ads

Ahad, 12 Februari 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Pemburu kepala cari mangsa <b>di Limbang</b>, Sarawak? @ | Luv 2 Share |

Posted: 24 Nov 2011 07:13 PM PST

Gambar hiasan

LIMBANG : Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat 'memburu' mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali 'pengait', kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.

Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar 'ganti rugi' kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

"Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

"Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan," katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

"Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

"Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu," tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.

Tags: , , ,

Category: SHARE_Berita & Cerita

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Zee Avi &#39;Kantoi&#39; <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2011 03:36 PM PST

erisya-spa

erisya-spa

erisya-spa

vimax

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman atau dikenali sebagai KokoKaina, 26 tahun merupakan seorang pencipta lagu, penyanyi dan pemain gitar. Gadis kelahiran Sarawak ini berpindah ke Kuala Lumpur apabila beliau berusia 12 tahun, sehingga berhijrah ke London untuk pengajian 'Fashion Design' di American InterContinental University.

Untuk anda yang tidak mengenalinya, pernahkah anda mendengar lagu popular Zee Avi yang penamatnya 'Kantoi'..? Jika tidak pernah boleh google 'Kantoi Zee Avi' di YouTube atau baca artikel Zee Avi sebelum ini di sini.

Karier beliau bermula apabila pada September, 2007 beliau telah memuat naik video untuk lagu pertamanya di YouTube untuk seorang rakannya dan menerima komen yang sangat positif. Berikutan itu beliau telah memuat turun lebih banyak video lagu ciptaan dan nyanyiannya sehingga dilamar oleh syarikat rakaman di sana.

Pada 2009, album Zee Avi menduduki tangga ke #130 dalam US Billboard Hot 200 Chart dan tangga ke #2 dalam US Billboard Top Heatseekers Chart. Albumnya terjual sebanyak 6,000 unit di United States dalam masa 2 minggu dikeluarkan, sehinggalah kini lebih 300,000 unit terjual termasuk di Taiwan, Singapore dan Malaysia. 'Single' pertamanya "Bitter Heart" berjaya kekal selama 3 minggu di dalam Japan's Top 100 Singles chart dan pelbagai lagi kejayaan. Bukan ini sudah cukup untuk kita tahu kehebatan Zee Avi?

Kini album keduanya "ghostbird" (Monotone/Brushfire/Universal Republic Records) telah dikeluarkan pada 23 Ogos 2011. Album itu menduduki tangga ke #129 dalam Carta Billboard's Hot 200 Albums, tempat #1 di dalam Carta Heatseekers Albums chart, tangga #20 dalam Carta Alternative Albums dan tangga ke #32 di dalam Carta Rock Albums.

Kini beliau berada di negeri kelahirannya, Sarawak untuk konsert jelajahnya di mana Zee Avi akan membuat persembahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya Sabtu ini, 26 November 2011 sempena dengan keluaran album sophomore, "Ghostbird". Yang menariknya, beliau menulis lirik Ghostbird atau "Burung Hantu" dalam bahasa Malaysia di dapur rumahnya, Brooklyn pada musim panas lepas.

Tiket berharga RM78 (dijual awal), RM98 (di pintu masuk), RM158 (perdana) boleh diperoleh menerusi www.airasiaredtix.com.or www.livescape.asia.

OHARTIS : SALAH SEORANG ARTIS YANG MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA. SEMUGA SATU HARI NANTI USAHA ZEE AVI AKAN DIIKTIRAF.

GAMBAR BANJIR KILAT <b>DI KUCHING SARAWAK</b> <b>...</b> - Encik Nakal

Posted: 05 Jan 2012 06:58 AM PST

Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi tadi (5 Januari 2012) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi,sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.

"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.


gambar banjir kilat kuching 2012 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

gambar banjir kilat kuching 2012 1 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

gambar banjir kilat kuching 2012 3 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

gambar banjir kilat kuching 2012 4 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

gambar banjir kilat kuching 2012 6 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012
Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. – BERNAMA

gambar banjir kilat kuching 2012 7 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

gambar banjir kilat kuching 2012 8 GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

Dalam pada itu dua orang dikhuatiri lemas semasa kejadian banjir kilat berlaku di bandar raya ini awal pagi tadi.Mereka dikenali sebagai Kho Ying Qi, pelajar Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kerajaan Batu Lintang dan Herman Silas, 28, pekerja stesen minyak yang berasal dari Lundu.

Kedua-duanya dipercayai dibawa arus deras di dalam sebuah parit di Jalan Rock.

gambar banjir kilat kuching 2012 8jpg GAMBAR BANJIR KILAT DI KUCHING SARAWAK JANUARI 2012

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di sepanjang parit tersebut oleh pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam serta Jabatan Bomba dan Penyalamat.

"Menurut saksi, Herman cuba menyelamat Ying Qi yang terjatuh ke dalam parit, tetapi dia turut sama dibawa arus," katanya kepada Bernama.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Lawatan Douglas Uggah ke Projek <b>di Simunjan</b> — SarawakReview <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:30 PM PST

Post image for Lawatan  Douglas Uggah ke Projek di Simunjan

SIMUNJAN, Jumaat:- Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke Batang Sadong dan Simunjan bagi memantau perkembangan projek-projek di bawah kementerian beliau pagi tadi.

Bermula dari Tapak Projek Lencungan Lubok Samsu (Batang Sadong Shortcut) dan Kampung Gumpey, lawatan diteruskan ke Simunjan melibatkan Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (Kampung Sageng / Kampung Tabuan), Tapak Projek Jambatan Sungai Simunjan (Jalan Gedong Simunjan), Projek Naiktaraf Kampung Tebuan Simunjan diikuti lawatan ke kawasan Kuching pada sebelah petang di Tapak Sungai Bintangor (Projek Satu Negeri Satu Sungai) dan Tapak Sungai Bedil.

IMG_0411

Bercakap kepada media semasa lawatan di Simunjan, Douglas berharap masalah banjir di Simunjan akan dapat diatasi dengan penambahbaikan Projek Tebatan Banjir dan pembinaan terusan-terusan di kawasan tersebut.

Selain terusan di Lubok Samsu, terusan tambahan akan turut dibina di antara Gedong dan Gumpey bagi membantu mengurangkan tekanan air ke kawasan Simunjan. Pembinaan terusan-terusan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM3.2 juta.

IMG_0365

Menurut Douglas, meskipun ada di antara projek mengambil masa yang agak lama akibat permasalahan yang tidak dapat dielakkan, beliau memberi jaminan projek-projek tersebut akan tetap dilaksanakan termasuk Projek Jambatan Batang Sadong yang dijangka siap pada tahun ini.

IMG_0372

"Sebanyak 200 juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan untuk projek-projek ini dan kita turun sendiri ke tapak lokasi bagi memastikan ia dilaksanakan seperti yang dijanji," ujar beliau.

Turut mengiringi Dato Sri Douglas semasa lawatan adalah Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Haji Shukri dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.

IMG_0382

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Premium Beautiful <b>di Kanowit</b>, <b>Sarawak</b> | Beautiful Itu Indah

Posted: 08 Feb 2012 05:12 PM PST

How are you peeps?
I hope lovely and Beautiful as ever
I know that I have

Mana taknya
Kan baru balik dari kampung di Sibu, Sarawak
Balik pun sebab nak jumpa FAMILY
Baca lah my entry ari tu >> 

Aritu I made some arrangements nak jumpa few friends
Itulah bagusnya FB dan blog nie
I managed to reunite with old friends and meet new ones thru' them
Semua berminat nak tu pasal Premium Beautiful dan peluang merubah masa depan 

So, I made a lil' trip to Kanowit
Uals tau tak katne tu?


So, sempat la jumpa new people yang minat nk tau pasal keindahan business melalui internet nie
Lega dapat berkongsi dengan diorang
Thanks guys and gurls yang sudi nak jumpa ials aritu

I have pix to share with uals




Nice lil' town kan
Love it!

Contact me via Facebook (www.facebook.com/rawlins.ichigo) or via e-mail (loving.hate78@gmail.com) to jump start your steps towards realization of your Beautiful Dreams

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Pal BN ke nganti papan SPDP <b>di Marudi</b> ngenyimaka ati penyukung <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2011 03:59 PM PST

Posted on December 14, 2011, Wednesday

KUCHING: Kes papan pal ke ngelaika opis Parti Demokratik Progresif (SPDP) di Marudi ke diturun sereta diganti enggau pal 'Barisan Nasional' (BN) udah diriput ngagai indu opis BN.

Seiku pemesai ari parti nya empu (ke enggai nama iya di sebut ditu) madah, taja pen papan pal nya diganti nyadi pal BN, nya utai ke manah, ku orang nya.

"Kami enda nyakal pengawa nya (nukar papan pal ngagai pal BN) tang semina kami deka nemu aja enti wakil rayat N.66 udah minta pemendar ari Indu Opis BN nganti pal nya, laban ti ditemu kami, sigi nadai peminta ari wakil rayat nya ngelekatka pal tanda 'BN' dia," ku iya.

Orang nya nanya baru, enti sema penyandang Kaban Parlimen (MP) Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan ngantung papan pal nitihka lambang BN-SPDP, bakani ku gaya nya, ku orang nya.

"Siti ni ke patut agi? Lalu siti ni ke dikemendar?

"Kami ulih mantah utai ke digaga raban pemesai parti kami (SPDP) ke suba tang kami enggai ngaga iya baka nya laban agi bebasa ke iya. Tang ke diatu, utai ke ngirauka ati kami laban penyukung pen diirit ngagai penanggul dalam parti.

"Kami deka penyukung kami tetap beserakup sereta tegap. Beri timpuh ngagai parti mutarka penanggul nya dulu, lalu ngarapka bala penyukung enda diirit bebalut enggau penyarut nya.

"Kami benung mutarka penanggul nya….Ukai betapi penanggul ari penyukung. Kami nadai muai komiti parti ba pampang opis kami serata menua tu, lalu nadai udah meda bisi riput komiti ke kena buai ba pampang opis parti," ku iya.

Lebuh ditanya ngagai orang nya baru, enti ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri berasai enda lantang ati ketegal iya kena buai ari parti, ku orang nya:

"Iya enda nemu utai ke datai nunutung iya, laban kumbai iya 'pemuntul lubang nya terang'.

"Baka ke udah disebut aku dulu tadi, mayuh macham utai tau nyadi dalam politik. Pemutus digaga kunsil besai parti (komiti disiplin) ke dibacha pemutus nya ngagai 'orang' nya empu, bekaul enggau penyalah iya.

"Ketegal penyalah iya nya, iya nadai agi enggau SPDP tang mengkang nyadi BN Bebas, baka nya ku jaku orang," ku iya.

Kelimpah ari nya, ku orang nya baru, parti semina deka nemu enti wakil rayat nya bisi minta pemendar ari komiti liaison BN (Datuk Jacob Dungau Sagan) ke nyadi Chairman N66 & N67 (Baram enggau Telang Usan) sebedau iya nganti papan pal nya?

"Enti sema sida lima iku tu madahka sida iya tetap tegap enggau BN, sapa ke BN ku sida?

"Bisi 13 buah parti nyengkaum SPDP dalam BN. Sapa ke nyadi Chairman? Sapa ke nyadi Mandal Chairman? Nyangka sida iya enda ingatka chairman SPDP Tan Sri William Mawan Ikom nya mega Mandal Chairman BN ke Perintah Besai enggau Menua. Enti jaku sida madahka sida tetap nyukung BN? Sida pen patut nyukung Mawan.

"Nemu ke enda utai ke disebut sida iya empu? Enti sida iya madahka diri tetap nyukung penyakal kini, nya nyangka nadai bekaul enggau BN. Nyangka sida tu agi bingung, bedau ulih berunding," ku orang nya.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 1 Bumi, 1 Suara, 1 Harapan

Posted: 09 Feb 2012 03:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Menyedari kepentingan itu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn. Bhd., (Operasi Sarawak) menganjurkan Eco-Camp Miri 2011 penghujung tahun lali di Borneo Tropical ... Penganjuran kem selama tiga hari dua malam itu berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang pelajar daripada empat buah sekolah menengah di bahagian Miri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar, SMK Subis, SMK ...

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BUAYA MENGGANAS <b>DI SARATOK SARAWAK</b> |

Posted: 18 Jul 2011 11:54 PM PDT

Number of view5401

MyMetro

SARATOK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu.

Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini.Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu.

Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan.Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa.

"Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai."Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

The Hot Keywords:

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


The Broken Shield: Bekas Renjer Mohon Insentif RM3,000.00 dari <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 08:56 AM PST


Kapit : 09.2.2012. Dua orang veteran Renjer pengawal sempadan berbangsa Iban, Encik Ladong Anak Ranggau dan Encik Milang Anak Awan, 71 tahun, dari Antawau Baleh yang berkhidmat dengan Renjer Kerajaan era konfrantasi dengan pihak Indonesia. Mereka menyokong pihak Protem Renjer Veteran seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan Sarawak untuk memohon bantuan insentif  RM3,000.00 turut diberikan kepada mereka. Mereka mengalu-alukan langkah kerajaan memberikan saguhati untuk pesara polis yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Menurut mereka, pengorbanan yang diberikan kepada Negara adalah mereka telah mempertahankan Negara Malaysia dari pencerobohan pihak luar. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka semasa era konfrantasi tersebut yang dikenali juga sebagai "Ganyang Malaysia" oleh pihak Indonesia. Menurut Ladong, ada antara renjer yang telah terkorban semasa perang dengan pihak musuh.
Menurut Milang lagi, beliau telah memasuki renjer dalam bulan Ogos, 1963 sehingga Ogos 1970. Antara tempat – tempat yang beliau perkhidmat adalah di Long Jawe', Belaga, Sarawak dan Long Jelangai juga di Belaga, Sarawak.
Seorang lagi veteran renjer, Encik Ladong Anak Ranggau,  67 tahun, yang menyertai renjer pada 10 Oktober 1963 sehingga 10 Oktober 1973, yang kini merupakan Timbalan Tuai Rumah di sebuah rumah panjang di Baleh turut menceritakan betapa beliau bersama renjer yang lain telah mempertaruhkan nyawa bukan hanya dari serangan musuh Negara tetapi juga serangan pihak komunis yang masih berleluasa di Sarawak ketika itu. Antara lain tempat-tempat yang dikawal oleh Encik Ladong adalah Lubok Antu, Kapit dan Katibas.
Kedua – dua Encik Milang dan Encik Ladong pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian insentif RM3,000.00 tersebut kepada mereka dan juga merayu agar pihak renjer-renjer era konfrantasi yang lain di seluruh Negeri Sarawak termasuk mereka yang telah terkorban  turut dipertimbangkan.
Untuk  sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi Encik Abun Sui Anyit di HP 0168881502. Lot 1046, 1st Floor, Shang Garden Commercial Centre, Jalan Bulan Sabit, 98000 Miri, Sarawak.
Setiausaha Cabang PKR Hulu Rajang
Pengarah Biro Integrasi PKR, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Contohi komitmen penduduk Kpg Skuduk | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 04:57 PM PST

by Nick Fletcher. Posted on February 8, 2012, Wednesday

BAGUS: (Dari kiri) Jerip, Riot, Roland, Manyin, Adenan, Taib, Nansian dan Dr Tiki bergambar bersama penduduk kampung semalam.

Kerjasama penuh kepada JTS membolehkan surat hak milik tanah dikeluarkan segera

PADAWAN: Pencapaian cemerlang penduduk Kampung Skuduk di sini yang telah menyelesaikan Dokumentasi Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam tempoh singkat dan menjadi penerima surat hak milik pertama bagi Kampung Tradisi dan Pertanian di kawasan Bidayuh memberi rahmat kepada kaum ber-kenaan.

Justeru, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mahu beberapa buah kampung Bidayuh lain turut diberikan surat hak milik dalam tempoh 30 hari.

"Dalam tempoh 30 hari dari sekarang (semalam), sebelum 7 Mac saya nak buat satu lagi (penyerahan surat hak milik)," kata Adenan ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah (Seksyen 18) Kampung Tradisi dan Pertanian (Inisiatif Baru Hak Adat Bumiputera Seksyen 6) Kampung Skuduk serta Warta Notifikasi Seksyen 6 Kampung Pisa, Krokong dan Bau, di Kampung Skuduk, di sini semalam.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan me-rangkap ADUN Tebedu Dato Sri Michael Manyin Jawong, Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kesihatan Awam merangkap ADUN Bengoh Dr Jerip Susil, ADUN Opar Ranum Mina, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Penguasa Tanah JTS Kuching Taib Belal.

Penduduk Kampung Sku-duk telah mencipta rekod cemerlang dalam pelaksanaan Inisiatif Baharu NCR apabila memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) semasa melakukan penyukatan.

Bagi keseluruhan lot kam-pung tradisi, tempoh penyukatan oleh JTS hanya selama 20 hari iaitu bermula 11 hingga 31 Januari 2012 dengan melibatkan keluasan 9.81 hektar.

Manakala bagi lot pertanian, survei diadakan dari 10 Januari hingga 31 Januari 2012 melibatkan sebanyak 311 lot dengan keluasan 168.88 hektar.

"Saya mahu memberitahu kaum Bumiputera lain supaya mengikut langkah Kampung Skuduk agar pelaksanaan dokumentasi NCR dapat dijalankan dengan sempurna di seluruh negeri," kata Adenan.

Sementara, Manyin berkata, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) telah selesai melakukan domumentasi di sebanyak 18 buah kampung dan kini hanya menunggu pengesahan daripada JTS.

"Saya berharap dalam tahun ini kita (DBNA) akan dapat memberikan surat hak milik kepada semua kampung ini.

"Cuma sekarang, kita memerlukan pengesahan dari JTS sahaja," kata Manyin yang juga selaku Penasihat DBNA.

Mengulas perkara tersebut, Adenan berkata, JTS akan menjadualkan proses pengesahan melibatkan kesemua kampung secara terperinci.

"Kita akan membuat jadual dengan terperinci agar pengesahan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya sambil menambah pengeluaran surat hak milik tersebut dijangkakan dalam tahun ini.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Banyak perkara mendukacitakan <b>di negeri</b> ditadbir pembangkang <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 02:47 PM PST

Posted on January 29, 2012, Sunday

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.

"Mereka sudah pun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.

"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang boleh menang bagi pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.

"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.

"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya. — Bernama

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved