ads

Sabtu, 3 Mac 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Kursus Asas Keusahawanan Untuk Ahli-Ahli PPWS - Daerah <b>Lawas</b>

Posted: 06 Dec 2011 12:33 AM PST

Pembaca Blog Rasmi MPC Sarawak,

Akhirnya, kursus keusahawanan bersiri untuk ahli-ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak melabuhkan tirai pada kursus terakhir yang diadakan di Lawas, Sarawak. Kursus ini yang disertai khusus oleh ahli-ahli PPWS di daerah Lawas khususnya telah disertai hampir 100 peserta. Program selama dua hari yang bermula pada 3 hingga 4 Disember 2011 telah diadakan di Stadium Tertutup Lawas ini telah dirasmikan oleh Encik Samad, Timbalan Pegawai Daerah Lawas yang mewakili Y.B. Datu Henry Sum Agung, Ahli Parlimen P.222 Lawas. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Suhaimy Abdul Talib, Pengarah MPC Sarawak dan Y.Bhg. Puan Jamilah, Timbalan Pengerusi PPWS Daerah Lawas.

Antara 100 peserta yang terdiri daripada ahli PPWS Daerah Lawas

Nyanyian Koir Lagu PPWS

Ucapan Aluan oleh Wakil PPWS, Puan Jamilah, Timbalan Pengerusi PPWS Daerah Lawas

Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Suhaimy Abdul Talib, Pengarah MPC Sarawak

Ucapan Perasmian oleh Encik Samad, Timbalan Pegawai Daerah mewakili Y.B. Datu Henry Sum Agung, Ahli Parlimen P.222 Lawas

Penyampaian Cenderahati

Satu Untuk Kenangan...

Sesi Keusahawanan oleh Encik Muhammad Halil Abdul Manaf

Ujian Keyakinan untuk Ahli-Ahli PPWS

Sesi Taklimat Usahawan & IT oleh Encik Zaiwin Kassim

Kelas Kek Lapis & Kek Roll oleh Puan Jamilah Haji Damit

Sebagai Kenang-Kenangan...

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Pilihan raya umum Jun depan? - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 26 Feb 2012 10:42 PM PST


Dr Jeniri Amir
Kebelakangan ini saya sering ditanya, bilakah pilihan raya umum ke-13 akan diadakan?
Sesungguhnya, ramai yang ingin mengetahui tarikh penting itu. Sejak sekitar setahun lepas lagi, begitu banyak tukang ramal yang membuat tekaan silap. Ketika agensi berita antarabangsa AFP bertanya tentang soalan yang sama tahun lepas, saya mengatakan besar kemungkinan bulan Jun tahun ini. Sama ada tekaan saya itu betul atau tidak, hanya masa yang dapat menentukannya.
Sebelum ini, ramai yang meramalkan PRU13 itu bakal diadakan Mac, tetapi disebabkan dua faktor utama yang menyelubungi kerajaan Barisan Nasional, maka tarikh itu dikatakan tidak lagi sesuai. Pertama, membabitkan NFC iaitu bersabit  isu  lembu dan kondominium yang ada kaitan dengan keluarga salah seorang menteri kabinet. Kedua, adalah berkaitan dengan skim gaji baharu yang begitu kontroversial, sehingga dikatakan mengecewakan sebahagian besar penjawat awam kerana tidak menepati janji yang diberi, selain dilihat terlalu memihak kepada penjawat tertinggi.
Kita boleh terus membuat ramalan dan memberi tarikh baharu setiap kali tarikh yang diteka berlalu. Hanya Perdana Menteri dan beberapa orang kepercayaan beliau yang mengetahui bila pilihan raya akan diadakan.
Namun, yang pasti tidaklah terlalu dekat. Bulan Mac adalah terlalu awal. Saya masih percaya bahawa pertengahan Jun adalah jangkaan yang terbaik, iaitu dua minggu selepas perayaan Hari Gawai Dayak dan Keamatan di Sarawak dan Sabah dan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum  bulan puasa yang dijangka pada 23 Julai. Tidak mungkin pilihan raya diadakan pada tahun depan.
PRU13 merupakan pilihan raya yang begitu penting bagi BN dan Pakatan Rakyat. Ketika BN berusaha keras untuk mengekalkan kuasanya, Pakatan Rakyat pula mernafsu besar untuk menakluki Putrajaya.
Mengikut perkiraan saya, tidak mudah untuk Pakatan Rakyat menewaskan BN dalam pilihan raya akan datang selagi majoriti kerusi di Sabah dan Sarawak masih digenggam oleh BN. Berdasarkan kenyataan beberapa pihak dalam BN Negeri Sarawak, mereka yakin untuk menguasai sekurang-kurangnya 24 atau 25 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menguasai 30 kerusi. DAP memenangi kerusi bandar Kuching, sebelum satu lagi kerusi jatuh ke tangannya dalam pilihan raya kecil Sibu pada 2010. Untuk pilihan raya nanti, SUPP dijangka tewas di lima kerusi bandar. Dijangka dua kerusi luar bandar milik PRS dan SPDP juga akan dimenangi Pakatan Rakyat. Adakah mungkin kerusi Mas Gading, Hulu Rejang, Saratok atau Baram terlepas daripada tangan BN?
Agak mudah untuk membuat ramalan tentang tarikh pilihan raya. Petanda jelas adalah, lihat sahaja pergerakan dan aktiviti membabitkan pemimpin tertinggi negara, khususnya Perdana Menteri dan timbalan beliau. Adakah mereka luar biasa ligat atau sibuk dengan pelbagai aktiviti di pelbagai tempat? Jika mereka semakin banyak turun ke padang berjumpa dengan rakyat, maka ini merupakan petanda jelas bahawa gendang perang semakin dekat.
Jika mereka banyak menjelajah ke pelbagai pelosok negeri dari Perlis hingga ke Sabah, sudah terang lagi bersuluh bahawa, tidak lama lagi pilihan raya bakal diadakan. 
Tengok sahaja pergerakan Perdana Menteri pada hujung minggu lepas. Pada hari Jumaat, beliau berada di Melaka, manakala pada pagi Sabtu beliau menjelajah ke Kedah, sebelum berangkat ke Sibu pada sebelah petang. Pada pagi Ahad pula beliau sudah berada di Selangor, negeri yang benar-benar mahu dikuasainya balik dengan apa-apa cara.  Jelas kelihatan bahawa pergerakan beliau semakin intensif, dengan menjelajah ke segala ceruk dan pelosok negara. Segala tindak-tanduk pemimpin tertinggi akan membawa isyarat dan kesan tertentu terhadap rakyat.
Dalam pertemua sedemikian, sedapat mungkin mereka  dan juga para pemimpin lain, termasuk di peringkat negeri ingin berjumpa dengan sebanyak mungkin rakyat. Apakah yang dilakukan oleh pemimpin berkenaan ketika berjumpa dengan rakyat?
Selain memberi makanan dan minuman percuma, mereka cuba sedaya upaya untuk berjabat tangan dengan seramai mungkin rakyat dan pengundi.  Mereka ingin kehadiran mereka dirasai oleh rakyat sesuai dengan slogan, 1Malaysia: Rakyat didahulukan, presasi diutamakan. Mereka juga mahu mendengar rintihan dan masalah rakyat. Sedapat mungkin, masalah rakyat diselesaikan di situ juga, dengan memberi jaminan bahawa masalah terbabit akan segera diselesaikan.
Caranya, adalah dengan memberi peruntukan segera, kadangkala berjumlah berjuta-juta ringgit. Yang penting, rakyat senang hati, rungutan dan masalah yang membelenggu mereka untuk sekian lama diselesaikan, dan akhirnya BN dilihat sebagai parti yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
Ketika ditanya oleh agensi berita AFP tahun lepas, antara jastifikasi yang saya berikan mengapa pilihan raya  bakal diadakan pada tahun ini, ialah pentingnya kerajaan memastikan bahawa segala program transformasi yang dilaksanakannya sudah menyerap dan melimpah ke peringkat bawahan.
Maksudnya, segala kesan daripada rancangan yang diperkenalkan untuk membantu rakyat perlu terlebih dahulu dirasai dan dinikmati oleh mereka. Ini termasuklah Program Transformasi Kerajaan (GTP), selain transformasi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Hakikatnya, program transformasi berkenaan adalah hasil daripada kajian dan dapatan daripada pelbagai sesi percambahan fikiran dan pertemuan dengan pelbagai pihak dan rakyat akar umbi.
Isu dan masalah yang dibangkitkan dalam sesi berkenaan dirumuskan dalam program terbabit, sebagai langkah dan tindakan konkrit untuk menangani rasa tidak puas hati rakyat, yang menjadi punca utama kegagalan BN menguasai majoriti dua per tiga kerusi Parlimen dalam pilihan raya lalu, selain kegagalan mereka menakluki lima buah negeri. Persoalannya, sudah berjayakah kerajaan menangani segala isu dan masalah yang menjadi penyebab rakyat dan pengundi menolak BN dalam pilihan raya lalu?
Sejauh manakah kerajaan telah berjaya menangani masalah jenayah, hubungan kaum yang meruncing ketika itu, masalah peningkatan kos sara hidup dan gaji, dan sebagainya? Adakah tindakan kerajaan memberi baucer buku RM100 dan bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah merupakan sebahagian daripada langkah untuk menyelesaikan masalah itu? Atau itu lebih sebagai tindakan untuk memancing undi rakyat? Kita tidak dapat lari daripada tafsiran bahawa, memberi bantuan sedemikian merupakan satu tindakan berbau politik yang tentunya mempunyai kesan dan implikasi politik.
Memang, dari satu segi, bantuan tersebut, dapat dianggap sebagai tindakan memberi ikan, dan bukannya mengajar rakyat bagaimana untuk memancing. Bagaimana jika ikan itu sudah habis? Adakah kerajaan akan memberi bantuan yang serupa setiap tahun atau setidak-tidaknya setiap dua tahun? Jujur sahaja, kerajaan tidak boleh sentiasa memberi ikan, sebaliknya, ia perlu membiakkan lebih banyak ikan di laut atau di kolam  agar lebih ramai yang menikmatinya, malah yang jauh lebih penting ialah , kerajaan perlu mengajar rakyat untuk memancing ikan yang banyak itu?
Faktor lain yang menjadi pertimbangan utama adalah sejauh manakah pengundi Melayu, India dan Cina sudah beralih angin kembali ke BN? Bagi pengundi Cina, sudah hampir pasti, sukar untuk BN memenangi hati mereka. Boleh dikatakan, pengundi Cina hampir berpatah arang dengan BN setidak-tidaknya untuk pilihan raya akan datang sebahagiannya kerana mereka masih belum puas hati dengan transformasi yang dilakukan kerajaan, khususnya membabitkan politik, ekonomi, pendidikan, dan tadbir urus kerajaan.
Namun, kerajaan BN kelihatan yakin bahawa sebahagian besar daripada pengundi Melayu dan Cina sudah berubah sikap. Mereka dikatakan kembali kepada BN. Najib dan UMNO yakin berdasarkan sambutan terhadap acara yang diadakan sejak kebelakangan ini,  UMNO pasti akan dapat memenangi kerusi yang sebelum ini ditawan oleh parti lawan.
Ya, jika Najib sudah yakin sebahagian besar rakyat akan menyokong BN, maka itulah ketikanya beliau akan memutusdkan tarikh sebenar pilihan raya diadakan. Beliau perlu membuat perkiraan betul, kerana pilihan raya ini amat penting bagi memastikan beliau dan BN terus berada di Putrajaya.
Penulis ialah penganalisis politik dan penulis buku prolifik.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Tenis <b>Sarawak</b> sudah berada <b>di</b> pentas dunia, kata Patrick <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 02:15 PM PST

Posted on February 27, 2012, Monday

KUCHING: Sukan tenis Sarawak tidak hanya terus bersinar di Malaysia sahaja, tetapi kini lebih terkenal sebagai destinasi tenis di peringkat antarabangsa.

Ini adalah komitmen dan dedikasi Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) serta ahli jawatankuasanya yang berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk menggalak dan membangunkan tenis di negeri ini dan meletakkan Sarawak di peta dunia.

"Kami (SLTA) telah berjaya mencipta nama Sarawak di peta dunia dan memperolehi reputasi yang baik serta pengiktirafan sebagai tuan rumah kejohanan antarabangsa.

"Tiada negeri lain di negara ini yang mampu menjadi tuan rumah dalam beberapa acara tenis antarabangsa setiap tahun dalam tempoh 10 tahun lalu," kata Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew yang bangga dengan pencapaian persatuan itu.

Patrick berkata, SLTA akan terus mengorak langkah menaik taraf kemudahan yang sedia ada untuk standard dunia yang lebih tinggi selain menggalakkan peminat tenis di negeri ini untuk memastikan lebih ramai mereka terlibat dalam tenis.

"Kami berhasrat bukan sahaja menghasilkan juara Sukma di tahun yang lalu, tetapi kini kita berbangga dengan dua pemain ranking teratas di negara ini," katanya.

Beliau merujuk kepada Ariez Elyass Deen Hesham yang kini menjadi pemain nombor satu junior kebangsaan dan Mohd Assri Merzuki yang bergelar pemain perseorangan junior ITF.

Ariez mengatasi Si Yew Ming sebagai junior nombor satu kebangsaan selepas menjuarai sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Assri, yang kini bermain di kejohanan Kumpulan 4 ITF Junior di Melaka merupakan pemain utama negara dalam ranking perseorangan junior ITF lelaki pada ranking ke-276.

Beliau juga adalah satu-satunya pemain negara yang memiliki dua kali ganda mata kedudukan ATP dan kini berada di tempat ke-798.

"Ini mambawa perbezaan yang ketara dalam kalangan pemain tenis negara kerana kita akui Sarawak bukan hanya sebagai penganjur kejohanan antarabangsa ,tetapi mempunyai produk pemain tenis berkaliber," katanya.

Patrick berkata, dua tahun lagi kita akan menyaksikan Ariez dan Assri beraksi di arena antarabangsa sebagai profesional sekali gus menjadikan Sarawak lebih terkenal di persada dunia.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved