11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Utusan <b>Sarawak</b> cawangan <b>Sri Aman</b>: Junaiza buka pusat solekan <b>...</b> Posted: 09 May 2012 04:16 AM PDT Untuk Ruangan Niaga Utusan Sarawak 1. DAMAI...Gambar menunjukkan ruang dalaman premis EA The Beauty Look yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan pakej kecantikkan untuk wanita dalam bandar Sri Aman. 2. MENARIK...Keselesaan para pelanggan diutamakan dengan adanya kerusi tempat menunggu giliran masing-masing di premis terbabit. 3. UNTUK DIJUAL...EA The Beauty Look turut menawarkan pelbagai jenis produk kecantikkan berjenama tinggi kepada mana-mana pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut. 4. UNTUK PELANGGAN...EA The Beauty Look turut menyediakan peralatan berkualiti tinggi bagi kegunaan perkhidmatan Body Massage untuk para pelanggan mereka. 5. SIBUK...Junaiza sambil dibantu oleh suaminya Ibrahim ketika sedang sibuk menguruskan hal ehwal syarikat di EA The Beauty Look. 6. SILA DATANG...Junaiza (kiri) dan suami iaitu Ibrahim (kanan) merakamkan gambar kenangan di hadapan premisnya, EA Beauty Look ketika ditemui Utusan Sarawak kelmarin. 7. USAHAWAN MUDA...Junaiza ketika bersama suaminya, Ibrahim di dalam ruang premis Solekan dan Terapi Kecantikkan EA The Beauty Look. SRI AMAN, Sabtu (5 Mei) - Berkat dan kesungguhan. Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh Junaiza binti Masri, 29, apabila beliau muncul sebagai pengusaha pusat terapi kecantikan dan solekan berketurunan Bumiputera yang pertama dalam Bandar Sri Aman ini. Gadis kelahiran Sri Aman ini telah menamatkan pengajian di Pusat Giatmara Sri Aman dalam Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikkan selama enam bulan sebelum menubuhkan syarikat EA The Beauty Look khas untuk wanita pada 28 Januari tahun ini. Syarikat yang beroperasi di Pusat Inkubator Giatmara Sri Aman, Lot 179, Kuaters JKR, Jalan Astana dalam bandar ini telah menjanjikan pelbagai perkhidmatan menarik pada caj harga berpatutan kepada pelanggan yang menginginkannya selepas ini. Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Junaiza ini mencakupi Facial Care, Maekup, Body Massage, Manicure Pedicure, Hair dan Pakej Perkahwinan selain menerima tempahan gubahan hantaran pertunangan daripada para pelanggannya. Malah syarikat EA The Beauty Look juga turut menawarkan Pakej Idaman, Belaian Jiwa, Pakej Ratu dan Pakej Cantik kepada para pelanggannya disamping turut menjual produk kecantikan berjenama seperti Mustika Ratu, Nutri Matic dan Ampure Collegen. "Syarikat EA The Beauty Look beroperasi dari ham 10 pagi hingga 6 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 6.30 petang bagi hari Sabtu dan Ahad serta dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada waktu cuti umum. "Pelanggan yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-4384153 atau melayari Group Facebook EA TheBeautyLook untuk mengetahui butiran lanjut mengenai harga dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka selepas ini," kata Junaiza. Sementara itu ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam bidang terbabit, Junaiza memberitahu bahawa penubuhan EA The Beauty Look telah mendapat sokongan kuat dari Pusat Giatmara dan suaminya sendiri iaitu Abang Ibrahim Abang Mantaril. Pemilik sijil graduan bertaraf profesional dari Pusat Giatmara itu memberitahu bahawa minat dan kesungguhan yang mendalam terhadap bidang itu telah menyebabkan Pusat Giatmara memberi bantuan kepada mereka untuk memulakan perniagaan tersebut. "Syarikat EA The Beauty Look telah beroperasi secara percuma di Pusat Inkubator Giatmara Sri Aman dengan bil elektrik ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Giatmara yang menyokong usaha kami ini. "Manakala peralatan selebihnya pula seperti Facial Steam serta beberapa aksesori yang lain pula telah dibiayai sepenuhnya oleh saya dan suami dengan kos sekarang sudah mencecah antara RM6,000 hingga RM7,000," katanya. Bagi melengkapkan kemahiran dalam diri, Junaiza telah menghadiri kursus solekan di Sri Aman baru-baru ini sebelum berangkat ke Sabah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Spa pada minggu hadapan. Usahawan muda terbabit berharap agar peningkatan ilmu kemahiran dalam diri akan dapat membangkitkan kepuasan para pelanggan yang datang ke premis EA The Beauty Look untuk menggunakan khidmat mereka dari masa ke semasa. "Harapan saya dan suami ialah untuk berpindah ke pusat Bandar Sri Aman demi memperkembangkan lagi perniagaan syarikat EA The Beauty Look dikalangan pelanggan wanitanya pada masa akan datang," katanya. Junaiza juga turut memberitahu bahawa pihak Giatmara sememangnya bersungguh-sungguh mahu membantu para belia terutama sekali para graduannya yang mahu menceburi bidang masing-masing secara serius selepas itu. "Buktinya ialah pihak Giatmara masih lagi menghubungi saya untuk bertanya mengenai perkembangan terkini operasi syarikat EA The Beauty Look disamping menawarkan pelbagai bantuan sekiranya ia diperlukan. "Justeru nasihat saya kepada para belia ialah agar tidak mensia-siakan kemahiran yang mereka pelajari dari Pusat Giatmara demi mempertingkatkan taraf hidup masing-masing selepas ini," katanya. Syarikat EA The Beauty Look kini hanya boleh menampung seramai tiga orang pelanggan bagi tempoh sehari memandangkan Junaiza hanya mempunyai seorang pembantu khas buat masa sekarang. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan