ads

Jumaat, 3 Februari 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Pemburu kepala cari mangsa <b>di Limbang</b>? | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2011 05:47 PM PST

Posted on November 22, 2011, Tuesday

JANGAN PERCAYA: Pengait atau pemburu kepala kini menghantui penduduk Limbang.

LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat 'memburu' mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali 'pengait', kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.

Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar 'ganti rugi' kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

"Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

"Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan," katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

"Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

"Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu," tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Masalah Air <b>di</b> Pekan Kabong <b>Betong</b>, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 03 Jan 2012 09:02 PM PST

Pekan Kabong, Betong Sarawak adalah merupakan salah satu kawasan yang terletak di Daerah Saratok. Pekan Kabong, Sarawak mempunyai populasi penduduk sekitar 14,000 orang.

Saya mewakili seluruh penduduk pekan Kabong ingin mengutarakan masalah yang telah dihadapi oleh seluruh penduduk Pekan Kabong sejak sekian lamanya.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk sekitar ialah masalah air. Walaupun masalah ini telah diutarakan kepada pihak yang berkenaan, tetapi masalah ini masih tidak pernah selesai dan tidak diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Masalah ini akan menjadi semakin teruk apabila tibanya musim perayaan dan musim cuti sekolah. Hal ini adalah kerana banyak penggunaan air di setiap rumah pada masa tersebut yang menyebabkan berlakunya masalah air tidak keluar dari paip.

Lebih teruk lagi, bagi rumah penduduk yang berada di kawasan tinggi, air paip tidak akan keluar. Mungkin disebabkan tekanan airnya terlalu rendah. Kebanyakan penduduk terpaksa bergantung kepada air yang disimpan di dalam tangki dan tong air.

Penduduk terpaksa berjaga sehingga lewat malam hanya semata-mata menunggu air paip keluar dan seterusnya menyimpan air di dalam tong dan bekas air untuk kegunaan harian keesokan harinya.

Oleh sebab itu, besarlah harapan kami penduduk Pekan Kabong agar masalah ini dapat diatasi bagi memudahkan urusan harian penduduk di sekitarnya.

By: ARBI BIN TOM

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Saratok kuasa badminton <b>di Betong</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:11 PM PST

Posted on February 4, 2012, Saturday

BUKTIKAN KEHEBATAN: Pemain-pemain SMK Saratok meraikan kejayaan mereka bergelar juara.

SARATOK: Kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok terserlah lagi apabila muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Betong pada Khamis lepas.

Pertandingan dua hari yang berlangsung di Dewan Badminton Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Vokasional Betong itu disertai lapan buah sekolah iaitu SMK Spaoh, SMK ST Augustine, SMK Saribas, SMK Saratok, SMK BM Saratok, SM Vokasional Betong, SMK Kalaka dan MRSM Betong.

SMK Saratok ternyata unggul apabila menyapu bersih hampir kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Mereka turut menjuarai acara beregu bagi kategori perempuan bawah 18 dan 15 tahun.

Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan keenam berturut-turut buat sekolah berkenaan.

Dengan kejayaan itu, para pemain SMK Saratok bakal mengibarkan cabaran Betong ke pertandingan peringkat negeri di Sarikei pada 14-17 Februari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Coklat Polkadot Mia Izzati: Bunyi aneh <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 20 Jan 2012 10:03 PM PST

Pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu, penduduk Kota Samarahan dikejutkan dengan bunyi aneh dari langit.  Perkara ni menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang kata benda tu saja dibuat-buat untuk menakutkan orang ramai. Bagi saksi yang mendengar pada ketika itu mengatakan bunyi itu memang wujud. Yang paling takut tu, ada yang kata bunyi seolah-olah orang sedang berdengkur. Berderau darah aku baca berita ni. Ya Allah, ni kah tanda2 dunia akan kiamat semakin hampir?? Hanya Allah je yang tahu.. buat pembaca semua, sila la dengar baik2 ye !!



'Suara aneh dan menakutkan dari langit' yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak baru2 ni mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
Mufti perak - Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemungkaran Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ni.
"Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat islam, mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.
"Kita perlu merenung diri, bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Kita merupakan umat paling maju dan bertamadun. Namun kita lupa Tuhan. Kita semakin kufur padaNya. Malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..." katanya ketika dihubungi Mynewshub.my disini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman.  Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

"Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.
"Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi..

"Anak-anak zina pun semakin ramai..dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin 'sar-sar. angin 'sar2' ini ialah angin batu, sekaran ni pun dah ada berlaku bencana ni..angin sar-sar ni dulu diturunkan Allah kepada umah Nabi Luth," ulasnya lagi.
Justeru, Mufti perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Insiden bunyi aneh dan menakutkan dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan diseluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.
Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaikannya dengan fonemena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.
Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai 'High Frequency Active Auroral Research Porgramme' (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
Full content generated by Get Full RSS.

Bunyi &#39;Aneh Dan Menakutkan Dari Langit&#39; <b>Di Samarahan Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 09:15 PM PST

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. - Sumber mynewshub.my
 
Entri sebelum bersama Videonya >>DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


1640 unit komputer riba diagih <b>di Lubok Antu</b> 2012 | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2011 02:46 PM PST

Posted on December 22, 2011, Thursday

SELAMAT DATANG: Nyalau (tengah) dan Dr Rayong (kiri) semasa tiba pada majlis itu semalam.

ENGKILILI: Sebanyak 1,640 unit komputer riba akan diagihkan kepada rumah panjang di kawasan Parlimen Lubok Antu pada tahun depan.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak berkata, sebuah rumah panjang sama ada akan mendapat satu atau dua unit komputer riba, bergantung kepada bilangan keluarga yang menghuni sesebuah rumah panjang itu.

Menurutnya, tujuan komputer riba diberi secara percuma kepada penduduk rumah panjang adalah untuk mendekatkan penghuni rumah panjang dengan alam siber.

"Saya akan agihkan komputer riba tahun depan dengan tujuan mendekatkan penghuni rumah panjang dengan kecanggihan kemudahan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak di Rumah Anggang, Nanga Mejong, Ulu Skrang, di sini, semalam.

Sementara itu, Nyalau memberitahu bahawa 1,400 unit komputer riba akan diagihkan kepada pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Lubok Antu tahun depan.

Beliau berkata, ini adalah pemberian secara percuma kedua untuk diagihkan kepada pelajar yang belum menerimanya sebelum ini.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat bersungguh-sungguh membantu rakyat dan pelajar di kawasan luar bandar," katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat terutama di kawasan Parlimen Lubok Antu agar memberi sokongan padu calon BN pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Saya bersedia mempertahankan Parlimen Lubok Antu, maka berilah sokongan kepada saya nanti  sekiranya saya diberi tanggungjawab untuk mengibarkan bendera BN," ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassiddy Morris, Pegawai Penerangan JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Pegawai Penerangan JASA Parlimen Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Full content generated by Get Full RSS.

SPDP5 tiada hasrat tubuh parti baharu | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:31 PM PST

Posted on January 21, 2012, Saturday

LUBOK ANTU: Kumpulan SPDP5 tiada sebarang hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baharu setelah keahlian mereka ditamatkan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Lima anggota kumpulan SPDP5 ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entrie Muran, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus.

"Kami berlima masih belum memikirkan perkara itu… namun kita tunggu dan lihat sajalah," kata Entrie selaku Menteri Muda Kemudahan Awam kepada pemberita sejurus merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Lubok Antu bagi mewakili Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wong Entugam, Jalan Batu Kaya di sini, semalam.

SPDP5, tambah beliau masih kekal sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka telah dipilih oleh rakyat (menerusi tiket BN) pada pilihan raya negeri lalu.

Atas sebab itu, jelasnya, SPDP5 akan tetap meneruskan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan DUN atau Parlimen masing-masing walaupun tidak bersama SPDP.

"Soal sama ada kami berlima di dalam atau di luar parti itu (SDPD) adalah tidak penting. Paling penting, kami perlulah terus berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk rakyat," katanya.

Ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Tiki Lafe akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, dengan tegas Entri menjawab, keputusan itu bergantung kepada budi baca Pengerusi BN Negeri iaitu Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Pusat.

Entri memberitahu Dr Tiki kerap turun padang menemui rakyat di kawasan Parlimennya selama ini walaupun kerja-kerja beliau tidak diketahui oleh ramai pihak.

"Mungkin disebabkan Dr Tiki kekurangan publisiti daripada pihak media ataupun cerita rekaan daripada ahli-ahli SPDP yang tidak senang terhadap beliau yang mengatakan dia (Dr Tiki) kurang turun padang," katanya.

Justeru, Entri berkata, beliau yakin Dr Tiki adalah calon yang boleh menang di kerusi Parlimen Mas Gading sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk bertanding semula di situ pada PRU13 nanti.

Sementara itu di Kuching, Nansian berkata lima bekas anggota SPDP itu masih lagi ahli Barisan Nasional (BN) dan ia tidak harus diragui.

Menurut bekas Naib Presiden Kanan SPDP itu, secara logiknya, mereka bertanding sebagai calon BN dan masih wakil rakyat BN.

"Kami bertanding sebagai calon BN dan kami bekerja di bawah kerajaan BN jadi kenapa pula kami tidak boleh menjadi ahli BN. Bagi saya ini adalah logiknya yang saya tahu.

"Jika kami tidak dipecat dari BN, maka kami masih ahli BN," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuching semalam bagi mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom baru-baru ini.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial berkata, ahli SPDP5 bukan lagi ahli BN selepas keahlian mereka bersama SPDP ditamatkan.

Nansian berkata, kumpulan itu masih lagi berkhidmat kepada rakyat sama seperti sebelum ini kecuali kali ini mereka menggunakan Kelab BN Negeri sebagai platform mereka.

"Apabila kami bersama SPDP, kami menggunakan parti sebagai jentera tetapi kini kami sudah dipecat dari SPDP, maka kami menggunakan Kelab BN Negeri sebagai jentera untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau menjelas lanjut, mereka bertindak meninggalkan parti kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan perbalahan dengan Presiden parti.

"Kami meninggalkan parti kerana kami tidak mahu lagi berbalah. Kami seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan berbalah sesama sendiri.

"Bagi kami, kenapa anda perlu berbalah dengan ahli parti di kawasan yang mempunyai kekuatan tetapi melupakan tentang kerusi di mana anda lemah seperti Krian dan Ba' Kelalan," katanya.

Beliau berkata, daripada terus menyerang mereka, kepimpinan parti sepatutnya melakukan sesuatu di Krian dan Ba' Kelalan yang mana parti telah tewas di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya negeri lepas.

Nansian berkata, secara logiknya parti perlu menumpukan kawasan di mana mereka mempunyai kelemahan dan bukannya mengurangkan kekuatan dengan mengenepikan mereka.

"Kami tidak mengatakan siapa salah atau siapa benar tetapi lihat secara logiknya, jadi esok (hari ini) kami mahu rakyat tahu apa yang kami tahu adalah berdasarkan logik dan prinsip," katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan mereka kini tidak lagi bersama SPDP, mereka tidak ada hak untuk menggunakan papan tanda parti di pusat khidmat masing-masing.

Maka itu, papan tanda lama akan digantikan dengan yang baharu dan pusat khidmat mereka yang terdiri dari Konstituensi Mas Gading, Tasik Biru, Marudi, Bekenu dan Batu Danau perlu dikenali sebagai Pusat Khidmat BN.

Papan tanda di Marudi telah digantikan sementara yang lain akan melakukan perkara yang sama bermula hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Petani, nelayan harus manfaatkan jalan raya | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 06:06 PM PST

by Watt Zacchaeus. Posted on February 1, 2012, Wednesday

Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro beri peluang kepada mereka pasarkan hasil pertanian, perikanan

SIBU: Petani dan nelayan di kawasan pesisir pantai merangkumi kawasan Rejang, Belawai dan Pulau Bruit malah Matu dan Daro dekat sini digesa mengambil peluang daripada wujudnya rangkaian jalan raya dari sini ke Tanjung Manis dan Matu-Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie berkata, dengan siapnya Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro peluang bagi petani dan nelayan memasarkan hasil pertanian dan perikanan mereka bertambah cerah.

"Saya difahamkan beratus-ratus kenderaan melalui jalan terbabit setiap hari dan ini pasti membuka peluang niaga kepada petani dan nelayan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa gerai yang wujud di pinggir jalan berkenaan dekat sini, petang kelmarin.

Abu Seman yang juga setia-usaha politik Ketua Menteri singgah di gerai berkenaan untuk melihat hasil laut yang dijual oleh kaum nelayan dari Stalon dan Loba Pulau. Beliau singgah di gerai itu semasa dalam perjalanan menaiki kenderaan dari sini ke daerah Matu.

Menurut Abu Seman, apa yang dijual oleh nelayan di gerai-gerai di pinggir jalan itu adalah terhad.

"Saya percaya jika mereka menjual lebih banyak hasil laut seperti ikan segar, udang dan ikan masin, lebih ramai penduduk dari Sibu datang ke sini.

"Mereka tidak menjual ikan segar dan udang sekarang mungkin disebabkan musim tengkujuh," katanya sambil menambah bahawa tempat mereka berniaga sekarang adalah sangat strategik dan hanya memakan masa setengah jam menaiki kenderaan dari Sibu.

Bagi penduduk di bandar, katanya makanan segar seperti ikan dan udang adalah menjadi buruan mereka malah ketam dan lokan yang mereka jual di gerai berkenaan sentiasa mendapat permintaan.

"Begitu juga bagi petani. Mereka harus mengambil kesempatan dan mencari jalan bagaimana hendak memasarkan hasil pertanian. Saya cadangkan sambil menjual hasil tani, mereka bolehlah menjual kuih tradisional dan barangan kraf," katanya.

Menurut Abu Seman, apabila tempat (gerai) itu terkenal kelak bukan setakat penduduk dari Sibu yang berbelanja di sini malah penduduk dari seluruh Sarawak turut datang berkunjung ke situ.

"Saya menyeru kepada petani dan nelayan di kawasan ini supaya merancang dari sekarang bagi mengambil kesempatan daripada rangkaian Jalan Sibu-Tanjung Manis ini," tambah beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved