Rabu, 21 November 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


MoonTalk: Wakil rakyat <b>Lubok Antu</b> mesti anak tempatan, Dayak

Posted: 15 Oct 2012 07:48 PM PDT


ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa menegaskan bahawa pemimpin yang layak menjadi wakil rakyat kawasan Parlimen Lubok Antu hanyalah anak tempatan Lubok Antu dan bangsa Dayak.
Sehubungan itu sekiranya ada calon luar Lubok Antu serta bukan bangsa Dayak terutama Iban, berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Lubok Antu nanti harus ditolak sama sekali, ujarnya.
Menurutnya, hampir 99 peratus pengundi di kawasan Lubok Antu adalah kaum Iban maka dengan itu wakil rakyat yang harus menjadi pemimpin di Lubok Antu adalah bangsa Iban serta anak jati tempatan Lubok Antu sendiri.
"Kita bukan bersifat perkauman tetapi itu merupakan realiti politik di negara ini di mana kita saksikan sekiranya sesebuah kawasan itu majoriti Cina, maka Cina akan menjadi wakil rakyat begitu juga dengan kaum India.
"Lantaran itu kawasan Lubok Antu yang majoritinya kaum Iban maka berilah peluang kepada bangsa Iban menjadi wakil rakyat BN di sini," katanya.
Dr Rayong berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau anjuran JKKK Bojeng, Tebarong, Skrang di Dewan Serba Guna Skim Skrang, di sini, semalam.
Menurutnya, lagipun penduduk di DUN Engkilili sudah belajar daripada kesilapan apabila Toh Heng San dari Song menjadi wakil rakyat di Engkilili selama tiga penggal.
Sehubungan itu sekiranya Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng berminat bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jangan sekali-kali memberi sokongan kepadanya, tegas Dr Rayong.
"Cukuplah… biarkan anak jati Lubok Antu menjadi wakil rakyat kita di sini, maka tolaklah Larry dari Kapit habis-habisan sekiranya dia hendak bertanding di Lubok Antu nanti," katanya.
Dalam majlis Dr Rayong memperuntukkan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada JKKK Bojeng dan RM3,000 kepada Biro Wanitanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads