ads

Ahad, 25 September 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Beberapa kawasan <b>di Bau</b> mengalami gangguan bekalan air pada <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:59 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

KUCHING: Jabatan Kerja Raya menerusi kontraktor Pihak Berkuasa Bekalan Air Bau akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip berukuran 762 mm yang baru ke saluran paip sedia ada di kawasa Bau pada 24 September ini (Sabtu).

Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Jalan Seringgok, Jalan Evergreen, Kampung Podam, Tai Foh Shak, Skim Perumahan Jugan Musi Jambusan dan sepanjang Jalan Jambusan.

Selain itu gangguan juga dijangka berlaku di Bazar Siniawan, sepanjang Jalan Bau/Kuching, kawasan perumahan, Jalan Siniawan Lama/Keranji, Tanjung Durian, Kampung Kopit, Kampung Peninjau Lama/Baru, pekan Bau, semua kuarters kerajaan, SMK Bau, Balai Polis Bau dan sepanjang Sebuku/Tondong, Jalan Sebuku/Buso, kawasan Buso, SMK Paku dan sepanjang Jalan Bau/Paku, SMK Lake dan sepanjang Jalan Bidi/Taiton dan Kampung Suba Buan.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku mulai jam 8 pagi pada 24 September  hingga 8 pagi 25 September.

Oleh itu penduduk kampung yang terlibat diminta menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.

Bekalan air akan dipulihkan selepas kerja-kerja penyambungan itu siap sepenuhnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved