Selasa, 17 Julai 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Peristiwa <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 03:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sebagai seorang wakil kepada penduduk di Pekan Marudi Baram, Sarawak ini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada pemimpin nombor satu kita iaitu DATUK SERI MOHD. NAJIB RAZAK kerana ...

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


dayak <b>sarawak</b>: Rakyat <b>Lubok Antu</b> Tolak SWP !

Posted: 16 Jul 2012 11:41 PM PDT


LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Buruh Sarawak (SWP) Larry Sng Wei Shien yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau ak Badak pada pilihan raya Umum Ke-13 nanti umpama 'mencurah air ke daun keladi'.
Ini berkutan pengundi di Parlimen Pilihan Raya Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka.
Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masi Kujat di Sri Aman.
Timbalan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Cr Bangkong ak Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding yang dihuni majoriti kaum Iban ini adalah ditolak sama sekali.
Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka.
Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya.
"Kami di sini fobia  sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry  orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," katanya kepada Utusan Borneo, di sini, semalam.
Sehubungan itu Cr Bangkong mengajak pengundi di pilihan raya Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Dato Sng Chee Hua itu sekirnya hasrtanya  hendak menentang Nyalau akan menjadi kenyataan kelak.
'SWP ini bukan parti mesra BN seperti mana pemimpin mereka war-warkan tetapi ia adalah parti pembangkang dengan bertujuan untuk memesong fikiran kaum Dayak terutama Iban di kawasan pedalaman," ujarnya.
Larry yang berkerunan Cina dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal Kapit.
Sebelum ini Larry berhasrat  hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau .
Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat  sambutan dingin dikalangan pengundi di Selangau.
Sementara itu Timbalan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Cr Sibat Krutap menasihatkan pengundi-pengundi di kawasan Lubok Antu terutamanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau  di Parlimen Lubok Antu.
Menurutnya,  pengundi di sini  harus menolak Larry ini yang bukan asal orang dari Lubok Antu.
"Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini,
Cukuplah kami alami di DUN Engkilili yang menyokong  bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini.
Ketika itu kami di sini menerima kritikan hebat daripada orang luar  Engkilili yang mengatakan apa orang di Engkilili tidak ada orang pandaikah apabila memilih Heng San ketika itu," jelas beliau.
Sehubungan itu SUPP cawangan Engkilili akan menyokong Nyalau pada pilihan raya umum kali ini berikutan Nyalau bukan sahaja amat berkerjsama dengan Anggota DUN Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa malah seorang yang rajin bekerja menjenguk rakyat di Lubok Antu.

ads