11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Lawatan KSU ke <b>Miri</b> | Portal Berita iKDN Posted: 29 May 2011 08:26 PM PDT Sekali lagi Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Mahmood bin Adam ke Miri, Sarawak pada 21 Mei 2011 untuk meninjau pembangunan dan kebajikan di dua lokasi iaitu Depoh Tahanan Imigresen Bekenu serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQS) Sungei Tujoh di Miri, Sarawak. Kunjungan beliau ke Miri ini turut disertai oleh beberapa Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri untuk bersama memastikan setiap permasalahan dari segi projek serta struktur pembangunan sempurna dilaksanakan di dua lokasi tersebut. Setelah selesai sesi lawatan KSU di Depoh Tahanan Imigresen Bekenu, beliau sempat mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dan menyaksikan satu acara sukaneka yang dianjurkan bersama Pasukan IPD Miri serta Pasukan Polis Bantuan. Kemudian, satu Majlis Ucapan Terima Kasih juga diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club yang dihadiri oleh kesemua anggota RELA kaum Cina di Miri. Majlis ini dapat diraikan dengan sungguh meriah serta turut diadakan satu acara penyerahan kenderaan kepada Pasukan Anggota RELA di Miri dan ini menunjukkan tanda sokongan kuat kaum Cina terhadap penubuhan pasukan RELA. Sesi petang pula, lawatan disambung ke CIQS Sungei Tujoh, Miri bagi melihat perkembangan pembinaan pintu masuk sempadan Malaysia – Brunei. Lawatan ini dimulakan dengan satu taklimat penugasan dan operasi daripada Ketua Imigresen CIQS Sungei Tujoh. KSU ketika mengulas perkara berkenaan, beliau meminta kesemua anggota di sempadan tersebut memastikan pembinaan dapat dibuat dengan efisyen dan menampakkan imej yang baik kepada Negara kita. Petugas-petugas serta pembangunan di pintu masuk sempadan merupakan petunjuk imej awal kepada pelancong yang berkunjung ke Negara ini. Lawatan kerja sehari Dato' Sri Mahmood bin Adam ke Miri ini diakhiri dengan Majlis Makan Malam di Miri Marriot Resort & SPA bagi meraikan petugas-petugas Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-10 setelah berjaya memastikan Pilihanraya tersebut telah berjalan dengan lancar. |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan