Khamis, 28 Februari 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MPP hadapi masalah pembuangan sampah haram | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:32 PM PST

Lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti kebanyakan di estet perumahan, tempat terpencil

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

KUCHING: Pembuangan sampah haram menjadi masalah serius di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dengan kini lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti yang kebanyakannya di estet perumahan dan tempat terpencil.

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata keadaan yang semakin berleluasa itu bukan sahaja mencemari persekitaran tetapi turut membazirkan dana majlis bagi membiayai kerja pembersihan.

"Antara kawasan tapak yang dikenal pasti ialah di Desa Wira, RPR Batu Kawa, Stakan, Padawan, Jalan Stephen Yong, Matang Jaya, Malihah, Jalan Batu Kawa-Matang, Sungai Moyan dan banyak lagi.

"Misalnya bagi Desa Wira sahaja, dalam setiap dua atau tiga tahun MPP telah membelanjakan RM60,000 untuk kerja pembersihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens Ting Ching Zung, Pengurus Bahagian Logistik dan Perkhidmatan Trienekens Sarius Lee dan Pegawai Kesihatan Awam MPP Segar Kallang.

Menurut Lo, adalah sukar bagi MPP mengesan pihak atau individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut namun mengakui ada yang sanggup membayar lori bagi mengangkut sampah untuk dibuang ke tapak pembuangan haram.

Justeru, beliau menasihati penduduk khususnya di estet perumahan agar bekerjasama dengan majlis dengan mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.

"Jika kuantiti sampah terlalu banyak, mereka dialu-alukan menghubungi MPP atau Trienekens bagi mendapatkan nasihat atau perkhidmatan untuk membuang sampah tersebut dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Lo turut menyarankan penduduk khususnya yang hendak membuang sampah terkumpul agar menyewa kontena sampah daripada Trienekens.

Jelas beliau, inisiatif tersebut amat membantu dalam mengelakkan berlakunya pembuangan sampah haram terutama di estet perumahan.

"Ini galakan yang kita berikan kepada orang ramai kerana sewa kontena juga berpatutan iaitu RM220," katanya.

Berhubung pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama, Lo berkata MPP dan Trienekens berbincang bagi usaha membersihkan tapak tersebut.

Katanya kerja pembersihan itu dianggarkan menelan kos RM8,000 dan ia akan dibiayai menggunakan hasil kutipan cukai MPP.

"Ini amat membazir duit masyarakat tetapi kami perlu membersihkannya kerana keadaan ini mencemari persekitaran dan boleh menjejaskan kesihatan awam.

"Selepas pembersihan, kami akan memasang penghadang jalan agar kenderaan khususnya lori tidak dapat lagi memasuki kawasan berkenaan bagi membuang sampah," katanya.

Bagaimanapun, Lo menjelaskan MPP hanya melakukan kerja pembersihan bagi tapak pembuangan sampah haram yang melibatkan tanah kerajaan dan bukannya swasta.

Pembuangan sampah secara haram adalah satu kesalahan di bawah Ordinan Lembaga Sumber Alam Sekitar dan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 di bawah Seksyen 30 (1) (a) & (b).

Untuk melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram, sila hubungi MPP di talian 082-615566 atau Trienekens di 082-612300.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads