ads

Khamis, 2 Jun 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Boeing Ada <b>Di</b> Limbang Atau <b>Lawas</b>? « <b>Di</b> Halaman Limbang….

Posted: 30 May 2011 07:26 AM PDT

NAK ke Limbang memerlukan kita menggunakan ATR atau Fokker untuk jalan udara melalui Miri, untuk jalan darat kita kena melintasi negara Brunei dulu dan nak gunakan jalan laut kena pula melalui Labuan. Limbang ni satu wilayah yang payah untuk kita kunjungi jika tak ada apa-apa yang penting untuk ke situ. Jika nak datang sahaja tanpa tujuan pasti orang tak akan datang ke Limbang.

Mereka-mereka yang datang ke Limbang mungkin kerana ada kepentingan seperti urusan rasmi kerja, nak melawat saudara mara dan mungkin ada hal-hal yang berkaitan dengan Limbang. Jarang orang yang datang ke Limbang semata-mata untuk datang sahaja dan pasti ada tujuan yang nak ke situ.

Tapi, mengapa pihak penerbangan MAS ataupun Airasia tidak menggunakan laluan Limbang untuk destinasi ke Kuala Lumpur ke, Kuching ke, Kota Kinabalu ke ataupun mana-mana destinasi di wilayah Sarawak misalnya. Yang aku tahu sejak dulu-dulu lagi hanyalah Miri, Lawas dan Kota Kinabalu(itupun sekali seminggu dan sekarang tiada lagi) sahaja destinasi yang melalui Limbang.

Adakah di Limbang ni tak ada apa-apa yang nak dilihat, ditengok, dilawati sehinggakan terpaksa pihak MAS menggunakan Miri sebagai tempat perrsinggahan sementara menunggu kapal terbang untuk ke Limbang. Mengapa tak ada kapal terbang yang terus dari destinasi yang lain ke Limbang? Adakah juga kerana lapangan terbang yang dibina hanya untuk setakat ATR atau Fokker sahaja? Mengapa tak dibina landasan yang boleh juga digunakan untuk kapal terbang seperti Boieng ke? Tak perlulah aku nak pergi ke Miri atau Brunei atau Labuan ataupun Kota Kinabalu untuk pergi ke wilayah lain di Malaysia ni. Ataupun suatu masa nanti aku terpaksa menggunakan kapal terbang jenis Boeing di Lawas? Ia tak mustahil boleh berlaku, memandangkan sekarang kerajaan dah berura-ura nak bina lapangan terbang baru di Lawas, khas untuk bahagian utara Sarawak dan wilayah yang bersempadan dengan Sarawak iaitu sekitar Beufort, Sabah.

Jikalah Lawas mempunyai landasan yang sesuai untuk Boeing, pasti pembangunan di Lawas semakin rancak lagi, dengan adanya Hotel Seri Malaysia yang sudah untuk mempastikan bahawa yang Lawas suatu hari nanti akan membangun seiring dengan wilayah-wilayah yang lain sedang  dan telah membangun.

Ini hanyalah gambaran aku sahaja tapi ia boleh untuk direalisasikan dengan kesungguhan orang di situ dan pemimpin yang betul-betul seorang pemimpin bagi wilayah itu sendiri.

Dan mungkin tahai nanti akan terbang ke sana dan ke sini bila perkara ini berlaku atau mungkin tahai akan dilupakan dan diganti dengan "tahai-tahai moden" dari luar sana yang lebih enak lagi bagi generasi yang baru ini. Yang pasti ramai orang yang bukan orang Lawas akan datang ke situ bukan lagi atas urusan rasmi dan melawat saudara mara seperti di Limbang dulu-dulu tapi atas urusan mencari kekayaan. Mungkin aku dan kita di Limbang dan Lawas tidak turut serta mencari urusan kekayaan juga tapi sekadar mengatakan Limbang atau Lawas sudah ada pembangunan dan sudah membesar, syukurlah…

This entry was posted on May 30, 2011. It was filed under Catatan Musafir and was tagged with .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri <b>Sarawak</b> 1432H <b>...</b> - Blogspot

Posted: 13 May 2011 10:15 PM PDT

Salam Hormat dan Salam 1Malaysia semua.......

Setelah sekian batahnya udah nda batutu ah blog ani tiba2 takanang kan bacaita. Bulan 3 lapas, kumpulan kami (AMANI) kana nobat akan jadi juara Nasyid Peringkat Bahagian Limbang yang mana majlis ani diadakan di Perkarangan Masjid Dato Pengiran Haji Metussin, Kpg. Dato, Kuala Lawas. Majlis ani diadakan 2 hai, dai 10 sampai 11 Mac 2011. Kumpulan Nasyid disertai oleh 4 kumpulan Moden dan 1 kumpulan Tradisi. Kalau kan tahu, aku ni 2 hai sabalum ptandingan bahau tah dilagau masuk dalam kumpulan ani dan bahau jua dapat nama kumpulan. Ahenya nama Amani dipilih. Manjalang haie patandingan, biasalah, gaga tatap ada. haha.. Alhamdulillah ajiki kumpulan Amani ada di sana, kumpulan Amani dinobat akan Juara Bahagian.

12 Mei alum batah ani, kumpulan Amani dibagi sekali lagi peluang untuk mampasambahakan nasyid kumpulan Amani pada malam panutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak (09-12 Mei 2011) di Dataran Amphiteater Lawas (sabalah Hotel Seri Malaysia Lawas). Taim riasal patangnya atu hujan tuun kia labat jua la, ingatkan batah, upanya nda jualah. taduh tah jua bainut. hehe.. Jadinya, poogem atu stat jam 8 satangah la camatu. Mun kamu kan tahu, Tuhan nganyatahu asa batis kami kan sajam nunggu TYT datang die2 ah pantas malam atu bajual muha (hantap jua, haha).. sangal yoo... ahenya dalam 8.30 tu datang tah jua TYT. Abis jua daita badia batah atu.

TYT disambut dgn selawat ka atas Nabi dan ditauskan dgn pancaragam pulis lagu Negeri Sarawak. Salasai saja lagu naagi atu, kumpulan Marhaban lagi dan satausnya kumpulan Amani. Mjlis disambung dgn ulasan katua hakim dan segala2 ucapan ulih uang basa2. Johan Qari dan Qariah bilang uwang dai Kuching utk Qari dan MUkah utk Qariah. Tahniah dan Syabas.... Majlis tamat dalam kul 11 lalu miatu.. So kapada yang inda hampit datang saiatu, dai ai 1, 9 haibulan sampai 12  setu, andang ugilah, bila lagi masa kitani kan manyukung industri Islamic kitani di Lawas ani khasnya, di Sarawak ani amnya.

Kapada yang talibat dalam poogam ani samada sacaa langsung atau nda langsung syabas kaana talah manjayakan poogam Islam yang mulia ani...
Salam Ukhuwah dan Salam perpaduan....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved