ads

Jumaat, 13 September 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2013 07:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TBS anjur majlis penyerahan bantuan Aidilfitri <b>di Mukah</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 03:22 PM PDT

Posted on August 7, 2013, Wednesday

MUKAH: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin serta Sumbangan Masjid dan Surau Bahagian Mukah di Masjid Setia Raja Mukah di sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu, sumbangan berjumlah RM75,000 disalurkan kepada 75 buah masjid dan surau yang bertujuan membiayai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan, di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Terdahulu, di Pejabat TBS Cawangan Mukah, sejumlah RM170,800 diserahkan melalui amil-amil yang ditauliah untuk diagihkan kepada 1,708 orang fakir miskin dari daerah Mukah dan Daro.

Ia bertujuan untuk meringankan beban para penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri khususnya menyediakan keperluan asas.

Sementara itu, sejumlah RM40,000 wang sumbangan Magna Focus Sdn Bhd disampaikan oleh Taib kepada 200 orang fakir miskin yang dijemput hadir pada majlis tersebut.

TBS mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Pada tahun 2012, TBS telah mengagihkan RM36.7 juta kepada penerima yang layak melalui ketiga-tiga program utama tersebut.

Bagi tahun ini, sehingga bulan Jun 2013, TBS telah mengagihkan sejumlah RM14.7 juta untuk tujuan yang sama.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad, Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dollah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


PENGEDAR SHAKLEE TERBESAR <b>DI SARAWAK</b> DENGAN <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 09:32 AM PDT

Alhamdulillah! Syukur!

Celikvitamin sekarang sudah melebarkan sayap perniagaannya hingga ke Sarawak!

Berita baik bagi pelanggan dan pengguna Shaklee Sarawak khususnya di kawasan Kuching, Kota Samarahan dan Petrajaya kerana anda tak perlu bimbang lagi untuk mendapatkan produk Shaklee. Pelanggan di Sarawak kini sudah mempunyai Pengedar Shaklee Terbesar Di Sarawak dengan bekalan stok tersedia atau 'ready stock' yang lebih dari mencukupi. Anda yang berada di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Petrajaya boleh berhubung dengan wakil pengedar Shaklee dan boleh mendapatkannya secara Cash On Delivery!

Pengedar Shaklee Kuching Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK!

Puan Salmiah Othman wakil kami ini sebenarnya adalah pelanggan setia produk Shaklee dan setelah mula jatuh cinta pada produk ini, beliau mula terbuka hati untuk berkongsi kebaikan tentang produk Shaklee. Menurut beliau, ramai para pelanggan Shaklee di Kuching, Kota Samarahan dan Petrajaya terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama untuk mendapatkan produk Shaklee memandangkan tiada cawangan Shaklee di Kuching. Jika anda seorang pembaca yang berasal dari sana sudah tentu masak dengan 'hassle-dazzle' pengeposan barang ke Sarawak icon smile Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK!

Atas kesedaran inilah, Puan Salmiah dengan kerjasama Celikvitamin.Com menyediakan bekalan ready stock untuk para pengguna produk Shaklee khususnya untuk dari Sarawak.

Berminat? Boleh hubungi Puan Salmiah untuk dapatkan harga ISTIMEWA!!!!

Order Now Button Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK!

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
pixel Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK!

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2013 03:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

3R <b>di Serian</b> | IKRAM <b>Sarawak</b>

Posted: 30 Jul 2013 09:28 PM PDT

996894_10200408417909328_1831899668_n

Pada 27 dan 28 Julai 2013, IKRAM daerah Serian telah mengadakan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) di Masjid Serian. Program 3R ini disertai oleh para pelajar dari SMK Serian, SMK Taee dan SMK Tebedu. Seramai 23 orang peserta dan 12 orang fasilitator telah menjayakan program ini.

Slot pertama iaitu Kenali Diri dikendalikan oleh Ustaz Muhammad. Slot ini memberi pencerahan kepada remaja akan bahaya dadah, sifat ingin mencuba para remaja dan kaedah belajar kepada para peserta. Selain itu, penyampai juga menerangkan akan tugas manusia di bumi tidak kira normal atau kurang upaya..
Pada slot kedua, peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan. Peserta dikehendaki menyenaraikan kelebihan diri dan apa sumbangan yang boleh diberikan kepada masyarakat melalui sumbangan tersebut menggunakan anggato badan sahaja.

1006298_10200408382948454_1912367471_n

1095081_10200408359827876_1983344571_n

Slot ketiga pula ialah tayangan video Palestin dan Syria. Objektif slot ialah kenapa perlu peduli isu Palestin dan Syria serta menerangkan apa sebenarnya yang terjadi di Palestin dan Syria kepada peserta.

Hari pertama diakhiri dengan iftar dan solat secara berjemaah diimamkan oleh imam Masjid Serian.

Pada hari berikutnya, setelah berqiamullail dan solat subuh berjemaah, para peserta membuat persediaan pembentangan bagi slot Kenali Diri mengikut kumpulan. Slot keempat ialah Treasure Hunt yang diadakan di sekeliling Tasik Serian. Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka perlu melaksanakan tugasan di lima checkpoint.

Checkpoint 1 ialah menghafal niat puasa beserta makna dan seorang peserta ditutup mata untuk menyusun puzzle dgn bantuan rakan-rakan. Checkpoint 2 ialah mendermakan apa-apa barangan yang ada dibawa untuk Palestin dan Syria. Barangan perlu dikembalikan semula di akhir program. Checkpoint 3 mensyukuri nikmat di mana peserta ditutup mata dan diminta berbaris mengikut ketinggian Checkpoint 4 adalah untuk melahirkan rasa syukur di mana para fasilitator mengajar peserta sujud syukur dan melaksanakan di checkpoint tersebut. Di Checkpoint 5 pula para peserta diberikan plastik berisi penuh air. peserta perlu menjawab soalan. Jika soalan salah, akan ditebuk lubang. Jika betul, diberi pilihan samada tambah air atau tampal dengan sellotape.

Perasmian penutupanprogram diadakan pada jam 12 tengahari dan dirasmikan dengan ucapan dari PPD Serian Omar Bin Mahli. Peserta lelaki dan perempuan terbaik serta setiap sekolah mendapat hamper tanda kenangan.

999157_10200408410509143_1713067805_n

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Aug 2013 01:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua Lagi Maut Dalam Nahas Jalan <b>Sri Aman</b> – Betong, <b>Di Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 07:36 AM PDT

- Saturday: 2013-08-03 22:36:59'.

kemalangan-km48-sriaman-betong

Selang sehari selepas kemalangan maut mengorbankan empat pegawai Jakim di kilometer 48 jalan Sri Aman-Betong, Khamis lalu.

Pagi tadi dua lagi maut, manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan di kilometer 56 jalan yang sama.

Kejadian sekitar jam 6.35 pagi tadi berlaku setelah kereta Proton Saga yang dinaiki oleh empat mangsa dari Sarikei hilang kawalan lalu berpusing.

Ia menyebabkan pemandu kereta Perodua Viva dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan mangsa.

Kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian kiri kenderaan itu maut ditempat kejadian dan pemandunya pengsan serta penumpang di belakangnya cedera.

Dua yang maut dikenali sebagai Ling Lee Chen, 26 tahun dan Anthony Wong Siow Wei, 28 tahun.

Manakala mereka yang cedera ialah pemandu Ling Tai Hung, 24 tahun dan Stephanie Ting Xiang Chii, 20 tahun.

Kesemua mereka berasal daripada Sibu.

Manakala pemandu kereta Viva, Nora Karu, 38 tahun pula retak tulang kaki kiri.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Hamden Bladi dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


RM582 juta perlu untuk atasi banjir kilat <b>di</b> Kuching, Kota <b>Samarahan</b>

Posted: 22 Aug 2013 11:25 AM PDT

Posted on August 23, 2013, Friday

KUCHING: Anggaran RM582 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir kilat di pusat bandar raya Kuching dan Kota Samarahan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk James Dawos Mamit berkata, jumlah tersebut telah ditetapkan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 2010.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan yang diperlukan itu belum disalurkan kepada kementeriannya untuk memulakan pelaksanaan projek.

"Unit Perancang Ekonomi (EPU) belum lagi memberi peruntukan. Kalau sudah beri, baharulah saya dapat melaksanakan projek ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan, rancangan projek tersebut tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak.

"Projek tebatan banjir tetap diteruskan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM162 juta kepada Sarawak bagi tahun ini untuk projek tersebut.

"Sebahagian daripada projek juga sudah dilaksanakan," jelasnya.

Sementara itu, Dawos berkata, konsep pembangunan lestari perlu diamalkan dalam fasa pembangunan yang pesat di negara ini untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

"Ini sangat penting kerana populasi rakyat meningkat dan fasa pembangunan bertambah pesat. Alam sekitar harus dijaga kerana jika tidak, ia akan menjejaskan kita sendiri.

"Kita harus memastikan generasi masa depan turut menikmati manfaat daripada kualiti alam sekitar dan bukannya kemusnahan alam sekitar," katanya.

Namun demikian, Dawos menyifatkan pembangunan di Sarawak masih terkawal tanpa wujudnya kemusnahan alam sekitar.

"Sarawak tidak begitu teruk dari segi pembangunan bandar raya, ia masih menanam pokok jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur," katanya.

Bengkel itu disertai seramai 60 peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Ia adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarawak Shell Berhad, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta agensi dan jabatan kerajaan terpilih di Sarawak.

Bengkel itu bertujuan memberi penjelasan dan latihan kepada peserta yang merupakan bakal guru mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah di bawah program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar.

Majlis turut menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Shell dan JAS yang disempurnakan oleh Pengurus Kanan (Kebajikan Korporat) Shell Malaysia Peing Tajang dan Pengarah JAS Ruslan Mohamad.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Aug 2013 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 09:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perhimpunan sempena pelancaran ulang tahun ke-50 <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 05:51 PM PDT

Posted on April 6, 2013, Saturday

MARUDI: Seramai 200 orang terdiri daripada pegawai jabatan kerajaan, ketua masyarakat, ketua-ketua kaum termasuk tuai-tuai rumah serta orang ramai mengambil bahagian pada perhimpunan sempena pelancaran ulang tahun ke-50 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia yang diadakan serentak di seluruh negeri.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan Pejabat Daerah Marudi dengan orang ramai menyaksikan amanat dan ucapan daripada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmmud di skrin besar yang disediakan.

Bagi peringkat Daerah Marudi di sini, sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Marudi, Joseph Belayong.

Turut diadakan sempena perhimpunan tersebut ialah jamuan makan malam dengan orang ramai turut dihidangkan dengan masakan ikan baung pansuh serta majlis barbeku.

Sementara itu di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong pula lebih 300 orang terdiri daripada penduduk kampung dari rumah-rumah panjang berhampiran berhimpun menyaksikan acara tersebut.

Majlis yang sama turut diadakan di Pejabat Daerah Kecil Long Lama.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Aug 2013 09:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jabu: SALCRA merambu ngaga palan penyungkak pengelandik <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 02:23 PM PDT

Posted on August 16, 2013, Friday

KUCHING: SALCRA deka ngemansang sebidang tanah pemesai 40 ika di kampung Bajo Lundu nyadi palan pematih dikena nyungkak pengelandik pengereja pengawa.

Chairman kunsil nya Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu madah, palan nya ila ukai semina ungkup pengereja pengawa dalam SALCRA tang mega tau dikena ijinsi bukai ngatur licha sereta aum.

Ku iya, komiti ketuai SALCRA udah setuju ngemansangka tanah nya lalu enti tembu ila, palan nya deka dikena matih penyereta sekim ngambika tau nambah pengelandik enggau penau dalam industri bekebun sawit.

"Taja pia, palan tu ila ukai semina ungkup SALCRA enggau penyereta sekim aja, ijinsi bukai tau mega bekenaka palan di Kampung Bajo tu, ke alai palan nya deka disikap ngena perengka ti chukup," ku iya.

Jabu mansutka jaku tu lebuh dikerandau pemberita pengudah bejadika Aum Komiti Pemansang Kebun Sawit SALCRA ke-5 di Palan Aum Besai Borneo Kuching (BCCK) ditu, kemari.

Iya ke mega Sapit Kepala Menteri enggau Menteri Betanam Betupi Moden sereta Menteri Pemansang Menua Pesisir madah, ungkus palan nya deka bepanggai ba rega tinda lalu disadang tembu gaga dalam timpuh 24 bulan.

Nyaut tanya senentang pinta Gerempung Orang Bekebun Sawit Sarawak ngambika perintah merati baru cukai nyual sawit Jabu madah, perintah nadai penanggul mending sereta ngerandau pekara nya begulai enggau raban industri.

"Perintah pedulika sebana sida, pekara ke patut diperati deka dialus ke alai perintah nemu ungkus ngereja kebun sawit nyau majak niki berindik ari gaji ti majak nambah.

"Aku meransang raban dalam industri tauka pengari mai pekara tu ngagai perintah nengah chara ke betul ngambika tau diperunding enggau manah," ku iya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


12 anggota penguat kuasa laksana Ops Harga <b>di Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 09:33 AM PDT

Posted on July 7, 2013, Sunday

SARIKEI: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sarikei melantik 12 anggota penguat kuasa untuk melaksanakan Ops Harga yang dilancarkan serentak di seluruh negara semalam.

Ketua Cawangan PPDNKK Sarikei, Mohamad Zawawi berkata bagi melaksanakan Ops Harga, seramai 1,845 anggota penguat kuasa di seluruh negara telah digerakkan bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua peringkat perniagaan dari pembekal, pengedar, pengimport, pemborong dan peruncit.

"Bagi Bahagian Sarikei, untuk melaksanakan Ops Harga ini, kita telah melantik seramai 12 anggota penguat kuasa melibatkan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan seperti Gerakan Pengguna Daerah (GPD), Rakan Pengguna serta Majlis Daerah Sarikei (MDS)," kata Mohamad kepada media sewaktu melancarkan Ops Harga Peringkat Bahagian Sarikei di Central Market di sini, semalam.

Menurut Mohamad, pada Ops Harga 2013, pemeriksaan akan meliputi kawasan bandar dan luar bandar, serta memberi tumpuan ke atas lokasi yang menjadi kunjungan ramai berbelanja seperti pasar basah, pasar tani, bazar Ramadan, kedai runcit, pasar raya, restoran, kedai makan serta medan selera.

"Pemantauan dan pungutan harga berkala ke atas barang basah, tersedia bungkus dan makanan sedia masak juga akan dilakukan.

"Untuk usaha tersebut, bagi seluruh negara seramai 1,071 pegawai pemantau harga dari kementerian telah dilantik, manakala untuk Bahagian Sarikei, seramai 13 pegawai telah dilantik.

"Pemantauan akan dapat mengesan kenaikan harga dan menjadi indikasi penting bagi tindakan siasatan susulan ke atas pengeluar, pengedar dan penjual," jelas Mohamad.

Sehubungan itu, Mohamad menyeru para peniaga agar meletakkan tanda harga yang jelas, tulisan mudah dibaca, menggunakan unit sukatan yang betul dan memaparkan harga yang tepat dan tidak mengelirukan ke atas semua barangan yang dijual di premis perniagaan mereka.

"Mana-mana peniaga yang tidak mematuhi peraturan tersebut, tindakan undang-undang akan kita ambil terhadap mereka," kata Mohamad.

Dalam tinjauan kementerian bersama agensi penguat kuasa yang lain di lokasi yang sama semalam, kebanyakan peniaga didapati tidak meletak tanda harga pada barangan jualan mereka.

Malah, apabila ditanya oleh pihak penguat kuasa, terdapat segelintir peniaga yang memberikan pelbagai alasan seperti tidak tahu akan perkara tersebut, barangan baharu sampai dan tidak sempat berbuat demikian.

Orang ramai yang mempunyai aduan boleh menyampaikannya melalui talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000, melalui e-mel e-aduan@kpdnkk.gov.my, talian bebas tol 1-800-886-800, atau SMS ke 15888 dengan menaip 'KPDNKK ADUAN <butiran aduan>' atau lapor ke PPDNKK yang berhampiran.

Turut hadir semasa operasi semalam ialah Timbalan Residen Bahagian (Sosial) Sarikei Alex Liau serta beberapa pegawai penguat kuasa dari MDS dan PPDNKK Cawangan Sarikei.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved