ads

Selasa, 21 Jun 2011

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Pusak Cute: Karnival Mesra Belia <b>di Mukah, Sarawak</b>

Posted: 19 Jun 2011 12:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Karnival Mesra Belia di Mukah, Sarawak. 12 - 13 Mac 2011. Posted by Adiermi O'mida at 12:41 AM. 0 comments: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom) · Related Posts Plugin for WordPress, ...

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Sejarah <b>Sarawak</b>: Bahagian <b>Samarahan</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:35 AM PDT

SAMARAHAN

Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari sebelas bahagian di Sarawak. Ibu daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan mempunyai luas 4,967.4 km persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000.
Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan.
Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.
Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lawatan KSU ke <b>Miri</b> | Portal Berita iKDN

Posted: 29 May 2011 08:26 PM PDT

Sekali lagi Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Mahmood bin Adam ke Miri, Sarawak pada 21 Mei 2011 untuk meninjau pembangunan dan kebajikan di dua lokasi iaitu Depoh Tahanan Imigresen Bekenu serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQS) Sungei Tujoh di Miri, Sarawak.

Kunjungan beliau ke Miri ini turut disertai oleh beberapa Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri untuk bersama memastikan setiap permasalahan dari segi projek serta struktur pembangunan sempurna dilaksanakan di dua lokasi tersebut.

Setelah selesai sesi lawatan KSU di Depoh Tahanan Imigresen Bekenu, beliau sempat mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dan menyaksikan satu acara sukaneka yang dianjurkan bersama Pasukan IPD Miri serta Pasukan Polis Bantuan.

Kemudian, satu Majlis Ucapan Terima Kasih juga diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club yang dihadiri oleh kesemua anggota RELA kaum Cina di Miri. Majlis ini dapat diraikan dengan sungguh meriah serta turut diadakan satu acara penyerahan kenderaan kepada Pasukan Anggota RELA di Miri dan ini menunjukkan tanda sokongan kuat kaum Cina terhadap penubuhan pasukan RELA.

Sesi petang pula, lawatan disambung ke CIQS Sungei Tujoh, Miri bagi melihat perkembangan pembinaan pintu masuk sempadan Malaysia – Brunei. Lawatan ini dimulakan dengan satu taklimat penugasan dan operasi daripada Ketua Imigresen CIQS Sungei Tujoh.

KSU ketika mengulas perkara berkenaan, beliau meminta kesemua anggota di sempadan tersebut memastikan pembinaan dapat dibuat dengan efisyen dan menampakkan imej yang baik kepada Negara kita. Petugas-petugas serta pembangunan di pintu masuk sempadan merupakan petunjuk imej awal kepada pelancong yang berkunjung ke Negara ini.

Lawatan kerja sehari Dato' Sri Mahmood bin Adam ke Miri ini diakhiri dengan Majlis Makan Malam di Miri Marriot Resort & SPA bagi meraikan petugas-petugas Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-10 setelah berjaya memastikan Pilihanraya tersebut telah berjalan dengan lancar.

, , , , , Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Hidup Hanya Sekali: Marine Field Work <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:55 AM PDT

pada 17-19 Jun 2011 hari sabtu hingga ahad, subjek marin dan invertebrata air tawar mengadakan satu kerja lapangan bagi mengkaji diversity of marine invertebrates from low high tide to low tide. kami dikehendaki mengkaji kepadatan dan kepelbagaian spesis invertebrata marin yang terdapat di kawasan kajian iaitu di tanjung batu.
perjalan mengambil masa 10 minit menaiki bot dari kawasan pantai menuju ke tanjung tersebut. hari kejadian adalah pada hari sabtu. ketibaan kami di lundu adalah pada sebelah malam di kawasan penginapan.kerja lapangan dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengah hari. kami dikehendaki mengira kecerunan dari kawasan high tide ke low tide menggunakan kaedah manual walaupun alat rangefinder dibekalkan. di sepanjang garis transek yang dilakukan iaitu sepanjang 50 meter, 5 kuadrat dengan 2 replika setiap satu kuadrat pada setiap stesen 10 meter dari garis permulaan dilakukan.bilangan individu dan spesis yang terdapat dalam petak kuadrat 0.5 meter persegi dicatat dan setiap satu spesis dibawa pulang ke tempat penginapan untuk melakukan proses identifikasi spesis menggunakan monograf.

sebelah malam, barbeku ikan dan ayam dibuat oleh pembantu makmal yang ada. malangnya, banyak makanan tidak habis kerana terlalu banyak yang dipanggang. tambahan pula. bilangan pelajar hanya ada 15 orang merangkumi 14 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki iaitu aku. memanglah tak habis. tapi apa-apa hal, pantai tu memang cantik. air biru bersih takdak pencemaran. tapi kat pasir tepi pantai tu yang sakit hati taik besepah. chett.

ahad pagi, pelajar dibenarkan mandi manda di pantai sebelum taklimat terakhir oleh profesor shabdin long sementara menunggu ketibaan bas pulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Sejarah <b>Sarawak</b>: <b>Sarikei</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:47 AM PDT

SARIKEI

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.
Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.
Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MUJAHIDEEN ISLAM: Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu" <b>Di</b> Perkampungan <b>...</b>

Posted: 01 May 2011 10:21 PM PDT




Salam alayk'. Perjalanan berkampung selama dua hari  iaitu pada 30hb April hingga 1 Mei 2011 di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak memberikan seribu makna buat penulis. Program Ekspedisi Dakwah yang dinamakan "Kembara Ilmu" ini dianjurkan dengan oleh organisasi penulis dengan kerjasama daripada Darussyifa', Jabatan Kesihatan Negeri, Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga JAKIM Cawangan Sarawak.


Tidak dinafikan dua tarikh program untuk ekspedisi ini menyebabkan penulis tidak dapat memberikan komitmen pada dua program yang lain kerana berlaku pertembungan. Sebelum itu, penulis meminta maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat agung (muktamar) yang merupakan medan muhasabah khususnya untuk para-para penggerak dakwah di bumi kenyalang yang dijadualkan diadakan di Sibu dan juga kepada sahabat mahasiswa daripada UNIMAS yang telah menjemput penulis untuk memberi pengisian di dalam program yang dijalankan, namun permintaan itu tidak dapat penulis penuhi.


Jalan Masuk Kampung & Anak Angkat






Perjalanan masuk ke kampung Senah Rayang daripada jalan utama sangat 'mencabar'. Jalan yang rosak dan tidak diperbaiki menyebabkan penulis berasa semacam berada di dalam roller-coaster biarpun menggunakan kenderaan 'pick-up' Ford Ranger. Sedang dalam perjalanan, penulis mendengus di dalam hati, "Siapalah pemimpin masyarakat di daerah ini??"




Selesai slot pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh dua pihak iaitu Jabatan Kesihatan Negeri (perubatan moden) dan Darussyifa' (perubatan alternatif). Slot "Pembahagian Anak Angkat" bermula dengan melibatkan penduduk keluarga Kg. Senah Rayang yang majoritinya berbangsa Bidayuh Islam. Penulis yang mendapat "mak angkat" iaitu Puan Rohani dan tiga orang adik angkat iaitu Akhmal (Mai), Haikal dan Azri. Alhamdulillah, mereka sungguh mesra terutama gelagat Azri yang sentiasa tidak lepas dari memegang tangan penulis dan seringkali mengajar penulis berbahasa Bidayuh.


Forum Bicara Ummah: "Akhlak Islamiyyah"


Pada sebelah petang hari yang pertama pula diadakan program riadhah bersama penduduk kampung iaitu dengan acara-acara menarik seperti perlawanan bola sepak (lelaki/bapa/belia), mengupas kulit epal (wanita/ibu) dan sukaneka (kanak-kanak), pada sebelah malamnya pula diadakan "Forum Bicara Ummah" dengan tajuknya "Akhlak Islamiyyah".


Dengan taklifan penulis yang menjadi moderator forum dan dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Kariah Bin Abd Rahman (Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak yang juga lulusan Ijazah Sarjana Dakwah & Kepimpinan dari UKM), Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain (Pensyarah Politeknik Kuching dengan kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari UTM Skudai) dan Ustazah Zainab Binti Mohd Ahmad (Pensyarah Politeknik Kuching lulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (Jinayah & Siasah) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara). Dengan kemantapan tiga orang ahli panel ini, slot forum pada malam itu berjalan dengan lancar dan proses perkongsian ilmu menjadi lebih mudah ditambah dengan senda gurau yang menjadi daya tarikan ahli panel.

Air terjun Kg. Senah Rayang

Pada hari terakhir, ceramah motivasi dilakukan di dua tempat pada masa yang sama iaitu Seminar Keibubapaan (ibu/bapa) di Surau dan Motivasi Pelajar (belia/kanak-kanak) di Dewan Serbaguna Kg. Senah Rayang. Majlis perasmian penutupan program ini diadakan pada jam 11.30 tengahari juga di dewan serbaguna kampung tersebut.


p/s: Penulis insyaALlah akan 'upload'kan keseluruhan gambar pada entri yang seterusnya. Waterfall Kg. Senah Rayang, tidak akan kulupakan!




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved