ads

Isnin, 4 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


SMK <b>Bau</b> muncul juara hoki jemputan | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 04:01 PM PST

KUCHING: SMK Bau muncul juara keseluruhan apabila mengungguli kate­gori lelaki dan wanita pada Kejohanan Hoki Jemputan PBB P194 Petra Jaya Sem­bilan Sebelah Bawah 18 Ta­hun di Stadium Hoki, di sini semalam.

Kejohanan selama dua hari berformat liga menyaksikan pasukan lelaki SMK Bau me­menangi empat perlawanan dan seri sekali dengan men­gumpul 16 mata sekali gus muncul pasukan terbaik.

Jurulatih SMK Bau, Rap­hael Michael Ruda berkata beliau amat gembira dengan pencapaian yang dikecapi pasukannya setelah mer­angkul kejuaraan kejohanan itu.

"Kejayaan kami bukanlah secara kebetulan dan kami te­lah bersedia untuk bertanding pada mana-mana kejohanan selepas ini dan kami percaya tiada mustahil dengan usaha yang gigih," katanya.

Sementara itu, pasukan Impian Zaman 1Mas men­duduki tempat kedua dengan memperolehi 13 mata diikuti SM Sains Kuching di tempat ketiga dengan sembilan mata bagi kategori lelaki.

Bagi kategori wanita pula, SMK Taee terpaksa akur di tempat kedua dengan men­gumpul tujuh mata diikuti SMK Bako dengan empat mata di tempat ketiga.

Category: Sarawak, Sukan

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Bridging Views: PERASMIAN BENGKEL INTERAKTIF HERBA

Posted: 03 Feb 2013 11:06 PM PST

UCAPAN OLEH YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Y.B. DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS
PERASMIAN BENGKEL INTERAKTIF HERBA



Yang Berbahagia Hajjah Nancy Shukri
ADUN Batang Sadung merangkap Pengerusi MFRDB

Yang Berbahagia Dato' Dr. Abdul Latif Mohmod,
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Yang berusaha,
Jawatankuasa Penganjur Bengkel Interaktif Herba

Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil masyarakat, Dif-dif kehormat dan ahli Direktorat FRIM

Tuan-tuan dan puan-puan peserta bengkel yang dihormati sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.


1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Bengkel Interaktif Herba di atas penghormatan yang diberikan kepada saya bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan bengkel ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan di atas kejayaan FRIM, Sarawak Biodiversity Centre (SBC) dan agensi / badan-badan di bawah kerajaan negeri Sarawak di atas penganjuran bengkel yang buat julung-julung kalinya di Simunjan ini. Ucapan yang sama juga buat hadirin dan para peserta bengkel yang telah membuat keputusan bijak untuk hadir ke bengkel perkongsian maklumat ini.
Yang Berhormat, Dato'-Dato', tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
2. Kita berkumpul di bengkel ini untuk membincang dan mengetahui lebih lanjut tentang herba yang terdapat di negara kita and betapa penting berasas herba untuk kesihatan kita serta untuk ekonomi negara. Penggunaan herba sebagai sumber ubatan, makanan, penjagaan kesihatan dan kecantikan merupakan sesuatu yang telah membudaya dalam kehidupan masyarakat kita. Masyarakat Malaysia termasuk di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum turut kaya dengan pengetahuan berupa amalan penggunaan herba yang diwariskan oleh nenek moyang masing-masing. Selain faktor faedah kesihatan dan ekonomi tersebut, minat masyarakat dunia terhadap produk berasas herba semakin meningkat disebabkan kekhuatiran tentang status keselamatan dan risiko kesihatan yang sering dikaitkan dengan penggunaan produk-produk berasaskan bahan kimia sintetik.
3. Untuk makluman para hadirin sekalian, di peringkat dunia, nilai dagangan sektor herba dijangka meningkat daripada RM 777 bilion pada 2009 kepada lebih RM 2 trilion menjelang tahun 2020, iaitu meningkat tiga kali ganda. Pasaran industri herba tempatan pula berpotensi berkembang sebanyak 15 peratus setahun dengan nilai pasaran negara meningkat daripada RM 7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM 29 bilion pada 2020. Selain produk untuk kegunaan farmaseutikal, penghasilan produk-produk makanan kesihatan berasas herba juga turut berpotensi menjanjikan pulangan lumayan. Nilai pasaran makanan dan minuman di negara ini dianggarkan RM 30 bilion. Industri makanan kesihatan berpotensi tinggi untuk memberi pulangan yang lumayan. Ini ialah kerana makanan kesihatan dianggarkan merangkumi antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah makanan dan minuman yang dipasarkan di negara ini. Menyedari hal ini, herba-herba yang dahulunya terbiar mulai mendapat perhatian yang istimewa bukan sahaja dalam kalangan penyelidik malah pengeluar pelbagai produk kecantikan, penjagaan diri, ubatan, makanan tambahan dan lain-lain seumpamanya.
4. Dengan bilangan yang direkod mencecah 2,000 spesies di hutan negara kita yang mempunyai nilai perubatan, herba kini merupakan suatu komoditi bukan berasaskan kayu (non-wood produce), yang amat berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sungguh pun demikian, 65% bahan mentah untuk penghasilan produk herba negara diimport dari China, India dan Indonesia. Daripada baki 35% daripada sumber tempatan pula, 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, manakala herba yang ditanam pula kebanyakannya adalah untuk makanan. Atas dasar inilah, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menambah nilai aktiviti eksport negara sambil mengurangkan import produk-produk berasas herba. Dalam hubungan ini, Perbadanan Herba Malaysia (MHC) yang ditubuhkan pada 2001 sebagai sebuah anak syarikat penuh Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT) memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat tersebut.
Hadirin yang dihormati sekalian,
5. Adalah menjadi impian Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Maju menjelang Tahun 2020. YAB Perdana Menteri telah menggariskan beberapa teras strategik bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Selaku pemacu kelestarian sektor bio-ekonomi negara, potensi herba sememangnya menyerlah sehingga dijadikan sebagai Projek Permulaan (EPP) yang pertama di dalam NKEA Pertanian di bawah seliaan Kementerian Pertanian Malaysia (MOA)..
6. Projek Permulaan (EPP) 1 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA), bermatlamat menghasilkan produk bernilai tinggi dengan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 2.2 bilion daripada lima herba iaitu tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, hempedu bumi dan dukung anak. EPP 1 ini dijangka menyediakan 1,800 peluang pekerjaan baharu serta melahirkan 300 pengilang. Terbaru saya difahamkan selain 5 spesies yang disebutkan terdapat lima lagi spesies tambahan iaitu mengkudu, roselle, halia, mas cotek, belalai gajah dan pegaga menjadikan 11 spesies kesemuanya sebagai spesies keutamaan untuk RMK10.
7. Buat permulaannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa kawasan seperti di Durian Mentangau, Dungun (keluasan 406 hektar), Chegar Perah Lipis Pahang (327 hektar), Rantau Manis Gua Musang Kelantan (323 hektar) untuk dibangunkan sebagai ladang herba berkelompok di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) bagi mengukuhkan kecemerlangan industri yang mampan dan berdaya maju. Berdasarakan rekod di Jabatan Pertanian Malaysia, keluasan tanaman herba domestik yang berdaftar telah meningkat daripada 303 hektar pada 2005 kepada 543 hektar pada 2010, iaitu peningkatan 11.93% setahun. Hal ini jelas menunjukkan minat yang semakin berkembang di kalangan rakyat negara ini untuk turut sama berkecimpung dalam industri herba. Saya harap warga Simunjan khususnya dan rakyat Sarawak amnya tidak ketinggalan untuk memanfaatkan peluang keemasan ini. Dalam hubungan ini, agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) seperti FRIM beserta lain-lain badan kerajaan samada di peringkat pusat mahupun negeri seperti SBC, badan swasta dan lainnya akan sentiasa menyokong dan komited bagi memastikan hasrat murni kerajaan berjaya dicapai.
Para hadirin yanf saya hormati sekalian,
8. Selain penyaluran dana penyelidikan untuk mendokumentasi pengetahuan tradisi, NRE turut prihatin terhadap isu perkongsian pintar di antara para penyelidik dan pengamal perubatan tradisional. Inisiatif untuk mendokumentasi pengetahuan tradisi masyarakat pribumi Semenanjung misalnya telahpun dimulakan semenjak akhir rancangan Malaysia ke 9 (RMKe-9). Mekanisma perkongsian pintar bagi pengetahuan tradisi yang bersesuaian, selaras dengan tuntutan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) pula kini dalam peringkat semakan akhir untuk dikuatkuasa dan diguna pakai.
9. Produk-produk terbitan R&D hasil teknologi dan kepakaran tempatan sememangnya sesuatu yang kita nanti-nanti dan banggakan. Menerusi kerjasama erat pihak kerajaan dan swasta, pelbagai produk bernilai tambah yang memenuhi keperluan piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan dijangka dapat dihasilkan dalam masa terdekat, lalu menjana pulangan ekonomi yang disasarkan. Dalam konteks ini, usaha gigih penyelidikan dalam bidang herba yang dipelopori oleh FRIM semenjak penubuhannya pada tahun 1995, telah banyak membuahkan hasil yang membanggakan dan tak mungkin dapat saya bacakan kesemuanya. Saya percaya FRIM akan terus komited untuk membangun dan memperkasa industri herba tempatan. Hal ini terbukti menerusi kesudian FRIM untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan para peserta bengkel biarpun Simunjan dan Kepong beribu batu jauhnya dipisahkan oleh Laut China Selatan.
10. Selain penghasilan produk, kesungguhan FRIM dalam penyediaan khidmat yang terbaik kepada usahawan herba telah diiktiraf oleh Malaysian Biotech Corp dengan anugerah status Bionexus Partner kepada 6 makmalnya. Ratusan usahawan herba yang bernaung di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebelum dibubarkan malah Kementerian Pengajian Tinggi telah pernah mendapat sentuhan kepakaran FRIM menerusi pelbagai bentuk program kerjasama. Saya turut difahamkan bahawa ada dalam kalangan usahawan ini telah berjaya mencapai prestasi yang memberansangkan dengan kejayaan mengeksport herba ke pasaran antara bangsa.
Dato'-Dato', tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
11. Saya yakin dan percaya bengkel ini akan memberi manafaat kepada para peserta yang sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak dengan industri herba. Ambillah peluang keemasan menerusi pembentangan, forum perbincangan mahupun pameran yang telah diatur bagi mengumpul apa jua maklumat berkaitan herba – dari aspek penanaman, pembangunan produk berkualiti malah pewujudan jaringan kerjasama pemasaran untuk memperkasa industri herba negara ke arah penerokaan pasaran global.
12. Adalah menjadi harapan saya agar lebih banyak usahawan dan bakal usahawan herba dari Simunjan khususnya dan Sarawak umumnya akan mendapat manafaat dari teknologi dan prasarana yang ditawarkan oleh pihak FRIM, SBC dan agensi-agensi berkaitan yang lain.
13. Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Bengkel Interaktif Herba 2013.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Pengetua Sekolah <b>di Serian</b>, <b>Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 

TemPat MEnaRik <b>Di Sarawak</b>: Ranchan Pool, <b>Serian</b>,<b>Sarawak</b>

Posted: 29 Mar 2011 11:03 AM PDT



Ranchan pool terletak hanya 1 kilometer daripada bandar serian. Tempat ini berhampiran dengan kampung - kampung orang bidayuh. Antara kampung yang berdekatan di situ termasuk lah Kampung Ranchan, kampung Ampungan dan ada lagi yang lain. Tempat reakrasi ini masih kekal dengan keadaan semula jadi dan mempunyai udara yang menyegarkan terutamanya pada waktu pagi. Ini kerana kawasan ini akan ditutupi embun pada waktu pagi dan air yang mengalir amat sejuk sehinggakan mengeluarkan wap pada waktu pagi.


Gambar di atas menunjukan gerbang masuk ke taman Rekreasi Ranchan. Kira - kira 100 meter masuk akan sampai di tempat tersebut. Kebiasaannya pada hari biasa -biasa tidak ada ramai pengunjung.Tetapi pada hari ahad pengujung Ramai kerana hari percutian ataupun hari tidak berkerja jadi ramai yang datang bersama keluarga.
Pemandangan dan suasana di Taman Rekreasi Ranchan
















Melihat gambar - gambar di atas pasti hati kita keinginan. Itu dah menjadi lumrah manusia. Tempat ini sememangnya indah sekali. Melalui gambar pun kita dapat mengetahui apa lagi apabila berada di tempat tersebut dan menyaksikan sendiri keindahan alam melalui pandangan mata kita sendiri. 
Kemudahan Yang Ada di tempat TAman Reakreasi ini.
  • Pondok Rehat
  • Track Jogging
  • Tempat BBQ
  • Tandas awam
  • Tempat Mandi dan menukar pakaian
  • Kedai makan
  • Kerusi 
Semua yang kemudahan yang disediakan adalah free of charge kecuali tandas saje yang kena bayar
Di Ranchan, rumah tumpangan disediakan untuk pengunjung- pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di sini.  Selain rumah tumpangan, jambatan gantung juga menjadi  tarikan pengunjung ke Taman Rekreasi Ranchan.

Sebagai faktor keselamatan, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan di Taman Air Terjun Ranchan iaitu berkhemah, bermalam, merentas desa, mengambil gambar, beriadah dan membuat penyelidikan.  Pengunjung- pengunjung yang datang ke sini pasti akan tersenyum puas setelah pulang dari taman ini.



11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Proses Semakan Penerima BR1M 2.0 <b>di Sri Aman</b> ~ namaberita [dot <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 10:39 PM PST

Keratan Akhbar Mingguan Sarawak

SRI AMAN: Suasana kecoh dan hilang kawalan berlaku di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berhubung sikap tidak sabar penduduk yang mahu memeriksa status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, di sini kelmarin (Sabtu).
Keadaan itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Pejabat Residen Sri Aman bermula jam 10 pagi sehingga menimbulkan kesesakan di pekarangan luar kawasan itu.
Tetapi, tindakan tegas anggota polis dapat mengawal urusan pemeriksaan nama pemohon yang layak itu.
Pejabat Residen Sri Aman mula mengagihkan baucar BR1M 2.0 kepada pemohon yang lulus dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dan DUN Bukit Begunan.
Jurucakap Pejabat Residen Sri Aman menasihati orang ramai agar jangan risau untuk mengetahui status terkini mereka berhubung permohonan BR1M 2.0 berkenaan.
Menurutnya, pihaknya mula mengagihkan baucar BR1M 2.0 bagi peringkat fasa pertama dan boleh menuntut baucar itu di Pejabat Residen Sri Aman pada waktu bekerja mulai sekarang.
"Bagi nama yang belum tersenarai diharap agar dapat bersabar kerana nama mereka mungkin akan tersenarai untuk pemberian fasa seterusnya nanti," katanya ketika ditemui di Pejabat Residen Sri Aman, di sini semalam.
BR1M 2.0 menyaksikan seramai 7,119 pemohon Parlimen Batang Lupar, 6,708 orang Parlimen Sri Aman dan 5,196 orang Parlimen Lubok Antu layak untuk bantuan berkenaan.
Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat dijangka akan  menyempurnakan upacara penyampaian baucar BR1M 2.0 kepada penerima di Pejabat Residen Sri Aman pada 7 Februari ini.
Residen Sri Aman bagi mengetahui status permohonan BR1M 2.0 masing-masing.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


. Lia Kamalia: Siar Beach <b>Lundu</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 07 Dec 2012 11:14 AM PST

Update !!! hoyeah . haha . sem lepas (sem 2) kami (group assignment) ada fieldwork , bulan tiga tak silap , research tentang resort sekitar siar beach, under subject ekonomi.tapi oleh kerana gambar-gambar pergi siar beach ni baru je jumpa , so baru sekarang nak update blog. wkwkwkwkwk
Pengenalan : Lundu ni adalah salah satu daerah dalam Sarawak yer . kat Lundu nih ada banyaaaaakk pantai . haha . and kebanyakan pantai2 kat sarawak ni bersih & tak ramai orang . mmg best betul kalau nak picnic ke apa .banyak pilihan pantai . hoho. kat Lundu ni jugak ada gunung gading , banyak aktiviti camping & mendaki bukit kat sini . aku je tak pernah naik lagi. hoho insyaAllah sebelum grad, aku g panjat gunung uh.
Okay kitorang pergi Siar Beach ni atas kerja group assignment , buat research ttg sosioekonomi penduduk kat sini & infrastruktur di Siar Beach . kami tidur sini 3 hari dua malam untuk fieldwork ni . perjalanan daripada Unimas ke Lundu lebih kurang 1jam setengah .








Actually banyak lagi gambar sebab 3hari kitorang duk melangut kat sana ,tapi nanti kang jadi album pulak blog aku nih . petang tu kitorang mandi pantai nih ! best gila , dah la bersih , jernih , macam pergi pulau pulak . padahal kat tepi2 pantai je mandi :D such a beautiful experience in Sarawak .

Sarawak ni tak banyak hasil bumi macam hutan2 yg kena balak bagai.so alam semulajadi kat sini semua fresh2 . pantai semua bersih-bersih . nak pergi sarawak boleh lah consult aku ye, wkwkwwkwkw . kbai .
Terima kasihhhh~ heheh . 

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Starlite A juara street Soccer | my <b>Sarawak</b> - News coverage around <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 04:00 PM PST

FINAL: Starlite A (depan) dan Bumi Betajin sebelum sepak mula perlawananan akhir pertandingan street soccer sempena Maulidur Rasul di Daro.

DARO: Kehebatan dan kel­incahan Pasukan Starlite A mengesahkan kejuaraan milik mereka apabila memenangi Pertandingan Street Soccer Sempena Maulidur Rasul Daerah Daro 2013.

Dalam perlawanan akhir menyaksikan pasukan Starlite A menewaskan pasukan Bumi Betajin yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna Daro.

Sejumlah 32 pasukan meny­ertai pertandingan street soc­cer kali ini yang diadakan pada 27 Januari lalu.

Pasukan Starlite A mem­bawa pulang wang tunai RM500 selaku juara, mana­kala naib juara, Bumi Betajin menerima hadiah RM300.

Hadiah disampaikan oleh Pemuda Parti Pesaka Bumi­putera Bersatu (PBB) Daro, Azmi Keria.

Category: Sarawak, Sukan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved