ads

Jumaat, 9 Ogos 2013

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Perhimpunan sempena pelancaran ulang tahun ke-50 <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 05:51 PM PDT

Posted on April 6, 2013, Saturday

MARUDI: Seramai 200 orang terdiri daripada pegawai jabatan kerajaan, ketua masyarakat, ketua-ketua kaum termasuk tuai-tuai rumah serta orang ramai mengambil bahagian pada perhimpunan sempena pelancaran ulang tahun ke-50 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia yang diadakan serentak di seluruh negeri.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan Pejabat Daerah Marudi dengan orang ramai menyaksikan amanat dan ucapan daripada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmmud di skrin besar yang disediakan.

Bagi peringkat Daerah Marudi di sini, sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Marudi, Joseph Belayong.

Turut diadakan sempena perhimpunan tersebut ialah jamuan makan malam dengan orang ramai turut dihidangkan dengan masakan ikan baung pansuh serta majlis barbeku.

Sementara itu di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong pula lebih 300 orang terdiri daripada penduduk kampung dari rumah-rumah panjang berhampiran berhimpun menyaksikan acara tersebut.

Majlis yang sama turut diadakan di Pejabat Daerah Kecil Long Lama.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved