You are subscribed to email updates from di lubok antu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan