ads

Ahad, 23 Disember 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


PERKESO rancang buka pejabat baharu <b>di Limbang</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 12:05 PM PST

Posted on December 22, 2012, Saturday

KUCHING: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak merancang untuk membuka sebuah lagi pejabat baharu di Limbang.

Pengurus Cawangan Khidmat Pelanggan, Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat PERKESO Chan Hood Cheng berkata, perkara itu masih di tahap cadangan dan penelitian sedang dilaksanakan.

Beliau menjelaskan cadangan untuk membuka pejabat baharu di Limbang itu bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan PERKESO seperti tuntutan, pendaftaran dan sebagainya.

"Sekarang ini mereka yang mahu berurusan dengan kita terpaksa berjalan jauh iaitu ke Miri untuk menyelesaikan urusan mereka.

"Sebab itu, saya lihat keperluan untuk membuka sebuah lagi pejabat baharu di Limbang amat bertepatan dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah berkenaan PERKESO pada Seminar PERKESO Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Chan menjelaskan kini Sarawak mempunyai lapan pejabat di seluruh negeri iaitu di Kuching, Bintulu, Sri Aman, Miri, Sarikei, Kapit dan Sibu.

Pada masa sama, beliau menyeru pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO) agar memperluaskan ilmu tentang kemudahan yang disediakan PERKESO untuk membantu golongan memerlukan.

"Ramai di antara pencarum PERKESO tidak mengetahui tentang faedah dan kemudahan yang ada disediakan, justeru untuk menyebarkan maklumat ini, kita amat berharap media dapat membantu kita termasuklah NGO di negeri ini," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Masjid Kampung Sekaan <b>Matu Sarawak</b> - my.Mustaffa

Posted: 17 Apr 2011 08:56 AM PDT

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam.

Sebelum kedatangan Islam, sama seperti kaum lain di Negeri Sarawak, masyarakat Melanau di Matu turut mengamalkan kepercayaan bercorak animisme dan mempercayai sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kuasa ghaib. Walaupun pada masa kini Matu merupakan salah sebuah kawasan penempatan utama masyarakat Melanau Islam, sebelum kedatangan agama itu, kaum ini tidak mempunyai agama dan hanya mengamalkan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan mempengaruhi budaya masyarakat ini terutama dalam soal kehidupan, kematian, perkahwinan dan sebagainya. Sebagai contoh, perayaan pesta Kaul yang disambut pada bulan April setiap tahun dikaitkan dengan menghormati 'ipok' atau kuasa ghaib yang menjaga laut.

Pada masa dahulu ketika kaum ini belum mempunyai agama atau 'Melanau pagan', perayaan ini diadakan untuk menjamu 'ipok' yang sentiasa menjaga laut dengan harapan agar penduduk-penduduk kampung memperoleh tangkapan yang banyak dan selamat semasa berada di perairan. Ia juga sebagai upacara memohon perlindungan agar penduduk-penduduk kampung tidak dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, masyarakat Matu juga mengamalkan upacara 'sare' atau rumah terbuka selama tujuh hari berturut-turut apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Rumah si mati akan dikunjungi saudara-mara dan masyarakat setempat yang mengenali beliau atau keluarganya. Namun demikian, selepas Islam bertapak di sini, amalan itu tidak diamalkan lagi dan ia ditukar dengan majlis tahlil, bacaan surah Yasin, sembahyang berjemaah, kenduri arwah dan sedekah.

Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak (ketika itu dikenali sebagai Borneo), sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Menyingkap sejarah ringkas kedatangan Islam di Matu, ia bermula setelah Pangeran Salleh Pangeran Ishak datang dari Brunei untuk menjalankan urusan perniagaan. Setelah lama menetap di di sini, Pangeran Salleh telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Kampung Sekaan, Matu. Di samping menjalankan kegiatan perniagaan, Pangeran Salleh turut menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk Kampung Sekaan. Akhirnya, beliau menjadi orang penting dalam penyebaran Islam di seluruh kawasan Matu. Sejak itu, pengaruh Islam mulai berkembang dan tersebar dari satu penempatan ke perkampungan lain dan akhirnya Matu dihuni oleh kebanyakan masyarakat Islam sehinggalah ke hari ini.

Sumber : http://telecentre.my/kampungsekaan/index.php/ms/sejarah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved