ads

Sabtu, 11 Februari 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Johor-<b>Sarawak</b> Pineapple « Hidup Suatu Pendakian

Posted: 07 Feb 2012 09:35 AM PST

Maulidur-Rasul 2012

Tahun ini aku menyambut maulidur-rasul dengan acara istimewa. Kami yang terdiri dari 10 orang aktivis IKRAM Johor telah berkunjung ke Sarawak untuk menuntut ilmu dari sahabat kami di bumi Kenyalang. Dengan menaiki pesawat Air Asia, kami sampai 25 minit lebih awal dari jadual. Mmm… is it good or is it bad???

Kami disambut mesra oleh akh Abdul Rahman Hassan yang telah tiba lebih awal. Beberapa minit kemudian, dua buah lagi kereta sampai untuk membawa rombongan kami ke destinasi pertama – makan tengahari dengan hidangan tempatan yang begitu lazat rasanya.

Dari situ kami berpecah – rombongan wanita ke tempat yang lain dan rombongan lelaki singgah sebentar di sebuah rumah dan seterusnya bertolak ke pendalaman untuk menghadiri program yang telah disusun. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di masjid Darul Iman, Daerah Bau.

Masjid Darul Iman, Daerah Bau, Sarawak

Kampung Segubang, Bau.

Kampung ini letaknya di pendalaman tidak jauh dari Pekan Bau, Sarawak. Masyarakatnya terdiri dari suku Bidayuh, dan di situ terdapat  lebih kurang 300 penduduk Islam, sebahagiannya tinggal di situ dan ada juga yang bekerja di luar kawasan. Suasana masyarakat amat  harmoni dan segala urusan kebajikan, kebudayaan dan keagamaan disokong bersama oleh masyarakat setempat dengan penuh hikmah tanpa mengira perbezaan agama. Oleh kerana penduduk tempatan perlu bangun awal untuk bersiap ke kebun getah, bacaan al-quran dan seruan azan subuh di awal pagi disambut baik semua pihak, walaupun lebih ramai penduduk yang bukan beragama Islam.

Bersama Masyarakat Bidayuh di Segubang

Kami di bawa ke situ bagi menjayakan ceramah Maulidur-Rasul yang disampaikan oleh Haji Ainullotfi, TYDP IKRAM Johor. Selepas selesai ceramah, kami dijamu dengan hidangan tempatan yang amat lazat, sambil berbual panjang dengan penduduk tempatan.

Gunung Stan yang penuh sejarah bermisteri dan sarang burung bermutu

Sarang Burung Gunung Stan

Di pinggir Kg. Segubang, terdapat Gunung Stan yang mengeluarkan hasil sarang burung yang dikongsi bersama oleh penduduk Segubang dan kampong di sebelahnya. Secara bergilir mengikut tahun, sarang burung dikumpul dari gunung itu oleh penduduk secara berkumpulan dan tersusun. Setiap bulan mereka mengutip hasil yang lumayan.

Azan dikumandangkan oleh Taufik, anak kepada Us Asmuin Munir @ Ustaz Kancil

Erti Pengorbanan

Hatiku merasa begitu teruja bila mendengar cerita insan yang bergelar Ustaz Kancil. Semasa beliau menjejakkan kaki di Kampung Segubang, terdapat 2 orang Islam tinggal di sana. Beliau yang kini berusia 49 tahun, telah menghabiskan 19 tahun hidup bersama masyarakat di sana, mendidik masyarakat supaya memahami dan mengamalkan Islam di samping menabur pelbagai bakti kepada penduduk tanpa mengira agama. Dalam tempoh itu pelbagai pengalaman pahit manis telah ditempuh, kesukaran demi kesukaran yang mengancam kehidupan, malah nyawa  telah dilalui.

Bila melihat wajah yang bersih itu, aku teringat kepada sirah kehidupan para sahabat. Itulah yang telah dilakukan oleh Muaz bin Jabal yang dihantar ke Yaman dan Mus'ab bin Umair yang dihantar ke yathrib. Itulah juga yang telah dilakukan oleh ribuan para sahabat dan tabiin yang telah meninggalkan kampong halaman dan terus memikul tanggung jawab sebagai penyambung risalah yang dibawa oleh penutup Para Rasul, Muhammad s.a.w. Tidak hairanlah kita boleh mendapati kubur-kubur golongan awal pendokong dakwah bertaburan di merata dunia dan bukannya di kampung halaman mereka sendiri. Mereka memahami erti pengorbanan. Dan Ustaz yang bertubuh kecil itu juga memahaminya.

Di saat itu aku merasa sungguh kerdil. Tidak sanggup rasanya untuk aku terus berbicara tentang pengorbanan sedangkan aku hanya mampu menyumbang sisa-sisa masa. Semoga Allah s.w.t. memudahkan kehidupan beliau dan menyampaikan beliau ke tanah suci Mekah seperti yang dihajatkan. Sesungguhnya dia telah memilih jalan yang paling baik, berjihad dengan masa, harta dan diri untuk agama Allah.

Kampung Gersik

Pusat Bandaraya Kuching dilihat dari Kg Gersik

Kampung Gersik terletak di tepi Sungai Sarawak, bertentangan dengan Pusat Bandaraya Kuching. Ianya sudah terkenal dengan perusahaan Kek Lapis Sarawak. Lokasinya yang strategik  kini menimbulkan keresahan penduduk tempatan tentang masa depan. Adakah mereka akan senasib dengan banyak kampung-kampung lain di Singapura, Kuala Lumpur dan sebaginya? Adakah tanah tumpah darah mereka akan diambil demi membangunkan pojek yang lebih strategik dan mewah dan mereka dipindahkan ke tempat lain – ianya sentiasa bermain di kepala penduduk tempatan. Pagi Isnin (Semalam), Aku dan beberapa sahabat bersolat subuh di surau Kg. Gersik, dan diikuti dengan kulian subuh yang disampaikan oleh Haji Roslan, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Johor.  Sekumpulan sahabat yang lain pula bersolat dan berkuliah subuh di masjid berdekatan.

Nanas Josapine

Satu masa dulu aku dikenalkan dengan nenas Josapine. Aku menyangkakan namanya Josephine, macam nama orang. Rupa-rupanya aku diberitahu (betul atau tidak, aku tidak pasti), JoSaPine adalah Johor-Sarawak Pineaple, satu spesis nenas yang telah dibangunkan dan mempunyai rasa yang manis, rangup dan jus yang banyak. Ianya kini menjadi kegemaran untuk dimakan begitu saja. Menurut sumber lain, nenas ini berasal dari Amerika Selatan.

Sebahagian dari AJK IKRAM Johor dan Sarawak yang bersama dalam perbincangan (Turut bersama kami ialah Prof Omar - AJK IKRAM Pusat)

Usaha sama IKRAM – Johor dan Sarawak

Sama ada cerita tentang nanas josapine itu benar atau tidak, rasanya baik dan hasilnya lumayan. Begitulah juga apa yang kami inginkan dengan usaha sama IKRAM Johor dan IKRAM Sarawak. Lawatan kami ke Sarawak ialah untuk menjalen usaha sama dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah, kerana kami berkeyakinan bahawa gabungan dua pengalaman yang berbeza ini akan memberikan manfaat yang banyak kepada ummah.

Jalan ke hadapan telah tergaris (bersama Ustaz Dr Azhar - YDP IKRAM Sarawak)

Alhamdulillah, setelah sehari berdiskusi, jalan ke hadapan berjaya dilakarkan dan dipersetujui bersama. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberikan taufik dan hidayah kepada kami semua.

Beberapa Foto menarik

Tidak pernah dilihat jenama beras sebegini di semenanjung. Beras Cap Uncle Tan dan cap Amoi??? Itulah strategi pemasaran. Gunakan jenama yang sesuai di tempat yang sesuai, walaupun produknya sama.

Buah Tampoi - rasanya seperti buah rambai, tetapi lebih kering. Berkulit tebal dan kurang berair berbanding buan rambai. Seperti rambai, tampoi muncul di penghujung musim buah

Mee Kolok. Yee mee dituang sup dan cili kicap. Mmm enak.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Tidak perlu bawa ke mahkamah jika gagal dapat BR1M: Andrew <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 04:53 PM PST

by Reno Benjamin. Posted on February 10, 2012, Friday

Pemberian BR1M bukti keikhlasan k'jaan bantu rakyat berpendapatan rendah

ANDREW SHILLING

SIBU: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berasa tidak berpuasa hati kerana gagal mendapatkan bantuan tersebut, tidak perlu membawa perkara terbabit ke mahkamah.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit berkata, pemberian BR1M menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat terutama keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Selagi isi rumah terbabit layak menerima bantuan, mereka akan mendapat bantuan ini.

"Sebagai contoh di rumah panjang, satu pintu bilik ada yang didiami sehingga tiga keluarga dan kesemua mereka boleh memohon bantuan.

"Selagi ketiga-tiga keluarga ini memenuhi syarat, mereka layak dan akan menerima bantuan terbabit.

"Bantuan ini diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira sama ada mereka menyokong kerajaan atau tidak.

"Oleh itu, tidak perlu bagi pemohon yang gagal untuk membawa perkara ini ke mahkamah," ujarnya ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Richard Wong Ho Leng.

Wong dalam kenyataan kelmarin menyeru pemohon yang gagal mendapat BR1M agar membawa kes mereka ke mahkamah untuk diselesaikan, memandangkan peluang bagi mereka berjaya memenangi kes adalah besar.

Menurut Andrew, jika pemohon membawa kes ke mahkamah, mereka mungkin terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi bagi membayar khidmat guaman, semata-mata ingin mendapatkan bantuan sebanyak RM500 tersebut.

"Bagi penduduk di rumah panjang, tidak perlu bagi mereka membawa perkara ini ke mahkamah. Pemohon masih mempunyai banyak masa untuk merayu," ujarnya sambil menambah dengan membawa kes ke mahkamah, ia hanya akan menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Menyentuh mengenai dakwaan Wong mengatakan ramai pemohon yang terpaksa menuntut baucar BR1M di tempat lain dan bukannya mengikut tempat mengundi, Andrew tidak menafikan perkara tersebut sememangnya ada berlaku.

Malahan katanya, beliau sendiri telah menerima hampir 20 kes di mana pemohon dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan terpaksa menuntut baucar mereka di tempat lain seperti di Daro, Dalat, Balingian, Jemoreng, Selangau dan sebagainya.

"Ini mungkin disebabkan berlaku kesilapan ketika mengisi tempat mengundi iaitu pada ruangan bagi kerusi DUN dan Parlimen pada borang permohonan," jelas Andrew sambil memberitahu akan merujuk perkara itu kepada Pejabat Residen dan Pejabat Daerah untuk diselesaikan.

Ditanya sama ada pembangkang akan menggunakan isu BR1M bagi membangkitkan sentimen rakyat pada Pilihan Raya Umum nanti, beliau memberitahu pembangkang tidak perlu berbuat demikian.

Sebaliknya jelas Andrew, pihak pembangkang harus menyokong bantuan yang diberikan kepada rakyat tersebut, yang memberi banyak manfaat kepada rakyat negara ini.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved