Isnin, 25 Jun 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Jambori Remaja Islam (JIRIM) <b>Sarawak</b> buka minda remaja Islam <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:15 AM PDT

KUCHING 17 Jun 2012 – "JIRIM memang terbaik!" merupakan antara banyak komen positif yang diberikan oleh peserta Jambori Remaja Islam (JIRIM) 2012 anjuran Kelab Remaja Islam (KRIM) cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan SM Sains Kuching.

"Kem ini memang best, lain dari yang lain. Banyak aktiviti yang kami tidak pernah buat sebelum ini. Bangun seawal 2 pagi untuk berperang belon air, berkumpul dan tidur di asrama ramai-ramai bersama pelajar sekolah lain, latihan dalam kumpulan dengan pelbagai gaya sorakan berkumpulan, kembara al-Quran. Memang tidak dapat dilupakan!" komen salah seorang peserta JIRIM, Azfar Afif bin Abdullah, pelajar Tingkatan 4 dari SMK Matang Jaya.

Mahathir bin Solhi, seorang lagi peserta dari SMK Tunku Abdul Rahman Kuching pula berkata, beliau berasa sangat seronok berjumpa dengan rakan-rakan baru selain mempelajari banyak ilmu-ilmu Islam.

Jambori yang julung-julung kali dianjurkan di Sarawak itu telah mendapat penyertaan hampir 100 orang pelajar sekolah menengah dari lebih 10 buah sekolah di sekitar Kuching, Padawan dan Samarahan.

Dalam jambori tersebut, para pelajar telah diberi penekanan tentang disiplin, ukhuwwah, ketahanan fizikal dan kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti menarik seperti explorace, latihan dalam kumpulan, perang belon air pada pukul 3 pagi dan persembahan berkumpulan. Selain itu, aspek ruhani juga turut ditekankan dengan sesi tazkirah subuh, maghrib dan qiyamullail.

JIRIM telah dirasmikan oleh Ustaz Mohamad bin Solhi, Penyelia Unit Pendidikan Islam, Pegawai Pejabat Daerah Padawan. Dalam majlis perasmian penutupan JIRIM, beliau berpesan kepada semua peserta agar mengaplikasikan semua yang telah dipelajari di jambori tersebut dan menyatakan harapannya agar JIRIM dapat dibuat lagi sekali pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih ramai.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Program yang juga merangkap Pengerusi KRIM Sarawak, Cikgu Raja Nurul Huda.

"Cikgu harap anda semua keluar dari JIRIM ini sebagai seorang Muslim yang lebih baik dan menjadi contoh kepada rakan-rakan anda yang lain," pesannya kepada peserta JIRIM semasa majlis penutupan.

Tags

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads