ads

Ahad, 17 November 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Padang golf dirancang <b>di Sri Aman</b> – BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 10:19 AM PDT

Posted on October 20, 2013, Sunday

TANDA INGATAN: Harden (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari pada perasmian Pesta Benak Sri Aman 2013, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) ialah Snowdan, Dr Rayong, Masir dan Johnathan.

SRI AMAN: Kementerian Pelancongan merancang untuk mewujudkan sebuah padang golf dan jeti apungan bagi memacu ekopelancongan di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan padang golf berkapasiti 18 lubang terbabit untuk kegunaan pelancong sebelum mereka menyusuri Sungai Batang Lupar.

Justeru, turut dirancang ialah jeti apungan untuk membolehkan pelancong meninjau habitat buaya di Sungai Batang Lupar dengan menggunakan bot, ujarnya.

"Dua pelan itu adalah usaha kerajaan untuk membolehkan para pelancong asing terutama dari China, Korea dan Jepun untuk memanfaatkan kemudahan ekopelancongan sebelum meninjau fenomena benak di sini," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2013 di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kementerian menerusi pelan itu juga bercadang menghubungkan kawasan Batang Ai, Bakun dan Murum dengan pengangkutan feri udara.

"Tujuannya bagi membolehkan para pelancong melawat kesemua kawasan flora dan fauna di tiga kawasan terbabit menerusi feri udara," jelasnya.

Mengulas mengenai pesta tersebut, Abang Johari berkata fenomena benak di Sungai Batang Lupar merupakan ikon pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong.

"Ia perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dalam ucapannya berkata, usaha berterusan untuk mempromosikan benak di Sungai Batang Lupar diharap dapat mempopularkan Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia.

"Ternyata benak Sungai Batang Lupar merupakan antara kejadian ajaib dunia.

Ia merupakan yang keempat terbesar di dunia dan semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

"Kehadiran peluncur antarabangsa ke pesta tahun ini juga satu cara untuk mempromosikan Pesta Benak Sri Aman melalui bahan cetakan, media massa dan laman sesawang," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman Johnathan Lugoh.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Nelayan Tangkap Ikan Aneh <b>Di Miri</b>, <b>Sarawak</b> | MalaysiaSensasi.Net

Posted: 08 Nov 2013 03:30 PM PST

Admin | 11/09/2013 |

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan. 

Katogeri: , ,

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2013 07:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 07:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Persatuan golf bantu mangsa kebakaran <b>di</b> Sibu, <b>Saratok</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 12:55 PM PDT

Posted on July 21, 2013, Sunday

KUCHING: Persatuan Golf Cina Sarawak (SCGA) dan Persatuan Golf Dayak Sarawak (SDGA) berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir, Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok.

Kutipan itu dijalankan menerusi pertandingan golf amal di Kelab Golf Sarawak, Kuching, Sibu dan Miri yang dilaksanakan serentak semalam.

Kesemua hasil kutipan amal itu akan disalurkan kepada  mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir, Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok, masing-masing RM20,000 dan RM10,000.

Majlis penyerahan replika cek sumbangan disempurnakan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom yang disampaikan Presiden SDGA yang juga ADUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh dan Presiden SCGA Augustine Chin Lee Hin di Kelab Golf Sarawak, Kuching semalam.

"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif yang diambil oleh SDGA dan SCDA dalam bersama-sama membantu mangsa kebakaran dengan menganjurkan pertandingan amal ini.

"Walaupun ia tidak seberapa, namun usaha ini amat baik sebagai contoh dan diharapkan dapat diteruskan," kata Mawan ketika ditemui.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Saratok berkata, wang itu akan diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok.

"Justeru, saya berharap lebih ramai lagi persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif seperti ini dalam bersama-sama melakukan aktiviti amal untuk mereka yang memerlukan di negeri ini," katanya.

Tegasnya, usaha membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi memerlukan penglibatan semua pihak termasuk NGO.

"Kesedaran masyarakat dalam bersama-sama melakukan aktiviti amal seperti ini amat diperlukan agar mereka yang memerlukan dapat dibantu," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved