ads

Jumaat, 20 April 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Masalah bekalan air <b>di Lawas</b>, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 25 Dec 2011 08:03 PM PST

Merujuk perkara diatas, saya mewakili penduduk di kawasan Lawas, Sarawak ingin melahirkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat Lawas atas ketidakagresifan dalam menangani masalah air di kawasan ini. Saya amat berharap ,pihak Aduan Rakyat (AR) mengambil langkah drastik untuk mengenengahkan isu ini walaupun sampai ke tahap Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Boleh kita lihat, bekalan air ada cuma pada waktu atau acara tertentu, apabila Adun berada di kawasan Lawas untuk merasmikan apa-apa sahaja bentuk aktiviti. Apabila Adun tersebut balik atau meninggalkan pekan Lawas, masalah ini kembali kepada sediakala. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga tidak mengambil apa-apa tindakan, malah bil air juga dihantar setiap bulan, dan adakalanya tidak dihantar langsung sehingga berbulan-bulan. Kami terpaksa mengutip sendiri bil tersebut di Pejabat Urusan JKR Lawas. Ini juga membebankan kami yg duduk jauh dari pejabat tersebut selain bil air yg agak tinggi disebabkan terkumpul banyak.

Saya juga seorang rakyat Malaysia. Mengapa saya mendapat nasib sebegini rupa bersama rakyat lain yg menghuni kawasan Lawas ?

Adakalanya, memang air ada. Tetapi, hanya air yang kotor dibekalkan. Bagaimana kami hendak menjalani hidupan seharian seperti memasak, mandi, membasuh dan sebagainya ?

Saya amat berharap, pihak tuan mengambil isu ini, kerana ini melibatkan KESIHATAN awam rakyat setempat.

Sekian

Rakyat Kecewa

By: Ahmad

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Bunyi Pelik <b>Di Samarahan</b>, <b>Sarawak</b> Berpunca Dari HAARP

Posted: 20 Jan 2012 03:48 PM PST

SHAH ALAM – Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.

Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.

Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.

"Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.

"Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit.

"Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan oleh mereka yang pakar," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.

"Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya," katanya.

Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

"Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa pun," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit dalam keadaan 'bergaris-garis'.

"Bentuk awan pada malam itu seolah seperti kesan asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, jadi berdasarkan kajian saya, kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada," katanya.

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).


DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.


HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.


Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia sejak tahun lepas.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.

Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang menakutkan ini pernah didengar dan direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu.

Nak tahu kesan HAARP kat awan di langit?

Salam, Syed Azharul

Artikel Bekaitan Yang Takde Kaitan: Isu Semasa, Malaysia, Misteri

Suara Aneh Dari Langit <b>di Samarahan Sarawak</b> - FaRah&#39;S <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 11:59 PM PST

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Sila rujuk di sini: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) - Harian Metro, January,18 2012-
......................................................................................................................................................................

Apa pendapat korang? For me, untuk perkara yang jarang jadi n tak tau ape sebab musababnya adalah satu yang menakutkan...Tapi wajar jugakla kita ambil iktibar untuk diri kita kan. Baca sini penjelasan dari Mufti Perak disini http://mynewshub.my/2012/01/20/jadikan-insiden-suara-dari-langit-iktibar-harussani/ . Wallahualam

Semoga Allah melindungi kita dari sebarang perkara yang tak diingini. AMIN.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Kursus Pengajar Vokasional (VTO)/I-031-3 <b>di Miri</b>, <b>Sarawak</b> | #1 <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:25 PM PDT

-Kursus VTO merupakan kursus bagi personel yang berminat menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah yang menjalankan program latihan kemahiran dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

-Tempoh masa kursus VTO ini adalah :

-Pembelajaran Teori – 360 jam
-Latihan Internship – 720 jam

Tarikh mula: 30 April 2012 (2 minggu berterusan pada permulaan)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Melvin 0123123430

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Rakyat <b>di</b> Parlimen <b>Saratok</b> masih perlukan kerajaan BN - My <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Apr 2012 05:49 PM PDT

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dipisahkan daripada rakyat di luar bandar khususnya di kawasan Parlimen Saratok.

Ini kerana menurut Penghulu Ali Bin, 68, dari Rumah Anthony, Ulu Luau, Awik Saratok, rakyat di kawasan ini masih memerlukan kerajaan BN untuk membawa mereka kepada pembangunan.

Justeru katanya, tiada sebab untuk rakyat khasnya peng-undi di Parlimen Saratok dari DUN Krian dan DUN Kalaka menolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

"Apa yang ingin saya nyata-kan di sini ialah kita perlu meneliti siapa yang patut dipilih pada PRU13 kelak.

"Memang benar negara kita mengamalkan demokrasi, tetapi kita mesti bijak dalam memilih orang yang dapat membantu rakyat.

"Janganlah kita begitu mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan amalan politik di bandar kerana keadaan kita di luar bandar tidak sama seperti mereka di bandar," katanya.

Mengulas mengenai PRU13 akan datang, Ali dan Tuai Rumah Ambrose Dampa yakin BN akan mempertahankan Parlimen Saratok jika mempertaruhkan pe-nyandangnya Jelaing Mersat yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

Melihat semula keputusan pilihan raya negeri lalu, calon BN-Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz menang dengan majoriti lebih daripada 5,000 manakala calon PKR-Krian Ali Biju menang dengan majoriti 2,000 lebih.

Berdasarkan kepada keputusan itu, meskipun BN telah tewas di DUN Krian namun peluang untuk BN menang pada PRU13 tetap ada dengan majoriti 3,000 menurun daripada 7,000 yang diperolehi pada PRU12 lepas.

Ditanya mengenai punca kekalahan BN di DUN Krian pada pililhan raya negeri lepas, Penghulu Ali berkata, ia berpunca daripada rasa kekecewaan penduduk terhadap calon Datuk Peter Nyarok ditambah dengan sokongan bersifat peribadi ke atas calon PKR.

"Kekalahan BN kepada calon PKR pada masa itu adalah disebabkan sentimen peribadi dan rasa kecewa rakyat terhadap calon BN yang berkemungkinan bagi mereka sudah tiba masanya menampilkan muka baharu.

"Namun penduduk di Parlimen Saratok masih memerlukan BN dan saya yakin calon BN kelak tidak kira sama ada Jelaing Mersat atau muka baharu, BN tetap menang," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Lo, Wilfred disenarai calon Stampin : my <b>Sarawak</b> – News coverage <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 05:50 PM PDT

SUPP Kota Sentosa senarai mereka sebagai calon berpotensi menang PRU13

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa menyenaraikan dua calon berpotensi menang untuk bertanding di kerusi Parlimen Stampin menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Seperti yang telah diramalkan, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang merupakan antara calon yang dise-naraikan selain Setiausaha Agung Pemuda SUPP yang juga peguam Wilfred Yap.

Lo yang percaya beliau adalah salah seorang daripada calon yang disenaraikan bagi SUPP Cawangan Kota Sentosa berkata, mesyuarat telah diadakan pada bulan lepas dan turut menyenaraikan pengerusinya Datuk Alfred Yap sebagai calon berpotensi menang.

Bagaimanapun Alfred Yap yang tewas kepada calon DAP pada pilihan raya negeri April 2011 lepas menolak untuk disenaraikan sebagai calon bagi menggantikan penyandangnya Datuk Yong Khoon Seng yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

"Saya percaya, saya adalah salah seorang daripada nama yang telah dihantar bagi SUPP Cawangan Kota Sentosa selain Wilfred Yap dan Datuk Alfred Yap yang menolak untuk dicalonkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang media selepas pemeriksaan ke atas premis makanan dan minuman di Matang Jaya dan Pusat Komersial Taman Lee Ling di sini semalam.

Dalam pada itu Kaunselor Anthony Ramanair meramalkan PRU13 akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, DAP, PKR dan kemung-kinan calon bebas di Parlimen Stampin.

Katanya, pertandingan kali ini turut dilihat antara yang paling mencabar bukan sahaja di Parlimen Stampin malah di hampir semua kawasan yang bertanding.

"Saya telah mengikuti perkembangan pilihan raya bertahun-tahun lamanya dan saya menjangkakan pilihan raya kali ini adalah antara yang paling mencabar yang akan dilalui oleh semua pihak," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Sebanaku <b>Sarawak</b>: Samarahan PBB boss YB Karim shortlists 3 <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 04:04 AM PDT




Pemimpin PBB paling senior di Kota Samarahan iaitu Menteri Muda Perumahan dan Belia YB Abdul Karim Bin Rahman Hamzah telah menyatakan bahawa 3 nama telah dipilih untuk pencalonan PBB/BN untuk kerusi parlimen Kota Samarahan.  Beliau menyatakan bahawa seorang adalah dari tempatan.  Kemungkinan besar seorang tempatan itu adalah pemimpin PBB paling senior di kota samarahan selepas dirinya dan YB Muara Tuang iaitu timbalan ketua PBB cawangan Muara Tuang Hamzah Bin Ibrahim. Kalau ikut seniority dalam parti PBB di kawasan samarahan beliaulah orangnya.  Seorang lagi adalah luar PBB iaitu pegawai daerah Asajaya Rubiah Binti Haji Wang.

Kalau kata YB Karim seorang dari 3 nama adalah tempatan maka 2 lagi nama adalah orang luar.  Sememangnya calon 'favourite' dan yang didesak oleh akar umbi adalah 'billionaire' Dato Sri Abu Bekir Taib. Beliau dikehendaki oleh akar umbi kerana boleh memberi kesinambungan selepas adiknya Dato Sri Sulaiman Taib.  Kemungkinan besar seorang lagi calon 'luar' adalah sepupu Dato Sri Abu Bekir iaitu Dato Ahmad Bin Dato Seri Ibrahim.  Beliau telah 'berjalan' di samarahan untuk beberapa bulan.  Malah beliau telah mengadakan majilis 'tepung tawar' di asajaya dalam samarahan.

Pengakhirnya YB Karim telah melepaskan 'rahsia' apabila beliau telah menyatakan kepada pemberita bahawa
"I think a local will be picked'.  


Posted on April 17, 2012, Tuesday
ASAJAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) has shortlisted three individuals as Barisan Nasional (BN) candidate for the Kota Samarahan parliamentary seat in the 13th general election which is just around the corner.
PBB supreme council member Abdul Karim Rahman Hamzah said one of them was a local.
He said their names would be given to the top leaders of BN for them to evaluate and choose.
"For Kota Samarahan parliamentary seat, three names including one woman, has been shortlisted and I don't think there will be any problem if one of them is chosen because I believe the other two will continue to support the chosen one," said Karim when met after the 1Malaysia netbook presentation ceremony here yesterday.
He said this when asked if any local-born from the area made the list. The incumbent MP for Kota Samarahan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib recently announced his desire not to seek re-election.
Although refusing to reveal their names, Karim, who is also Asajaya assemblyman, felt that the local-born would be picked for the seat.
"I think a local will be picked…that is what I think."
Currently, rumours have it that the local female is Asajaya district officer Rubiah Wang.
Meanwhile, Karim who is also Assistant Housing Minister, said BN would not face any difficulty in retaining the Kota Samarahan seat which is considered a 'white area' though some people had been seen making their rounds there.
"Many people from both the opposition parties and BN including aspiring independents will come to introduce themselves to the villagers," he said.
Overall, he said the coming election would be a tense one, though not in Sarawak, because based on the last election, BN won with a big majority.
He did not deny, however, that BN might face problems if internal conflicts besieging some of its component parties were not resolved.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Sarawak</b> Terkini 2012

Posted: 05 Apr 2012 07:17 PM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2012

Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada 6 orang pegawai Brooke dan 16 orang ketua masyarakat tempatan. Dalam tahun 1903, Majlis Umum ini dinamakan semula sebagai Majlis Negeri.

Kerajaan Negeri Sarawak kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Senibina

2. Penolong Jurutera (Letrik)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • jawatan kosong kerajaan sarawak kini

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 02:15 PM PST

Posted on January 3, 2012, Tuesday

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved