ads

Isnin, 3 Jun 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Pandelela terharu pusat akuatik baharu <b>di Bau</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 02:20 PM PDT

Posted on May 5, 2013, Sunday

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berasa terharu dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina pusat akuatik baharu di Bau sebagai menghargai pencapaiannya dalam sukan terjun.

Katanya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan negeri atas inisiatif untuk memajukan sukan akuatik di tempat kelahirannya.

"Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana menghargai sumbangan saya selama ini dengan membina sebuah lagi pusat akuatik di Bau.

"Saya harap dengan adanya pusat akuatik baharu itu, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai atlet terjun bukan sahaja dari Bau tetapi dari seluruh negeri," katanya di sini semalam.

Olahragawati Kebangsaan 2011/2012 itu juga yakin Sarawak bakal menjadi lubuk penerjun negara kerana inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memajukan sukan berkenaan di sini.

Justeru, beliau menasihati atlet-atlet muda agar tidak mensia-siakan fasiliti sedia ada dan cuba mengharumkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pandelela, beliau akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Keputusan membina sebuah lagi pusat akuatik disuarakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom pada Khamis lalu sebagai menghargai jasa serta sumbangan Pandelela dalam sukan terjun.

Katanya, kejayaan bersejarah anak Bidayuh itu memenangi gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu adalah sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja negara malah bagi seluruh penduduk Sarawak.

Pandelela memecah tradisi muncul sebagai wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan berprestij dunia itu.

"Projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia 2015-2020 dan akan menelan belanja berjumlah RM14 juta.

"Pusat akuatik tersebut akan dibina berhampiran Stadium Mini Bau dan bakal menjadi pusat sukan bersepadu di daerah tersebut," kata Mawan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


She&#39;s Vicke Syarifah: Surrey Bike <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 01:09 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lama bebenor rase nyer QiQy tak berceloteh di laman ni.Rindu yang teramat mak aii....susah nak cakap aar kat korunk..Yela..Baiklah.QiQy janji akan hapdet sekerap mungkin aw..Suke tak?? heee..Jemput singgah selalu k.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 May 2013 01:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 May 2013 01:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CALON PAKATAN BERTARUNG DENGAN BUAYA <b>DI SRI AMAN</b>

Posted: 17 Apr 2013 04:11 AM PDT


Satu lagi tamparan buat Anwar, baru Bian  dan PKR Sarawak apabila bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak yang popular dengan jolokan "the Crocodile Man",  Wilfred Landong meninggalkan PKR dan menyertai SWP.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut yang pasti memberikan tamparan hebat kepada reputasi PKR Sarawak khasnya di Sri Aman semalam, Landong berkata PKR bukanlah platform terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Selepas membuat kajian terperinci mengenai PKR, saya lebih mempercayai  SWP," katanya.
Mulai awal tahun ini Landong merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PKR, namun harapannya musnah apabila akibat perbuatan sesetengah pihak dalam PKR negeri yang suka "main cucuk belakang" maka namanya digantikan dengan Nicholas Mujah yang merupakan kuncu rapat Baru Bian.

Selain daripada itu, Pakatan juga berhadapan dengan masalah besar di Sri Aman apabila DAP dan PKR terus berebut untuk menamakan calon masing-masing untuk kerusi tersebut. DAP sempena lawatan Lim Kit Siang ke bandar tersebut tempohari telah menamakan Leon Jimat Donald sebagai calon. Bagaimana pun Anwar beberapa hari lalu menamakan pula Nicholas Mujah, membuat para penyokong kedua-dua parti bertelagah.

Dengan perkembangan ini, calon BN Nasir Kujat akan berdepan dengan Wilfred Landong (SWP) dan mungkin kedua-dua calon DAP dan PKR.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Jumlah anggota RELA <b>di Samarahan</b> bertambah – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 03:04 PM PDT

Posted on May 26, 2013, Sunday

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini mempunyai ahli berdaftar seramai 6,020 orang di seluruh Samarahan sekali gus mampu dijadikan sandaran dalam aspek keselamatan di peringkat akar umbi menerusi pendekatan yang lebih berkesan.

Wakil Pengarah RELA Negeri PPRD Nor Azizah Bakawi berkata, peningkatan jumlah keahlian RELA di Samarahan amat memberangsangkan kerana kini lebih ramai masyarakat gemar melibatkan diri dalam badan-badan sukarela beruniform.

Malah, Sarawak kini mempunyai anggota RELA seramai 225,017 orang yang dijangka akan terus meningkat.

"Bilangan anggota RELA di Samarahan meningkat saban hari dan sehingga hari ini (semalam), jumlah anggota berdaftar adalah melebihi 6,020 orang.

"Oleh itu, saya menyeru agar anggota RELA Samarahan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan nama dan menaikkan imej pasukan RELA di negara ini amnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra dan Penyampaian Khidmat Bakti RELA di Dewan Kampung Muara Tuang di sini, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri lebih 200 anggota RELA Samarahan turut menyaksikan beberapa anggota RELA menerima bantuan kebajikan.

"Ini adalah bagi menghargai jasa anggota RELA yang telah lama berkhidmat dalam pasukan dan diharap dapat meringankan beban anggota RELA khususnya mereka yang kurang berkemampuan dan anggota kurang upaya," tambahnya.

Antara bantuan yang telah diagihkan pada majlis tersebut termasuk alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, barangan keperluan harian dan juga bantuan lampin pakai buang kepada anggota RELA yang telah dikenal pasti.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Krisis, Gelora dan Dilema Calon <b>di Saratok</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 17 Apr 2013 08:41 PM PDT

 

Rudi Affendi Khalik

 

 

Gelora jelas membadai Parlimen P205 Saratok apabila ahli-ahli SPDP Bahagian Krian dan Kalaka membayangkan kekecewaan mereka terhadap pengguguran Jelaing Mersat sebagai calon BN Saratok pada PRU kali ini.

 

Bagi mereka, ini satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka selama ini, yang yakin BN tetap utuh di parlimen tersebut.

 

Jelaing yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan -- di sebalik usia dan fizikal yang tua, dikatakan masih mampu untuk menjulang kemenangan. Sehingga detik pengumuman calon, beliau telah berkempen habis-habisan bagi memastikan kemenangannya pada PRU kali ini. Ini setelah menyedari salah satu kerusi DUN yang terletak di dalam parlimennya telah jatuh ke tangan PKR pada PR Negeri yang lalu.

 

Pada April 2012, Mawan dengan jelas memaklumkan kepada penduduk Saratok bahawa hanya nama Jelaing dimajukan sebagai calon BN bagi kawasan tersebut. Tetapi pada

Selasa lalu, Presiden SPDP itu sendiri dinoktahkan sebagai calon pembawa bendera Barisan Nasional di Parlimen tersebut.

 

Tan Sri William Mawan Ikom dalam respons kepada pihak media berkata: "Ia merupakan satu kepercayaan daripada pimpinan tertinggi parti terhadap beliau untuk memastikan kerusi itu terus kekal di tangan BN."

 

Reaksi segera yang diperoleh, terutama daripada ahli-ahli SPDP sendiri di kawasan itu membayangkan kesukaran yang bakal dihadapi. Apakah penyebab perkara ini? Apakah Jelaing tidak setia pada perjuangan parti? Atau beliau terlalu tua? Atau Presiden SPDP sendiri tidak percaya akan kemampuannya untuk menahan serangan Ali Biju – yang telah menghampakan Peter Nyarok – seorang politikus senior dalam PR Negeri lalu di DUN Krian.

 

Untuk rekod, Jelaing merupakan penyandang P205 Saraatok untuk dua penggal setelah menggantikan Datuk Peter Tinggom ak Kamarau pada 2004. Pada 2008 beliau memperoleh 12,470 undi mengalahkan calon PKR, Ustaz Haji Mohd Yahya bin Abdullah yang sekadar memperoleh 3,764 undi.

 

Kemelut ini pasti menyukarkan  -- apatah lagi Mawan hanya bertindak sedemikian sebagai reaksi terhadap pencalonan Ali Biju oleh PKR untuk kerusi berkenaan. Beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali.

 

Dengan pelbagai kemelut lain yang sedang membengkak dalam SPDP, termasuk krisis di Mas Gading dan pengguguran Datuk Jacob Dungau Sagan di Baram – yang turut diganti dengan muka baru, Ngau Anyi – Mawan sebenarnya harus melihat pilihan-pilihan terbaik untuk memastikan kerusi ini terus kekal di tangan BN.

 

Hanya jauhari mengenal manikam. Ahli-ahli SPDP di kedua-dua Bahagian ini sebenarnya kecewa kerana mereka tidak dibawa berunding. Jika faktor umur sekali pun menjadi punca, atau pengaruh Ali Biju menjadi ketakutan, mereka perlu diberi peluang untuk bercakap. Berbincang siapakah yang paling sesuai untuk dicalonkan. Dan tentunya mereka mengharapkan anak tempatan – kerana anak tempatan lebih mudah untuk dijual kepopularannya.

 

Di sebalik serangan konco-konco Ali Biju yang pasti ingin melihat kejayaan berganda, Mawan yang turut memperjudikan kredibilitinya sebagai Menteri Kanan dan Presiden parti – harus memastikan penduduk Kalaka dan Krian setia kepada BN. Beliau harus bertemu dan berbincang kembali dengan Jelaing – menggunakan istilah TPM Muhyiddin Yassin: Kalau merajuk, biarlah hanya 24 jam – untuk memastikan kesemua penyokong Jelaing tidak berpaling tadah.

 

Caranya, mungkin dalam bentuk pelantikan senator dan sebagainya, bagi meredakan situasi. Atau jika terus berdegil, akan menyaksikan tindakan ketidaksetiaan penyokong Jelaing. Bagi Mawan, beliau sebenarnya tidak mampu untuk kehilangan penyokong Jelaing yang sebelum ini selalu turun padang bersama-sama rakyat. Sokongan itu perlu diraih bagi menandingi penyokong tegar Ali yang semakin bertambah, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

 

Reputasi dan prestasi adalah dua perkara yang terlibat dalam perang kali ini Saratok. Untuk ketika panas seperti ini, mereka bukan menantikan gula-gula dan janji Mawan, tetapi menanti apakah tindakannya terhadap Jelaing dan bagaimana beliau dapat memujuk dan menyentuh hati setiap penduduk di Saratok.

 

Tinjauan di Saratok telah kedengaran suara-suara yang membandingkan usia Jelaing dan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih aktif bertanding.

 

Apa jua keadaan, Mawan memiliki tidak sampai tiga minggu untuk membetulkan keadaan bagi memastikan keadaan kembali normal dan sokongan masih mampu dikecapi. Atau mereka akan berputih mata kerana tentera Ali Biju, termasuk Ketua Penerangan Keadilan Sarawak – Vernon Kedit – semakin aktif membina sokongan.  Jangan nanti ahli-ahli SPDP di kawasan tersebut sendiri menjadi duri dalam daging – bukan sahaja tidak memangkah – bahkan memboikot dan mensabotaj setiap kempen yang dijalankan.

 

Sebagai ahli politik yang senior, saya percaya Mawan telah mempertimbangkan segala-galanya. Beliau pasti faham tentang percaturan sebelum namanya diumumkan. Dan saya percaya, senjata yang paling rahsia akan digunakan bagi memastikan jiwa yang luka dibebat, hati yang kecewa, dihiburkan. Selamat berjuang.

 

 

* Rudi Affendi Khalik merupakan bekas Editor Rencana Utusan Sarawak dan bekas koresponden TV AlHIjrah Sarawak

  

Live konsert Berambeh <b>di Saratok</b> @<b>Sarawak</b> - My Bujang Senang <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 05:45 AM PDT

Astro 180

Disclaimer: Anda kini sedang menonton siaran Astro 180 secara live di Chrisrossell Blog. Untuk Maklumat semua, Astro 180 Live Streaming ini kami directkan khas untuk tontonan anda semua dari channel Astro 180 . Dan Astro 180 Live Streaming berkenaan adalah milik penuh pihak RTM  dan pihak Astro tiada kena mengena dengan ADMIN blog ini.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved