ads

Khamis, 16 Jun 2011

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Bila Aku Bercuti <b>Di Limbang</b> - Bahagian Ketiga

Posted: 16 Jun 2011 06:41 AM PDT

HARI ini aku dah 6 hari di Limbang dan tengah menanggung kerja yang ditinggalkan oleh isteriku. Masa ni isteriku tengah berkursus di Kuching, jadi akulah ibu dan bapa kepada anak-anakku. Tugas harian aku menghantar dan mengambil anak-anakku ke sekolah, KAFA serta tuisyen, cuci, jemur dan menyangkut baju, membasuh pinggan mangkuk, membersih rumah luar dan dalam, menyediakan persiapan persekolahan untuk anak-anak, memasak dan apa-apa yang bersangkutan kerja-kerja di rumah dan di luar rumah. Selebihnya aku buat kerja aku sendiri.

Jadi, setiap saat, minit dan jam yang bergerak sentiasa dipenuhi dengan kerja-kerja yang ada. Mungkin aku nak "tampung" balik kerja-kerja yang aku tinggal selama sebulan dan bila aku balik dibuat secara borong. Seronok juga buat kerja rumah ni, begitu teruja nak buat terus kerja macam ni. Kalau kerja kat ofis lain sikit kerana banyak sangat prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi, kalau tak dipatuhi, tak diterimapakailah jadinya.

Biasanya waktu petang lepas ambil anak-anak dari KAFA dan tuisyen, aku lebih suka nak bersihkan halaman rumah aku ni, terutamanya pokok-pokok bunga. Sepeninggalan aku di KL, kebanyakan pokok-pokok bunga aku telah ditumbuhi oleh lalang yang berlalu. Maka, makin cantik dan menghijaulah pokok-pokok bunga aku. Jadi, masa yang terluang ini aku gunakan untuk membersih balik pokok-pokok bunga aku tu.

Dengan kesempatan yang ada juga, aku sempat juga khidmat jemaah 40 hari dari Melaka yang kebanyakan mereka pelajar-pelajar yang belajar di Melaka ditemani 2 orang awam pagi tadi(16/6/2011). Aku cuma khidmat jemaah tu untuk hantar ke terminal bot sahaja. Mereka ni bagus-bagus, route yang ditaskil kebanyakan di kawasan-kawasan sungai, mujahadah betul mereka ni tapi wajah mereka sentiasa senyum dan gembira.

Dikhabarkan juga satu lagi jemaah akan datang ke Limbang hari ini, jadi aku telah bersiap sedia untuk khidmat menghantar jemaah ini ke route yang ditetapkan kelak.

Selepas asar tadi, aku dan geng-geng yang lain telah menyambut satu lagi jemaah dari Seri Petaling yang terdiri daripada sabguzari dari Johor Bahru, Penanti, Seremban dan seorang dari KL iaitu pelajar terus dihantar ke tempat sabguzari Limbang. Semalam kawan aku berbisik dengan aku, datang lagi jemaah...? Jadi, bersambung-sambunglah jemaah datang ke Limbang dan rakan seusaha di sini tak rehatlah...selamat nusrah jemaah... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


kota <b>samarahan sarawak</b> | something........

Posted: 13 Jun 2011 06:06 PM PDT

Assalamualaikum..

ok meh relaxkan otak dgn story santai2..kupasan psl unit trust tu later ok..pd yg berkenaan dont worry ok..draft dh siap 70% :) ..sian plak kasi topik2 berat berturut2..xleh nk digest plak nnti..hehe..so jom sambung story holiday @ sarawak.. last 2D1N kami ke kota samarahan..stay kt homestay in that area..btl2 dekat ngn Unimas..sempat la melawat Unimas di waktu mlm..tp xde amik gbr sbb agk gelap la..kebetulan semester break kot..sunyi n lengang je..xde students..tp the area mmg peaceful..fuh kalau stay up utk study mmg confirm score pnya la exam..hehe..

homestay @ kota samarahan ni murah2 jek..dlm RM80-RM120 per nite..maybe sbb jauh dr kuching..it tooks approx 45 minutes frm Kuching town...tp kalu musim konvokesyen mmg fully booked la..hehe..

 ~ni entrance Unimas..kecik je logo dia..~

 ~after Asar, kami g jalan2 ke perkampungan dekat pelabuhan feri..sgt dekat..dlm 5 minit perjalanan je dr homestay kami~

 ~i love the environment..sgt best..rs mcm kt kampung nelayan..tu sume tu org jual raw seafood yg fresh baru naik dr laut..haih..rs nk beli jek..dh la fresh..tp klu beli bkn nk masak pun.even kt homestay bole nk msk2 tp kena beli bahan...nk bw balik jadi xfresh dh la..~

 ~sambil jln2 menikmati udara ptg di tepi jeti, kami beli goreng pisang sedap ni..rangup n manis2..murah plak tu.beli rm2 penuh 1 plastik..xabis mkn..~

~kopok leko ni sgt sedappp!! ianya lembut di dalam dan bersaiz besarrrr pnya..ekeke:D series mmg sedap..mcm kopok losong versi giant..luar dia rangup n dlm lembut2 n rs kosong sket..rasa ikan dia pn mmg pure..xde la rasa tepung jek..beli RM2 pn penuh 1 plastik..best betul..murah n meriah :)~

 ~time ni air surut..so feri xleh berlabuh..makanya transport yg bergerak perahu tambang ni la..1st time tgk motor naik perahu mcm jakun..ekeke:D tp sonok la tgk suasana tu..org balik skolah n balik keje naik moto pastu naik perahu tambang utk sebrang ke kampung belah sana..~

 ~relax je adik pakai baju skolah tu..dh la pompuan..berani jgk dia..~

 ~suasana petang..~

 ~kami pn try gk naik g seberang sana..nk shooting2 sket..tambang dia RM1 utk 2 org sehala..budak free..kalau bw moto dia caj RM2..~

 ~ni kat jeti sebrang..ade perkampungan jgk..~

 ~shooting time..~



 ~mcm besa..guna kit lense & UWA lense jek..agk kureng la guna 50mm..sian dia terabai..ekeke:D~

 ~ok dh nk masuk senja dh..time to go back..kt sana kan waktu dia cepat..baru kol 6pm dh mcm nk senja nk masuk maghrib dh..~


 ~parents in law & kesayanganku sedang beramah mesra ngn penduduk setempat..hiks..~

 ~so before balik homestay utk rest kami g mkn dulu..try mkn kat J&J Cafe..btl2 dekat depan perumahan homestay kami..~

 ~nasi lemak sotong hubby..~

 ~chicken chop aku..nmpk berminyak kan..ye mmg berminyak..tp xterasa minyak sgt..cuma mmg nmpk berkilat giler..haha~

~ni butter prawn style sarawak..sedap mmg rasa butter n telur..tp agk oily sbb dia mcm jenis berkuah..klu kt semenanjung dia deep fried kan..and butter n telur tu jadi mcm kerak2 panjang2 tu..hehe..xelok mkn slalu ni..cholesterol tinggi..~

~aQeel mcm bese order bihun goreng+telur dadar..parents in law aku order nasi goreng..tp aku xamik la gbr..segan..ekeke:D tp dornag pn dh paham..everytime order foods n foods smpai dorang msti bg kt aku utk amik gbr..haha..mula2 tu mcm segan gk ler..lama2 dh biasa..sporting btl pak n mak mentua aku nih..ape nk buat..menantu hantu ni kan blogger...ekeke:D~

p/s: this few days traffic agk memberansangkan.. 700++ unique visitors..alhamdulillah..at least info2 yg berguna tersebar jgk :)

p/s2: thanks to all yg xjemu2 singgah ke anjung suziey.com ni..ade yg sempat aku kunjung blas balik ade yg xsempat tu sori yek..maklum ler..keje perlu diutamakan..bila free baru la bole merayap.. :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MUJAHIDEEN ISLAM: Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu" <b>Di</b> Perkampungan <b>...</b>

Posted: 01 May 2011 10:21 PM PDT




Salam alayk'. Perjalanan berkampung selama dua hari  iaitu pada 30hb April hingga 1 Mei 2011 di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak memberikan seribu makna buat penulis. Program Ekspedisi Dakwah yang dinamakan "Kembara Ilmu" ini dianjurkan dengan oleh organisasi penulis dengan kerjasama daripada Darussyifa', Jabatan Kesihatan Negeri, Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga JAKIM Cawangan Sarawak.


Tidak dinafikan dua tarikh program untuk ekspedisi ini menyebabkan penulis tidak dapat memberikan komitmen pada dua program yang lain kerana berlaku pertembungan. Sebelum itu, penulis meminta maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat agung (muktamar) yang merupakan medan muhasabah khususnya untuk para-para penggerak dakwah di bumi kenyalang yang dijadualkan diadakan di Sibu dan juga kepada sahabat mahasiswa daripada UNIMAS yang telah menjemput penulis untuk memberi pengisian di dalam program yang dijalankan, namun permintaan itu tidak dapat penulis penuhi.


Jalan Masuk Kampung & Anak Angkat






Perjalanan masuk ke kampung Senah Rayang daripada jalan utama sangat 'mencabar'. Jalan yang rosak dan tidak diperbaiki menyebabkan penulis berasa semacam berada di dalam roller-coaster biarpun menggunakan kenderaan 'pick-up' Ford Ranger. Sedang dalam perjalanan, penulis mendengus di dalam hati, "Siapalah pemimpin masyarakat di daerah ini??"




Selesai slot pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh dua pihak iaitu Jabatan Kesihatan Negeri (perubatan moden) dan Darussyifa' (perubatan alternatif). Slot "Pembahagian Anak Angkat" bermula dengan melibatkan penduduk keluarga Kg. Senah Rayang yang majoritinya berbangsa Bidayuh Islam. Penulis yang mendapat "mak angkat" iaitu Puan Rohani dan tiga orang adik angkat iaitu Akhmal (Mai), Haikal dan Azri. Alhamdulillah, mereka sungguh mesra terutama gelagat Azri yang sentiasa tidak lepas dari memegang tangan penulis dan seringkali mengajar penulis berbahasa Bidayuh.


Forum Bicara Ummah: "Akhlak Islamiyyah"


Pada sebelah petang hari yang pertama pula diadakan program riadhah bersama penduduk kampung iaitu dengan acara-acara menarik seperti perlawanan bola sepak (lelaki/bapa/belia), mengupas kulit epal (wanita/ibu) dan sukaneka (kanak-kanak), pada sebelah malamnya pula diadakan "Forum Bicara Ummah" dengan tajuknya "Akhlak Islamiyyah".


Dengan taklifan penulis yang menjadi moderator forum dan dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Kariah Bin Abd Rahman (Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak yang juga lulusan Ijazah Sarjana Dakwah & Kepimpinan dari UKM), Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain (Pensyarah Politeknik Kuching dengan kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari UTM Skudai) dan Ustazah Zainab Binti Mohd Ahmad (Pensyarah Politeknik Kuching lulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (Jinayah & Siasah) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara). Dengan kemantapan tiga orang ahli panel ini, slot forum pada malam itu berjalan dengan lancar dan proses perkongsian ilmu menjadi lebih mudah ditambah dengan senda gurau yang menjadi daya tarikan ahli panel.

Air terjun Kg. Senah Rayang

Pada hari terakhir, ceramah motivasi dilakukan di dua tempat pada masa yang sama iaitu Seminar Keibubapaan (ibu/bapa) di Surau dan Motivasi Pelajar (belia/kanak-kanak) di Dewan Serbaguna Kg. Senah Rayang. Majlis perasmian penutupan program ini diadakan pada jam 11.30 tengahari juga di dewan serbaguna kampung tersebut.


p/s: Penulis insyaALlah akan 'upload'kan keseluruhan gambar pada entri yang seterusnya. Waterfall Kg. Senah Rayang, tidak akan kulupakan!




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved