11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
Tapah menjadi buruan penjual ikan <b>di Marudi</b> – BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 22 Sep 2013 04:05 PM PDT Posted on September 23, 2013, Monday MARUDI: Ikan tapah yang semakin mudah diperolehi terutama selepas air sungai mulai naik ekoran kemarau sebelum ini, kini menjadi buruan para penjual ikan di sini kerana harganya yang tinggi selain permintaan yang tinggi. Bagi seorang penjual ikan yang lebih dikenali dengan nama Janggut, 67, dia berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit hasil jualan ikan tapah sahaja. Janggut memberitahu, dia membeli ikan tapah daripada penduduk tempatan yang menjual dan memperolehi ikan tersebut di sepanjang Sungai Tinjar hingga ke Long Teru, dengan harga RM38 sekilogram. Dia yang ditemui Utusan Borneo di sini baru-baru ini, berjaya membeli sembilan ekor ikan tapah yang kesemuanya seberat 117 kilogram dengan harga RM2,886 namun menjualnya balik dan berjaya memperolehi keuntungan hampir satu kali ganda. "Tetapi keuntungan itu tidak sebanyak yang difikirkan jika ditolak kos minyak yang digunakan oleh saya ketika pergi sendiri ke tempat penduduk berkenaan bagi membeli hasil tangkapan mereka," jelasnya. Malah menurutnya, pengumuman kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini oleh kerajaan, mengurangkan lagi hasil keuntungan mereka, kerana kos minyak yang semakin meningkat. "Ini kerana untuk mendapatkan ikan sungai yang segar dan hasil yang memuaskan, saya dan beberapa penjual ikan yang lain, terpaksa pergi sendiri ke perkampungan di Sungai Tinjar termasuk ke Long Teru, untuk membeli tangkapan penduduk kerana mereka tidak turun ke Marudi, semata-mata untuk menjual ikan-ikan tersebut," katanya. Tambahnya perjalanan pergi balik ke Kuala Tutoh dan Kuala Tinjar dari Marudi sahaja sudah menelan kos minyak petrol melebihi RM100. Mengenai bekalan ikan tapah katanya, keadaan air sungai yang sudah naik ekoran hujan lebat sejak beberapa hari sebelum itu memberi hasil tangkapan yang baik kepada penduduk tempatan. Selain tapah, turut ditangkap dan dijual ialah ikan air tawar yang lain seperti bawan, toman, sembilang dan sejumlah kecil ikan baong. Ikan baong pula semakin berkurangan apabila paras air sungai semakin naik manakala paras air yang mencecah sama paras dengan tebing pula adalah petanda bagi musim ikan tapah, jelas Janggut lagi. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan