Ahad, 12 Februari 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Contohi komitmen penduduk Kpg Skuduk | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 04:57 PM PST

by Nick Fletcher. Posted on February 8, 2012, Wednesday

BAGUS: (Dari kiri) Jerip, Riot, Roland, Manyin, Adenan, Taib, Nansian dan Dr Tiki bergambar bersama penduduk kampung semalam.

Kerjasama penuh kepada JTS membolehkan surat hak milik tanah dikeluarkan segera

PADAWAN: Pencapaian cemerlang penduduk Kampung Skuduk di sini yang telah menyelesaikan Dokumentasi Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam tempoh singkat dan menjadi penerima surat hak milik pertama bagi Kampung Tradisi dan Pertanian di kawasan Bidayuh memberi rahmat kepada kaum ber-kenaan.

Justeru, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mahu beberapa buah kampung Bidayuh lain turut diberikan surat hak milik dalam tempoh 30 hari.

"Dalam tempoh 30 hari dari sekarang (semalam), sebelum 7 Mac saya nak buat satu lagi (penyerahan surat hak milik)," kata Adenan ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah (Seksyen 18) Kampung Tradisi dan Pertanian (Inisiatif Baru Hak Adat Bumiputera Seksyen 6) Kampung Skuduk serta Warta Notifikasi Seksyen 6 Kampung Pisa, Krokong dan Bau, di Kampung Skuduk, di sini semalam.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan me-rangkap ADUN Tebedu Dato Sri Michael Manyin Jawong, Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kesihatan Awam merangkap ADUN Bengoh Dr Jerip Susil, ADUN Opar Ranum Mina, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Penguasa Tanah JTS Kuching Taib Belal.

Penduduk Kampung Sku-duk telah mencipta rekod cemerlang dalam pelaksanaan Inisiatif Baharu NCR apabila memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) semasa melakukan penyukatan.

Bagi keseluruhan lot kam-pung tradisi, tempoh penyukatan oleh JTS hanya selama 20 hari iaitu bermula 11 hingga 31 Januari 2012 dengan melibatkan keluasan 9.81 hektar.

Manakala bagi lot pertanian, survei diadakan dari 10 Januari hingga 31 Januari 2012 melibatkan sebanyak 311 lot dengan keluasan 168.88 hektar.

"Saya mahu memberitahu kaum Bumiputera lain supaya mengikut langkah Kampung Skuduk agar pelaksanaan dokumentasi NCR dapat dijalankan dengan sempurna di seluruh negeri," kata Adenan.

Sementara, Manyin berkata, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) telah selesai melakukan domumentasi di sebanyak 18 buah kampung dan kini hanya menunggu pengesahan daripada JTS.

"Saya berharap dalam tahun ini kita (DBNA) akan dapat memberikan surat hak milik kepada semua kampung ini.

"Cuma sekarang, kita memerlukan pengesahan dari JTS sahaja," kata Manyin yang juga selaku Penasihat DBNA.

Mengulas perkara tersebut, Adenan berkata, JTS akan menjadualkan proses pengesahan melibatkan kesemua kampung secara terperinci.

"Kita akan membuat jadual dengan terperinci agar pengesahan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya sambil menambah pengeluaran surat hak milik tersebut dijangkakan dalam tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads