ads

Ahad, 24 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Ibadah Korban Pendalaman <b>Sarawak</b> Tahun 1433H / 2012 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 08:30 AM PDT

Ibadah Korban Pendalaman Sarawak Tahun 1433H / 2012 di Kampung Isu Simunjan

October 27, 2012 by in Events / 0 Comments

Ibadah Qurban Pendalaman Sarawak Tahun 1433H bersamaan 2012 yang diadakan di Kampung Isu Simunjan anjuran Urusetia Saudara Kita bersama Muslim Cares dan penduduk kampung.

Did you like this? Share it:

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak</b> diadakan <b>di Betong</b> | my <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 03:36 PM PST

BETONG: Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 24 Januari ini.

Program dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong dengan kerjasama JAIS Bahagian Betong.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Futsal Terbuka Betong yang akan diadakan di Stadium Mini Betong pada 19 dan 20 Januari ini.

Pengerusi pengelola kejohanan Wan Boehana Wan Omar berkata kejohanan tersebut terbuka kepada peminat dan pasukan futsal yang aktif di negeri ini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Januari pada jam 10 pagi dan pemain-pemain bersedia dengan sebarang syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.

"Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50 untuk setiap pasukan," katanya di sini kelmarin.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah johan akan membawa pulang wang tunai RM1,000, untuk naib johan pula RM700 manakala tempat ketiga akan menerima RM500.

Di samping itu, turut diadakan ialah Pertandingan Hadrah yang akan diadakan di Dewan Panglima Tujuh, Kampung Bungin, Spaoh.

"Kumpulan hadrah yang berada di sekitar Betong berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendapatkan borang daripada pihak penganjur dan tarikh tutup penyertaan pada 17 Januari ini.

"Setiap penyertaan juga perlu disertakan dengan yuran sebanyak RM30 untuk setiap kumpulan," katanya.

Bagaimanapun, antara syarat penyertaan yang digariskan ialah sebanyak 40 peratus markah akan dikira pada pertandingan tersebut manakala sebanyak 60 peratus pula akan dikira penyertaan dan mengiringi perarakan yang akan diadakan di Betong pada 24 Januari nanti.

"Maksudnya setiap kumpulan yang menyertai wajib mengikuti dan mengiringi perarakan yang dianjurkan oleh pihak penganjur program," kata beliau.

Untuk maklumat dan pertanyaan berhubung aktiviti tersebut boleh menghubungi talian 012-8908214.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Keadilan X <b>Sarawak</b>™: CALON DAP "LEMAS" <b>DI SRI AMAN</b>

Posted: 15 Feb 2013 08:41 PM PST

Apa lah yang DAP nak harapkan sangat daripada calonnya Leon Jimat Donald di Parlimen Sri Aman dalam PRU13 akan datang. Seorang calon yang kalah dan hanya meraih 2,311 undi  Cina daripada KADUN Simanggang dalam PRDUN lalu. 

Parlimen Sri Aman yang terdiri daripada tiga KADUN mempunyai 74 % pengundi Iban, 10 % Melayu  dan 17 % Cina. Berdasarkan PRDUN tahun 2011, BN mempunyai sokongan hampir 70 peratus daripada ketiga-tiga KADUN manakala DAP pula hanya mengharapkan sikap  tidak tahu bersyukur sebahagian besar masyarakat Cina di pekan Sri Aman.

Tambahan pula dalam PRU13 ini DAP bukan saja akan menentang BN tetapi juga menghadapi serangan dari dalam oleh pemimpin dan ahli PKR tempatan yang diketuai oleh Nicholas Mujah. Sebagai pengerusi PKR Sri Aman dan ahli MT PKR Sarawak, Nicholas Mujah berhak untuk mengimpikan menjadi calon di situ. Namun, kerakusan nafsu DAP dan ditambah pula oleh sikap 'mati pucuk' pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menjadikan impiannya terkubur begitu saja. 

Nicholas juga berhak berasa marah kerana andai kata kerusi Sri aman diberikan kepada PKR sekali pun, ia tetap tidak akan berpihak kepadanya. Sumber dalaman PKR memberitahu, Baru Bian lebih cenderung untuk memberikannya kepada Wilfred Landong, seorang lagi anak tempatan yang bukan saja menduduki MT tapi juga "orang kanan" Baru Bian. Sebelum ini, Baru Bian dikatakan telah beberapa kali "mempromosikan" Wilfred Landong sebagai "his favourite" kepada Anwar Ibrahim.

Kemarahan orang PKR tempatan amat jelas apabila tiada seorang pun daripada mereka yang menunjuk muka di program anjuran DAP di Sri Aman dua minggu lalu. 

Justeru, waima Kit Siang, bapa Kit Siang, datuk Kit Siang sekali pun yang datang, calon DAP Leon Jimat akan tetap mencatat nama sebagai seorang yang tidak pernah menang dalam pilihan raya.

Chong Chien Jen!!!! Jangan mimpi lah lu...

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Keadilan X <b>Sarawak</b>™: LATEST: ANWAR JUAL PERKASA DAN <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 06:36 AM PST

Amat jelas Anwar seorang desperado yang gila kuasa. Demi Putra Jaya Anwar sanggup lakukan apa saja. Amalan politik Machiavelly yang menjadikan matlamat menghalalkan cara sudah menjadi darah dagingnya . 

Di Miri petang ini, Anwar sekali lagi sanggup menggadai keamanan negara dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama dengan menjual Perkasa dan kalimah Allah untuk menghasut rakyat agar menentang BN. 

Anwar sengaja menggunakan dua isu tersebut kerana dia tahu di Sarawak terdapat 42.6 peratus rakyatnya bergama Kristian berbanding 32.2 peratus Islam. Anwar juga tahu di Parlimen Miri, terdapat 59 peratus pengundinya adalah Cina dan 23.6 peratus adalah Dayak.

Bagaimana pun, rakyat Sarawak dan khasnya penduduk Miri yang selama ini hidup aman damai bersatu padu tanpa mengira latar belakang agama dan kaum tidak akan termakan dengan hasutannya. Perkara ini terbukti dengan kehadiran yang kecil iaitu hanya sekitar 1,500 orang di perhimpunan pakatan rakyat di perkarangan Klinik Dr Teo, Pengerusi PKR Miri petang tadi. Itu pun kebanyakannya datang dari luar kawasan Miri. 

Malah, Anwar pasti bertambah sasau apabila mengetahui ramai pemimpin prominent  PKR Sarawak tidak lagi 'menunjukkan muka' mereka seperti selalu. Mengapa? Tuuuunggggu!!!!!! Rancangan sedang diatur...

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


GLC kerajaan <b>negeri Sarawak</b> sedia pinjaman perumahan. |

Posted: 25 Feb 2012 08:09 AM PST

RUMAHKU syurgaku – itulah ungkapan yang terbaik bagi menggambarkan alangkah indah dan bagusnya memiliki rumah sendiri. Rumah yang kecil tetapi selesa pun sudah memadai untuk berlindung dari panas dan hujan.

Rumah juga tempat kita menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak dengan ilmu-ilmu berguna untuk dunia dan akhirat. Begitu pentingnya rumah dalam kehidupan kita seharian.

Rumah impian - gambar hiasan.

Menyedari hakikat itu, berbagai cara kerajaan cuba laksanakan agar rakyat dari golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri. Bukan menyewa dan bukan juga mendirikan rumah setinggan.

Rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah akan lebih mudah memiliki rumah sendiri apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka tidak lama lagi.

Ketika ini Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) membina rumah untuk golongan terbabit, namun tidak menyediakan kemudahan pinjaman.

Bagi merealisasikan sasaran itu, Kementerian Perumahan Sarawak sedang mengkaji dasar baru itu dan berbincang dengan Bank Negara bagi membenarkan GLC Sarawak memberi pinjaman bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Rancangan itu dimaklumkan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abg Johari Abg Openg kepada media baru-baru ini.

Langkah itu menurutnya diambil berikutan ramai golongan berkenaan gagal dalam permohonan pinjaman daripada institusi kewangan kerana disenari hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

"Pinjaman perumahan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan dan ia akan membantu ramai kakitangan awam di negeri ini yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah," kata Abg Johari dipetik menerusi Berita Harian.

Sarawak setinggan sifar 2020.

Sarawak turut merancang untuk mencapai status negeri setinggan sifar menjelang 2020. Justeru, HDC menyasarkan membina 18,000 unit rumah pelbagai kategori untuk menempatkan kira-kira 9,000 keluarga setinggan di negeri ini dalam tempoh tersebut.

Kepesatan pembangunan dan peluang pekerjaan di kawasan bandar utama di Sarawak khasnya Kuching, Bintulu dan Miri, mendorong kepada migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.

Jumlah setinggan tertinggi dicatatkan di kawasan Bandar Raya Miri dan Bandar Bintulu iaitu sekitar 3,000 buah rumah selain 1,400 setinggan di Bandar Raya Kuching pada ketika ini.

Kerajaan merancang beberapa pendekatan untuk memastikan golongan tidak mampu dapat tinggal di rumah yang lebih selesa seperti membina flat untuk disewa pada kadar yang lebih rendah selain membina rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved