ads

Isnin, 21 Mei 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BARISAN NASIONAL: Program Tranformasi Bahagian <b>Betong</b> Ubah <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 01:45 PM PDT


Dua alat perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban iaitu Rentap.
Dinaik taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar pusat pentadbiran itu.
Kawasan pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan ada yang masih digunakan.
Bukit Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.
DARI SEBUAH PEKAN "MATI", BETONG SEMAKIN MAJU
Timbalan Residen Betong Pathi Kerni berkata Bahagian Betong terletak antara tiga batang sungai utama iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Kelaka meliputi kawasan seluas 4,180 kilometer persegi.
Katanya, dengan jumlah penduduk hampir 94,000 orang Bahagian itu majoritinya dihuni oleh kaum Melayu (51,290), Iban (37,283), Cina (5,084), Bidayuh (225), Melanau (219) manakala selebihnya kaum lain di Sarawak.
"Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian, perladangan dan perikanan adalah aktiviti utama di Bahagian Betong, selain berkhidmat dalam sektor kerajaan, swasta serta perniagaan," katanya pada taklimat kepada media sempena program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata dari segi kemudahan asas hampir 90 peratus kawasan dalam Bahagian ini mempunyai sistem rangkaian jalan raya, bekalan air bersih (77 peratus) dan bekalan elektrik (75 peratus).
Menurutnya, untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) hingga (RMK-10), sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan kerajaan pusat untuk pembangunan Bahagian Betong membabitkan 989 projek manakala kerajaan negeri memperuntukkan RM600 juta untuk 1,104 projek.
Antara pembangunan yang diberikan tumpuan ialah Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) Layar dan RGC Beladin.
PEMBANGUNAN TANAH NCR UBAH NASIB RAKYAT
Pathi berkata sebagai langkah untuk meningkatkan lagi pendapatan rakyat di kawasan luar bandar beberapa langkah telah diambil pihak kerajaan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan khasnya dalam pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR).
Antara fokus kerajaan negeri adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk memajukan semula sektor penanaman getah secara mini estet di Betong.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 11,000 hektar tanah termasuk dalam kawasan Betong telah ditanam semula dengan getah membabitkan kira-kira 2,600 penanam mini estet getah.
"Hasil getah dikenal pasti boleh membantu rakyat luar bandar di sini untuk meningkatkan pendapatan mereka sekitar RM2,000 sebulan, bergantung kepada pasaran getah semasa," katanya.
Kerajaan dengan kerjasama syarikat dari China iaitu Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd turut membina sebuah kilang memproses getah di Bahagian ini untuk memudahkan penanam getah di kawasan sekitarnya.
Dengan kontrak selama 25 tahun dengan syarikat berkenaan, nasib penanam getah di kawasan Betong dan sekitarnya akan lebih terjamin.
Peserta skim mini estet getah di Rumah Graji Atas iaitu Inggo anak Luyoh, 58, berkata dengan adanya usaha untuk membangunkan semula industri getah di kawasan Betong, penduduk kini sudah mula merasai nikmatnya.
Katanya, seluas 120 hektar tanah melibatkan tanah NCR di kawasan Padeh Betong telah dibangunkan dengan tanaman getah.
"Dengan adanya pangalaman yang luas syarikat dari China itu dalam industri getah di beberapa negara rantau Asia Tenggara, kami yakin industri itu boleh berkembang dengan lebih baik di Betong," katanya.
Menurut beliau, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka malah mempunyai pendapatan tetap iaitu sekitar RM2,500 sebulan.
Penolong Pengurus Besar Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd, Li Huawei berkata kilang yang beroperasi di Betong itu mampu menghasilkan kira-kira 90 tan getah setiap hari.
Selain memproses getah untuk dieksport, syarikat itu turut membantu dalam menanam pokok getah serta melatih penduduk tempatan cara menoreh serta mengurus hasil getah dengan baik.
"Kerjasama dan sokongan daripada peserta mini estet getah di Betong sangat baik dan kita yakin pada masa akan datang pengeluaran getah di Sarawak mampu untuk ditingkatkan," katanya dalam satu taklimat media di sini.
Beliau berkata, kilang berkenaan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 103 penduduk tempatan selain pekerja dari China.
Selain melabur di Malaysia, syarikat China yang wujud sejak 1951 itu juga melabur di Thailand, Hong Kong dan Vietnam dengan kira-kira 220,000 hektar keluasan tanah bagi tanaman getah.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI BETONG
Sementara itu, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat berkata selain memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian, Betong juga tidak ketinggalan dalam usaha meningkatkan lagi taraf pendidikan anak di kawasan luar bandar.
Sekitar 30-40 tahun lepas Betong menerima nasib yang sama dengan kawasan luar bandar lain di negeri ini iaitu jauh ketinggalan dari segi pendidikan.
"Bermula tahun 1975 di bawah naungan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang maka bermulalah era perubahan dan tranformasi Betong dari segi pendidikan," katanya.
Menurut Lawson, semasa dia masih di sekolah menengah ketika lawatan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (ketika itu senator) ke Betong, Mahathir pernah berkata bahawa strategi penting dalam pembangunan adalah meningkatkan tahap pendidikan rakyat.
Lawson berkata menyedari hakikat itu lebih banyak sekolah dibina terutama di kawasan pedalaman dan hulu sungai di Betong.
Hari ini, katanya, Betong boleh berbangga kerana mempunyai pelbagai institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional Betong, Kolej Komuniti dan yang terbaru ialah Politeknik Metro (dijangka akan siap tahun depan).
Beliau berkata, di sebalik sejarah Betong yang hebat seperti era kebangkitan pahlawan Iban iaitu Rentap, hari ini jelas terbukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat adalah hasil kesepakatan yang baik antara pemimpin dan rakyat di bahagian itu sejak sekian lamanya.
Katanya, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui permuafakatan semua pihak menjadi ramuan utama kepada kejayaan tranformasi Betong hari ini.
"Antara kerajaan pusat dan negeri, kita mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dan ini dapat kita buktikan di Betong hari ini mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri di peringkat persekutuan," katanya, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Saban, juga dalam Bahagian Betong.
Sokongan padu rakyat dalam semua projek dan perancangan oleh kerajaan juga memudahkan lagi pelaksanaannya, kata Lawson.
Rakyat di Bahagian ini, katanya, tahu dan sudah matang dalam berfikir kerana apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan dan masa depan anak dan cucu mereka.
Sebagaimana kuatnya perjuangan pahlawan Iban iaitu Rentap suatu ketika dahulu, begitulah kuatnya semangat pemimpin dan rakyat di Bahagian Betong untuk melihat tranformasi dari segi ekonomi, sosial dan politik sejajar dengan matlamat ke arah sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi, kata Lawson.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Show of support for Entri | sarawakpage

Posted: 04 Dec 2011 06:24 AM PST

THE SHOW MUST GO ON: Entri (sixth right) together with his supporters shout 'Hidup Barisan' after the workers had put up the BN signboard at his service centre in Bakong replacing the SPDP signboard.

MIRI: All the seven branches of the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) in Marudi constituency yesterday disassociated themselves from the party, and formed the Barisan Nasional (BN) Committee N66 Marudi.

The move was in retaliation to the sacking of Marudi assemblyman, Datuk Sylvester Entri from SPDP on Nov 25.

"This is to show that we still want to be in the Barisan Nasional and work closely with the government. We will maintain the former line up in the party in all the seven branches, except those who wish not to join us," said Entri to reporters after the BN meet-the-people session at the Dewan Masyarakat of Beluru, Bakong yesterday.

He added that the purpose of forming the BN Committee in all these branches was to ensure continuity of the government's development projects for the people in the constituency.

Some 800 hardcore supporters of Entri attended the dialogue in a show of support for him.

They were from Marudi, Beluru, Nabor, Jegan Hilir, Jegan Ulu, Teruking and Pengalayan. The branches have some 3,000 registered party members.

Among those present at the dialogue were Penghulu Engah Muja, Penghulu Sedu Gerang, the SPDP Marudi Youth chief Philip Anyie, community leaders – Tuai Rumah (TR) Jubin Sigai, TR Kayong Anam, Councillor Kallang Ami, who all spoke at the dialogue on in support of Entri.

Entri who is also the Assistant Minister for Public Utilities (Water Supply) added that the dialogue was also to explain to his supporters the events that led to his sacking from the party, and the removal of the rest of the so-called SPDP 5 from official posts in the party.

The other four, all elected representatives, are Datuk Dr Tiki Lafe, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus and Paulus Palu Gumbang.

Earlier during the dialogue session, Entri assured the people that the government would continue to bring development to Marudi constituency.

"Don't listen to SPDP which said they want to take over the projects and allocations, now that I am no more SPDP member."

"It is not right and unethical for the party to take over government projects and allocation channelled through the respective elected representatives of the ruling government," he explained.

Entri said adhering to the directive from SPDP forbidding him from using the party logo, his service centre in Marudi and the other Bakong would instead use the BN symbol.

The billboard at Bakong was taken down yesterday and replaced with the BN billboard.

Source: The Borneo Post

Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=5058

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


PASUKAN PENGAKAP DAERAH <b>SUBIS</b>, MIRI <b>SARAWAK</b>: kursus <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 04:16 AM PDT

Pada 6,7,dan 8 April 2012 yang lalu, kursus ini telah diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pengurusan Risko) dengan kerjasama PPM Sarawak di SMK Kemena, Bintulu, Sarawak. Berikut merupakan gambar- gambar sepanjang program tersebut berlangsung...

















11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: Makan Malam <b>Di</b> Sea Food Court

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

Ratus ringgit juga makanan di situ..tapi sedappppp....

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 09:17 PM PDT

Iklan dikeluarkan oleh : SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di pelbagai jabatan dan kementerian dalam Kumpulan Sokongan seperti berikut:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2012

Bil Jawatan Jumlah Kekosongan
1 Tukang K2 (Tukang Letrik), Gred R11 5
2 Tukang K3 (Tukang Paip), Gred R9 42
3 Tukang K3 (Tukang Kayu), Gred R9 2
4 Pekerja Awam Khas (Operator Pam), Gred R3 27
5 Pekerja Awam Khas (Operator Loji), Gred R3 10
6 Pekerja Awam Khas (Operator Enjin), Gred R3 12
7 Pekerja Awam Khas (Operator Jentera), Gred R3 5



Iklan dikeluarkan oleh : KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM SARAWAK

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah / Sijil adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM SARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2012

Bil Jawatan Jumlah Kekosongan
1 Jurutera, Gred J41 1
2 Jurutera (Letrik), Gred J41 5
3 Juruteknik (Lektrik), Gred J17 7



Iklan dikeluarkan oleh : Jabatan Pertanian Sarawak

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah/ Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di JABATAN PERTANIAN SARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Mei 2012

Bil Jawatan Jumlah Kekosongan
1 Pegawai Pertanian, Gred G41 11
2 Pegawai Veterinar, Gred G41 1
3 Pegawai Penyelidik, Gred Q41 10
4 Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S41 1
5 Penolong Pegawai Pertanian, Gred G27 7
6 Penolong Pegawai Perikanan, Gred G27 1
7 Penolong Pegawai Veterinar, Gred G27 5
8 Jurutera, Gred J41 1

Rosliana: PERCUTIAN <b>DI NEGERI SARAWAK</b> BUMI KENYALANG

Posted: 05 May 2012 06:50 AM PDT

                                                   Senai Airport 27.4.2012
                                                   Gambar bersama Kak Aisah dan Norlidah                                                 Pesawat yang kami naiki                                                     
                                                   

                                                      Kuching  Airport

                                                           Kuching waterfront






                                                   Ni sabut ketola ...



                                                      28.4.2012  River View In Kuching
                                                           Pasar Sarikin

                                                         buah kantan                                                         Periuk kera ada jual kat pasar sarikin                                                         buah belimbing sarawak                                                                 Taman Dinasour Sarikin



                                                                Gua Angin Sarikin                                                           
                                                                 Orang utan di  Hutan Semangguh



                                                                Otai orang utan                                                                        hu...                                                              29.4.2012                                                                    Pantai Santubong





                                                Perkampungan Budaya Sarawak di Santubong






                                                                Akim dgn baju pahlawan iban

                                                               Macam bukan dgn Kak Aishah

                                                          Pereka baju dari kulit kayu.




                                                   Turun tangga rumah panjang





                                                        Pengisar beras
                                                           lesong dlm rumah cina sarawak                                                  Aduh...Nyonya dua org ni nak jual sayur..



                                                             Muzium Kucing di Kuching




                                            Kilang kek lapis Sarawak
                                            sampai mabuk idah merasa kek,  las2 semua kek rasanya sama...hehehe



                                                       Little Indian Kuching    30.4.2012








                                                        Bersama artis Tasha Shila


                                                              Kuching Airport

Perjalanan pulang ke Airport Senai
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved