Selasa, 19 Jun 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kerajaan dengar masalah dihadapi penjaja dan peniaga <b>di</b> negeri <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 06:50 PM PDT

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menganjurkan sesi dialog bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Sarawak dalam masa terdekat ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata tujuan dialog itu adalah untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi penjaja dan peniaga di negeri ini.

Tambahnya, ia juga bagi mencari jalan penyelesaian selain mengetahui perkembangan terutama dari segi aspek kebajikan setiap ahli dalam persatuan itu.

"Satu sesi dialog bersama persatuan ini dengan kementerian saya bagi mengetahui masalah dan perkembangan terutama aspek kebajikan ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam Hari Ibu Bapa anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan di Dewan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini malam kelmarin.

Pada masa yang sama, Fatimah turut memberitahu bahawa kementeriannya bukan untuk Bumiputera sahaja tetapi juga untuk semua kaum termasuk Cina.

"Kamu jangan salah faham mengenai kementerian di bawah tanggungjawab saya ini hanya untuk Bumiputera sahaja kerana ia adalah untuk semua kaum di negeri ini kerana kita 1Malaysia.

"Jadi, jika kamu ada masalah tentang kebajikan atau keluarga boleh merujuk ke kementerian saya," katanya.

Sementera itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menyarankan agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan keharmonian walaupun memiliki masyarakat majmuk.

"Semangat 1Malaysia harus dikekalkan dan kerajaan Malaysia juga telah mengikhtiraf 18 November sebagai Hari Penjaja yang dirai setiap tahun bagi mengenang jasa setiap penjaja dan peniaga yang ada di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang RM5,000 bagi membantu persatuan itu mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahlinya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang berkata, rakyat di negeri ini terutama komuniti Cina harus mengekalkan 'jambatan' yang menghubungkan kerajaan dengan mereka.

"Jika jambatan ini roboh maka kerajaan akan sukar membantu kita dalam menghulurkan bantuan dan pembangunan di sesebuah kawasan yang terjejas.

"Justeru, saya menasihatkan pengundi agar memilih dengan bijak pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew dan tetamu kehormat lain.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads