ads

Khamis, 3 Oktober 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Kampus <b>Samarahan</b> 2, UiTM <b>Sarawak</b> mula beroperasi <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 04:22 PM PDT

Posted on October 1, 2013, Tuesday

SERAH MILIK: Mohamad (tiga kanan) melakukan simbolik penyerahan kunci Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak kepada Abdullah (dua kiri) sambil disaksikan Mahamed (tengah) dan Jamil (dua kanan). — Gambar Mohd Rais Sanusi

SAMARAHAN: Kampus Samarahan 2, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak kini telah memulakan operasi dan dijangka akan menempatkan seramai 4,000 pelajar daripada enam fakulti.

Menurut Timbalan Naib Cancelor UiTM Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, fakulti-fakulti tersebut ialah Sains Gunaan, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Awam, Sains, Komputer dan Matematik serta Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

"Kampus Samarahan 2 merupakan tambahan kepada kampus sedia ada dan dijangka mampu menampung sehingga 4,000 pelajar apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

"Ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak adalah seramai 10,000 orang," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak oleh syarikat konsesi Rekajaya Projek Sdn Bhd kepada UiTM di sini, semalam.

Menyempurnakan majlis ialah Pengerusi Rekajaya Projek Sdn Bhd Datuk Mohamad Razali Othman sambil disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Datuk Mahamed Hussain serta Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Sementara itu, Mahamed berharap Kampus Samarahan 2 akan menjadi medan untuk UiTM Sarawak khususnya melahirkan modal insan yang berkualiti untuk negara.

"Kita harus memastikan Destini Anak Bangsa dapat dijayakan dengan baik di Kampus Samarahan 2 ini.

"UiTM Sarawak juga perlu memastikan pengambilan pelajar yang baik kerana kita mahu UiTM terus mengeluarkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Mahamed berkata Kementerian Pendidikan akan terus memperkasakan usaha melahirkan modal insan yang baik di negeri ini apabila telah meluluskan pembinaan UiTM Kampus Mukah.

Katanya kampus tersebut dijangka mampu memuatkan seramai 2,000 pelajar sebaik sahaja ia siap menjelang 2015.

Sementara, Kampus Samarahan 2 telah dibangunkan di bawah konsep Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) di mana pembinaannya bermula pada 1 Oktober 2010.

Ia menelan kos sebanyak RM311 juta dan difahamkan, kerajaan persekutuan akan mula membayar Rekajaya Projek Sdn Bhd pada Oktober ini iaitu dianggarkan sebanyak RM6 juta sebulan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved